Showing posts with label Cuti 2007. Show all posts
Showing posts with label Cuti 2007. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Basa-basi Beruk

Pada suatu hari, selepas balik dari menghantar orang kerja kilang atau ketika balik dari kedai hardware, Uji terserempak dengan lori yang mengangkut anak-anak beruk. Uji beli seekor konon untuk mainan Lah. Seekor RM50. Sekarang beruk itu di bawah jagaan Che Rohim dan diajar naik nyiur.

Berikut ialah pemerhatian aku dari hal tabiat beruk.
  • Beruk kedekut. Kalau anda hidangkan semangkuk air untuknya. Lepas puas minum walaupun tak habis, beruk akan tuang semuanya ke tanah. Macam tak nak bagi orang lain minum.
  • Beruk tamak.Kalau anda tengah makan pisang, kemudian anda patahkan sikit pisang tu kasi kat beruk. Beruk akan campak pisang tu ke tanah sebab dia nampak ada yang lagi besar dalam tangan anda. Dia nak yang itu.
  • Seperti kera mendapat bunga, jangan biarkan anak ayam ternakan anda datang dekat dengan beruk. Nanti beruk akan mengoyak (literally) anak ayam anda.
  • Beruk bermusuh dengan kera. Kalau ada kera liar yang datang dekat, beruk akan mula bising-bising dan marah-marah.
  • Kaedah untuk semua binatang. Jangan diajar dengan kemewahan. nanti naik lemak. terlanjur, Che Rohim dah ajar beruk ni minum kopi O manis.
  • Beruk kurang minat eye contact.
Junior aku yang banyak berfikir pernah bertanya secara umum. Apa beda beruk dengan kera. Ketahuilah olehmu beruk ekornya pendek, kera ekornya panjang, beruk badannya kasar, kera tubuhnya langsing.

Thursday, March 19, 2009

Muhammad ‘Iwadh

Ini, aku korek dari loteng. Ditulis tiga tahun yang lalu. Waktu itu, otak masih tajam, bacaan pula masih luas. Sekejap saja masa yang perlu untuk jadi tumpul dan sempit. Dalam perjalanan balik kampung, kami jumpa seorang tua...

* * *


Muhammad ‘Iwadh sudah sedikit uzur. Badannya besar, bertongkat dan sedikit bongkok barangkali kerana sakit pinggang.

Dia seorang mahamil (peguam). Punya seorang sahabat di Kelantan bernama Muhammad Ghazali. Juga seorang mahamil. Mungkin sekali dia akan ke Kelantan atau Sarawak. Ziarah.

Dia sangka Kota Baharu bermaksud kota laut. Dia tanya negeri paling lawa di Malaysia. Dia tanya apa itu kuala.

Bila tahu namanya Tengku Kadir, dia tanya. Tahukah siapa ulama’ yang juga namanya Kadir. Tengku Kadir menjawab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Katanya ada lagi. Abdul Kadir Al-Jaziri.

Ada anak kecil di tepi kami bermain melompat buas. Muhammad ‘Iwadh minta ditanya na
ma anak itu. Anak itu malu menjawab. Katanya Muhammad ‘Iwadh, dia juga punya cucu seperti itu. Muhammad ‘Iwadh mengajar, hafidh itu cucu. Anak kepada anakku.

Pesannya Muhammad ‘Iwadh tentang sifatnya Hudzaifah Al-Yamani

• Tidak merungut dengan musibah yang menim
pa
• Tidak mangadu jika ditimpa sakit

• Tidak mengangkat diri sendiri

100% berlawanan…

* * *

2006

2007

Dari tingkat sebelas menara tabung haji selepas selesai kelas Maulana Asri. Tak banyak beza, cuma Kota Bharu Trade Center tambah tinggi sikit.

Friday, January 23, 2009

Whistler's Mother


God, am I wrong to use you as my escapism?

Saturday, January 10, 2009

Anggrek Nilai Tiga



Afeez yang beli.
Di Nilai 3, Nogori.

Saturday, December 27, 2008

Kerja Dapur Che Rohim

Che Rohim memarut nyiur untuk Mek Esah.

