Benarlah bagai dikata anak cikgu rozi, inilah mendalah paling jahat di situ... Gah gila nampaknya. Cuma sebelum kami pergi kami tak consult anak cikgu rozi dulu, jadi awal-awal kami bantai naik Discovery.
Jadi awal-awal lagi aku dah terus demam.
Tuan-tuan dan puan-puan, saksikanlah. Dia hayun korang bukan sikit-sikit, tapi sampai lebih 90 darjah.
Masa tengah menjunam ke bawah, habis semua organ-organ jadi retroperitoneal.
Sampai termuntah-muntah orang yang naik (pakcik tengah lap muntah orang).
Pun begitu, masih ada makhluk-makhluk Tuhan yang belum insaf. Balun naik kali kedua. Konon nak feel naik malam-malam pulak.
Discovery sedang mengganas tak sanggup (tak sempat) nak ambik gambar diorang kena hayun.
Seksaan dah tamat. Muka-muka puas. Salah sorang sedang bersedia untuk muntah.
Demikian, 'new year party' di Dream Park. Menghabiskan cuti panjang yang bersisa sambil-sambil bertafakkur, apalah hadaf makhluk manusia buat mendalah-mendalah cenggini?
Oh! Tengoklah muka masing-masing. Muhammad dengan Izwan dah jadi Super Saiya.
Mulut Faiz muncung dan Suib dah bersedia untuk muntah. Naik Spin Top, organ-organ semua turun ke buntut.
Naik Enterprise, pelik kenapa yang bernombor 13 dikosongkan. Superstitious?
Izwan kata tak apa, biar dia naik.
Tapi last-last Hamdan yang naik...
Bila hari dah nak gelap, kami ke Kyoto. Naik Family Coaster yang brek dia kuat nak mampus.
Kemudian terus ke Athens, tengok orang main bumper car dalam Parthenon.
Bila dah nak maghrib, Muhammad dengan Suib nak pulak cuba-cuba kekuatan. Tapi nampaknya lebih bergantung kepada teknik. Tapi bila tengok lama-lama, bergantung kepada nasib saja.
Lepas maghrib, naiklah kereta lembab keliling taman. Alang-alang free dan tak ramai orang macam dekat bumper car.
Sebelum naik benda alah yang paling jahat dekat situ...
Kasihan, kecik-kecik lagi mak bapak dah paksa datang.
Mainan apa nama entah.
Kalau teringin nak jadi angkasawan, naiklah Enterprise kasi pas dulu.
Kalau nak rasa pengalaman duduk dalam lif yang terhempas, naiklah benda alah ni.
Kalau nak rasa pengalaman eksiden kereta yang tergolek 360 darjah, naiklah roller coaster.
Tapi masa naik tu tiba-tiba ada 'benda' jatuh.
Tapi boleh pakai lagi. Cuma keypad hilang. Kan dah kena tekan nombor pakai pen. Macam PDA lah pulak.
Aku sebenarnya taklah minat sangat dengan ide ke taman tema. Dulu-dulu aku cukup tak suka ke tempat-temat macam ni. Kalau pergi pun (Pesta Pulau Pinang atau Ekspo Kota Bharu) setakat tengok dan jaga adik-adik yang main saja. Tapi dah orang belanja. Kira kali pertama jugaklah ni betul-betul pergi.
"...dan orang yang berhijrah itu pula ialah jenis orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah." Al-Hadith
Maka tahun penuh kenangan 1427 hijrah pun ditutup dengan bacaan doa akhir dan awal tahun di rumah Kang Mede setelah Dar El-Ifta' dirujuk untuk ta'kid tarikh. Tengku Kadir pun telah berhijrah dari blogdrive ke blogspot. Blog ini juga telah berhijrah ke template yang baru... Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun kelmarin.