Che Rohim bukan lelaki Melayu tipikal yang semua kerja dapur diserah bulat-bulat kepadaa orang perempuan. Ada hari-harinya Che Rohim yang akan menanak dan menggulai terutamanya kalau rezeki hari itu daging. Che Rohim tak makan ayam. Bila ditanya kenapa dia akan menjawab yang dia bukan musang. Sebetulnya kerana dia akan naik bedan kerana alahan. Katanya lagi dia sudah cemus dengan ayam. Kalau hari-hari yang lauknya bukan daging pun, Che Rohim sekurang-kuranynya akan membuat tugas-tugas yang lebih lelaki. Ambil nyiur, koyak, belah dan parut. Che Rohim suka makan ulam. Dari pucuk-pucuk biasa sampailah ke ulam yang aneh-aneh. Buah ketereh (bukan pucuknya saja) dan buah jambu air.

Monday, December 22, 2008

Sepit Udang

Sepit Udang atau orang kampung memanggilnya Heliconia. Boleh jadi berketurunan lengkuas atau halia walaupun sebenarnya lebih hampir kepada keturunan pisang. Pokok yang mudah dijaga tapi awas kalau tidak cantas selalu alamatnya menyemaklah ia.

Friday, November 28, 2008

Kenanga Bakok

Dengan Nama Allah Tuhan Kepada Kalam

Salam Sejahtera

Ketahuilah olehmu, inilah bunga kenanga. Salah satu bunga kampung tradisi lama yang menjadi trend terbaru macam yang aku sebut dulu. Kenanga ini belum masak kerana belum kuning. Atau apakah sebab ia kenanga bakok?

Inilah bunga kenanga yang dipanggil orang putih ylang ylang. Ya, ylang ylang seperti yang dibubuh dalam syampu Sunsilk itu. Baunya yang semerbak memang sudah lama diketahui orang. Disimpan dalam gulungan sanggul rambut wanita Melayu lama dan dalam lipatan kain baju sebagai pewangi. Diguna di Barat sebagai minyak rambut kaum lelaki sejak era Victoria lagi.


Pun orang putih menamakannya ylang ylang mengikut sebutan orang Filipina, nama saintifik tetap mengekalkan nama Melayunya, cananga odorata. Dek kerana baunya lebih kuat pada waktu senja orang lama-lama selalu mengaitkannya dengan tempat hantu-hantu bermain. Sampai adik bongsu aku kecut, sebab pokok kenanga kami menjulang tinggi sampai depan tingkap biliknya.

Bakok ialah Bangkok pada sebutan Kelantan.

Monday, November 17, 2008

Mas Secotek

Mas Secotek ialah sejenis tumbuhan herba tradisional Melayu. Turut digelar Mas Cotek, Telinga Beruk atau Serapat Angin. Pohonnya ada jantan dan betina. Daun yang tirus jantan dan daun yang lebar betina. Air rebusan akar, daun, batang dan buahnya baik untuk orang perempuan lepas bersalin. Mengecutkan peranakan dan membetulkan letak duduknya. Selain direbus, daunnya boleh dikunyah segar. Selain untuk orang perempuan, mas secotek baik juga untuk sakit-sakit lainnya.

Mama beli dua batang pohon jantan dan betina dari tempat tok guru mengajar. Tapi lama-lama dua-dua pokok sudah jadi lebar daunnya. Barangkali pokok yang jantan sudah jadi pondan.

Tuesday, August 12, 2008

Puspa Raya

Gambar-gambar ni antara yang terawal dipukul kamera baru aku, yang pakai sekarang inilah. Kononnya untuk menge'test power' kamera ni...


Kata mama, orang sekarang dah tukar trend. Balik semula kepada bunga-bunga kampung untuk menghias laman masing-masing.



Antaranya bunga raya, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga melur, bunga...
Ini spesis bunga raya yang berlapis-lapis kelopaknya.



Sepasu-sepasu bunga ni adalah dalam sepuluh ringgit.


Sebab kononnya impot dari Hawaii?


Eh! Ada pengacau pulak!

Bunga-bunga tradisi ni biasanya bukan setakat buat melawa saja. Tapi ada guna lainnya. Daun bunga raya boleh dicampur dalam air untuk jelum kepala orang demam. Insya Allah mujarab.

Wednesday, August 06, 2008

Duit Pokok Pisang

Bulan Ogos ialah bulan yang baik untuk mengingat sejarah. Pada awal bulan ini (hari ini) Hiroshima dan (lusa) Nagasaki dipadang jarak padang tekukurkan, pada tengah bulan ini perang dunia tamat seluruhnya dan pada hujung bulan ini Malaya merdeka.

Ketika inilah muncul demo-demo anti-Jepun di China dan Korea, timbul isu lawatan Perdana Menteri Jepun ke Tokong Yasukuni, diputar semula dokumentari-dokumentari hibakusha dan tunjuk-tunjuk perasaan oleh wanita teraniaya perang dunia kedua terutamanya di Filipina.


Zaman ubi kayu dulu, duit pokok pisang langsung tak laku. Konon orang-orang kaya waktu itu ada dua tiga tempayan penuh berisi duit pokok pisang. Tapi langsung tak laku. Inflasi cukup tinggi. Lagipun kerajaan pendudukan Jepun (Japanese Occupational Government) keluarkan duit ini dengan terlalu banyak.


Sekeping lagi duit lama yang pelik. 'Matawang' yang tertera ialah kati. Sebenarnya ini sistem lama yang dipakai zaman British dulu. 'Duit' ini ialah kupon untuk setiap sepuluh kati getah yang dijual. Sama ada terus boleh ditukar dengan duit atau terus laku di kedai. Ada satu lagi jenis kupon yang menggunakan 'picul' iaitu unit ukuran berat iaitu pikul.

Kalau di utara 50 sen menjadi lima kupang. Di pantai timur ringgit terus ditukar menjadi riyal. 10 sen tetao 10 sen tetapi 50 sen menjadi nilai wang yang unik dan dipanggil samah. Lebih unik lagi, hanya seringgit setengah diberi jolokan istimewa iaitu tiga amah. Tidak dipakai oleh nilai-nilai wang yang lain.

p/s: di utara, jual beli ikan atau daging masih memakai unit kati.

Friday, July 25, 2008

Hadiqah Hayawan Che Rohim


Rumah Che Rahim makin lama makin persis mini zoo...


Che Rahim bela tekukur.

Di sebelah kiri yang nampak binaan terkeluar sikit tu ialah akuarium yang akan nampak macam diorama dari ruang tamu. Di belakang lagi ada 'gok' atau sangkar merpati dan untuk kurung kucing tak mau bagi berak atas rumah.


Che Rahim bela beruk.
Aku ingat nak buat entri khas untuk mek ni setelah ada penemuan hasil pemerhatian dibuat selama beberapa tahun. Bila kami tunjuk gambar ini pada Za'zu' dia kata,
"Tengok, beruk ni pakai eye liner."


Akhir-akhir ini landak pun Che Rahim ada.
Ini semua kerja Mat Yeh bawa balik makhluk ni dari hulu.
Mat Yeh ada bawa balik kepingan kulit badak kering dari hulu yang ditembak mentuanya. Menurut orang, kulit badak dipakai untuk mengeluarkan duri atau sembilu yang tertikam tubuh. Caranya gosok saja kulit badak kering di tempat tertusuk duri.


Che Rahim turut membela cucu-cucu yang ramai...

Dekat dengan 'rumah' beruk ada sebuah lagi gok untuk beberapa kambing kacang dan seekor Jamnapari milik Uji. Ada lagi tiong seekor, ayam kampung, ayam Israel dan itik serati kira dah ma'ruflah.

Jadi salah satu kerja-kerja Che Rahim sehari-hari ialah memberi makan makhluk-makhluk ini. Agaknya anak cucu tak balik kampung pun tak bosan juga.


Thursday, July 03, 2008

Kekayaan Berasaskan Bahan Logam

Zaman hari tu, kaya miskin orang-orang disukat dengan menilai berapa banyak bahan logam yang dipunyai. Berapa keping wang emas? Berapa uncang wang emas? Berapa peti wang emas? Ataupun berapa banyak bahan logam yang melekat pada batang tubuh. Kalung, subang, cincin, dokoh.

Apabila zaman telah berubah menjadi moden, orang tidak lagi mengheret bahan-bahan logam yang berat ini di atas batang tubuh mereka. Kaya miskin mula disukat dengan berapa banyak kertas yang ada. Berapa helai not atau berapa tebal buku cek? Ataupun berapa banyak bahan plastik yang ada. Berapa kepin
g kad kredit?

Kecuali di sesetengah tempat. Semiramis contohnya...


Zamrud dari Colobia sampai ke Burma

Aku akan ke Semiramis untuk menyucuk duit kalau perbendaharaan semakin kering. Seperti biasa, aku tetap dengan prinsip aku iaitu berselipar jepun walaupun nak ke Semiramis. Untuk masuk ke Semiramis kalian mesti melalui metal detector. Sebelum masuk, pengawal akan menghulurkan bakul untuk kalian letakkan sebarang telefon bimbit atau kamera.

Maka aku dengan yakinnya masuk selamba tanpa merespon apa-apa kepada pengawal dan metal detector pun tak berbunyi sebab aku memang tak ada telefon bimbit. Alih-alih dia panggil aku, tanya nak pergi mana. Siyut! Mentang-mentang aku tak pakai henset dia ingat aku tak layak masuk Semiramis. Miskin sangat ke aku ni
sampai nak kena jadi teroris?

Nampaknya, sampai sekarang pun logam masih dijadikan ukuran miskin kaya cuma dalam bentuk baru. Akhir kata, kalau logam dijadikan ukuran kaya tidakkah duit semuanya kertas?


Ini semua koleksi bapak. Dulu-dulu pantang ada masa senggang kerja, mesti dia pergi ke lorong-lorong Jalan Dato' Pati atau Arked Uda untuk pantau kalau-kalau ada barang baru. Akulah juga yang asyik mengekor. Upah mengikat batu yang murah serta kerja yang halus dan kemas menggalakkan lagi aktiviti bapak. Tapi akhir-akhir ni bapak dah agak kohor dalam hobi ni. Mak selalu saja mengepek tapi bapak kata ini esok-esok kalau kamu orang tak berduit bolehlah jual. Pun, bapak masih memakai semuanya bergilir-gilir setiap hari.

Bapak ada macam-macam jenis batu dari yang asas seperti zamrud, delima dan nilam hinggalah yang pelik-pelik macam batu bulan, batu karang (marjan) atau paruh enggang, literally paruh enggang. Contohnya merah di atas ni bukan delima, tapi marjan semuanya. Permata yang ini semuanya besar-besar mengikut saiz, jantina dan umur. Orang perempuan atau lelaki muda elok pakai yang kecil. Besar-besar macam ini untuk pakcik-pakcik bolehlah. Jadi kalau nak tanya apa-apa pasal batu, yang asas-asa bolehlah aku jawabkan. Berdaging atau berair? Ada star atau tidak? Batu asli atau batu masak?


Tuesday, July 01, 2008

Nangka Raja




Zaman serba moden ini, buah durian telah ditabalkan menjadi raja segala buah. Mungkin sekali kerana baunya yang kuat atau rupanya ganas atau isinya kuning. Pun, sekuning-kuning isi durian, kuning lagi isi nangka. Isi nangka lebih konsisten kuningnya berbanding isi durian. Isi durian kalau mangkar putih pula, kalau masam biru pula.

Zaman hari tu, buah nangka yang menjadi raja buah atau mungkin buah raja. Rasa dan teksturnya yang unik menjadikannya buah yang berprestij pada zaman itu. Nangka bukan mudah-mudah dapat dinikmati rakyat jelata. Contoh yang terbaik ialah dalam kisah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Nangka pun banyak gunanya. Selain isinya yang boleh dimakan mentah atau dimasak dengan macam-macam cara, bubur atau gulai. Daunnya dijadikan petua masak-memasak supaya kalau menumis atau menggoreng minyak tidak banyak memercik atau supaya kalau merebus daging cepat empuk. Batang nangka pula dibuat orang gendang nobat diraja atau kepala perahu.

Orang tua-tua tidak makan nangka kerana takut sakit urat. Kata orang tua-tua lagi, siapa yang makan nangka, dia yang kena getahnya. Tapi suri-suri rumah atau ibu-ibu akan menjawab, orang lain yang makan nangka kita pula yang kena getahnya. Maklumlah, mereka yang belah nangka tapi habis dimakan anak-anak juga.

Jadi, sebelum membelah nangka, lumurlah dahulu tangan dan pisau dengan minyak. Sebelum belah nangka juga, hempaskan dulu ke lantai beberapa kali supaya ulas-ulas nangka melekat pada pulurnya dan bukan pada kulitnya. Mudah sedikit nak perisi nanti.

Sebelum berakhir, layanlah video ini, Barulah tahu betapa prestijnya buah nangka zaman hari tu.






Tuesday, June 24, 2008

Pulang Marilah Pulang

Pemberitahuan
Entri ini bersifat seperi musang dengan anggur masam.

60% ahli Rumah Sesat telah telah kembali ke

rumah masing-masing di tanah air

Kenapa aku tidak minat pulang?

Setiap kali berkeputusan mau pulang, kemudian setelah membeli tiket, menerima tiket dan menanti tarikhnya tiba, semakin kuat rasa tidak sedap dalam hati, takut dan bimbang serta gelora.


Antara sebabnya ialah


Mamat ini dijumpai dalam lipatan tilam yang aku mau pakai buat tidur.


Awang ini pula selalu menunggu untuk menyergah aku di dalam jamban. Jadi sebelum masuk, mesti mau periksa seluruh dinding jamban, atas bawah kiri kanan, kalau tak mau selera kencing berak terbantut.

Sekali sekala ada terjumpa 'omm arba3a wa arba3een' dalam lipatan tilam dan selalu sahaja kena kejut tidur oleh adik aku sebab suruh halau/bunuh lipas yang masuk dalam bilik dia.

Itu belum masuk kes-kes kelkatu lepas hujan, ulat gonggok, katak pisang, ular, biawak. Maklumlah, kalau takutkan binatang liar, jangan berumah dalam hutan belantara.

Hidup di kota metropolitan seperti Kairo, anda tak akan disusahkan oleh makhluk-makhluk halus sebegitu. Sehinggalah Izwan tangkap benda ni dalam bilik air dia.


Aku mula manilai kembali kenyataan aku.
Selain tu ada saja kes ular di Kairo ni. Tikus tak masuk buku. Memang makhluk metropolitan.


Friday, June 06, 2008

YTT


Yesterday is history, tommorow is mystery and today is a gift, that's why it is called present.


Ini bunga YTT, Yesterday Today Tomorrow. Bunganya kecil-kecil. Sedikit wangi. Daunnya akan-akan bunga kertas. Pokok ini mudah hidup dan senang dijaga. Senang juga berbunga. Dipanggil orang Yesterday Today Tomorrow kerana semalam berwarna ungu, hari ini berwarna merah jambu dan esok akan berwarna putih sebelum layu dan gugur.


Thursday, April 24, 2008

Jering Rebus


Kata orang, raja segala ulam itulah petai. Walaupun ulam raja itu tetap raja meskipun tidak mengharap pada manusia untuk merajakannya. Berkenaan petai, tidak dapat dipisahkan dengan beberapa ulam lain yang bagaikan kakak beradik kepada petai iaitu jering dan kerdas. Pun begitu, petai dan jeringlah yang lebih dikenali ramai. Adapun kerdas, tidak banyak dikenali orang. Berkenaan kerdas, jika tersilap makan boleh menyebabkan muntah yang barangkali kerana mabuk (keracunan).

Berbanding petai, jering dianggap sebagai kelas kedua dan kurang dikenali melainkan melalui simpulan bahasa tangkai jering. Ia kurang diminati kaum muda lantaran baunya yang lebih kuat dan rasanya yang pahit. Aku sendiri pun sebagai seorang neo-konservatif masih tidak dapat menerima buah jering ke dalam tembolok kerana rasanya yang kuat itu menyekat tenggorok. Pun begitu ia dikatakan berkhasiat untuk pesakit buah pinggang. Lamun, terlalu banyak memakan jering juga boleh membawa kepada masalah iaitu kencing sepit.

Ulam dimakan mentah (atau dicelur) dan mestilah muda. Baharulah mudah digigit, dimamah dan dihadam. Jika ulam-ulaman sudah tua, maka jadilah sia-sia. Seperti buah jering yang jika telah tua cukup keras. Pun begitu, orang Kelantan masih ada jalan untuk memanfaatkan jering tua. Dengan merebus. Dalam kerja-kerja merebus jering, banyaklah petua-petua pelembut yang digunakan. Antaranya memasukkan sabut kelapa, bahan-bahan daripada besi seperti paku atau rantai basikal. Ad juga yang memasukkan daun nangka dan petua-petua ini boleh juga diguna untuk melembutkan daging.


Apa pun, jering rebus sudah tidak lagi dimakan sebagai ulam. Tetapi dimakan sebagai sejenis makanan ringan yang dimakan dengan kelapa parut bergula. Rasanya sudah kurang pahit seperti memakan sejenis kacang yang lemak. Ala-ala buah berangan begitu. Snek ini amat digemari kaum tua dan mudah didapati di atas pasar (Pasar Besar Siti Khadijah). Pun, begitu masalah kencing sepit tetap ada dan kencing pun masih haring.

Ada satu lagi cara untuk memanfaatkan jering tua iaitu dengan merelung. Jering relung ialah jering tua yang ditanam di dalam pasir sehingga berakar dan dimakan sebagai ulam. Boleh jadi, kadang-kadang jering relung tidak ditanam tapi dicari. Orang-orang zaman dulu kadang-kadang mencari jering relung di bawah pokoknya. Jering tua yang gugur dan direlung alam.

Tangkai Jering?

Mengapa orang kedekut digambarkan sebagai tangkai jering? Buah jering tidak sekali-kali akan gugur melainkan setelah sudah benar-benar tua. Jering muda sebagai ulam di pasaran pun dikait orang juga masih liat tangkainya. Maka begitulah juga orang kedekut. Tidak sekali-kali akan menggugurkan duit atau hartanya dan cukup liat melepaskan duit juga hartanya.


Wednesday, March 12, 2008

Sampah masyarakat



Sebelum PRU, kita boikot mereka.


Ketika PRU kita muak dengan mereka. Nak muntah!


Alih-alih lepas PRU, kita termakan dengan berits-berita (sila baca hasutan) mereka?

Mereka tidak pernah dan tidak akan insaf (sekurang-kurangnya seperti bekas menteri mereka?) Mari saya ingatkan. Selagi tiada kebebasan media, mereka ialah sampah masyarakat. Sampah.

Dulu.


Kini.


Selamanya...

Friday, September 21, 2007

Nasi Tumpang



Ini bukan satar. Jangan tertukar

Orang Kelantan punya satu budaya di mana hampir setiap rumah di segenap tingkat sosial tidak memasak sarapan. Sebaliknya sarapan dibeli. Secara umum, nasi menjadi pilihan sarapan dan ada empat jenis nasi yang dibuat sarapan.

Nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan nasi lemak (sudah menjadi nasi sarapan yang universal).

Sekali-sekala ada setengah-setengah kedai menjual nasi kapit/impit.



Inilah dia nasi tumpang. Jarang-jarang boleh jumpa. Melainkan atas pasar. Kata orang nasi tumpang paling sedap boleh dapat di Pasir Hor. Tapi mesti beli sebelum jam sembilan. Jika tidak putus harapan.

Nasi tumpang berbentuk kon. Nasinya termampat macam nasi kapit. Lauknya diletak pada tapak (base) kon. Lauk yang biasa dipakai ialah sambal atau masak lemak udang. Kemudian ada sedikit sambal kelapa. Seperti kebiasaan orang Kelantan, kuah dibubuh hanya sekadar sesudu kalau tidak setitik.

Selamat bersahur.

p/s: Di Terengganu, ada yang bersarapan dengan nasi minyak? Nasi dagang Terengganu putih seperti nasi biasa, nasi dagang Kelantan pakai beras khas. Nasi lemuni hanya terdapat di utara semenanjung dan semakin pupus dengan pupusnya pokok lemuni. Di Johor, nasi ambeng menjadi kebiasaan untuk sarapan.

Monday, September 17, 2007

Dari Puncak Menara Agam




Bumbung hijau.



Rumah Kuning.



Alek naik.



Alek jatuh.



Alek ilir.



Tak ada gambar alek ulu.



Rumah Esah celah hutan.



Ribut mampir perlahan.

Saturday, September 15, 2007