Showing posts with label Cuti 2008. Show all posts
Showing posts with label Cuti 2008. Show all posts

Friday, January 16, 2009

Naik, Jerit, Muntah


Benarlah bagai dikata anak cikgu rozi, inilah mendalah paling jahat di situ...


Gah gila nampaknya. Cuma sebelum kami pergi kami tak consult anak cikgu rozi dulu, jadi awal-awal kami bantai naik Discovery.

Jadi awal-awal lagi aku dah terus demam.

Tuan-tuan dan puan-puan, saksikanlah. Dia hayun korang bukan sikit-sikit, tapi sampai lebih 90 darjah.

Masa tengah menjunam ke bawah, habis semua organ-organ jadi retroperitoneal.

Sampai termuntah-muntah orang yang naik (pakcik tengah lap muntah orang).

Pun begitu, masih ada makhluk-makhluk Tuhan yang belum insaf. Balun naik kali kedua. Konon nak feel naik malam-malam pulak.

Discovery sedang mengganas tak sanggup (tak sempat) nak ambik gambar diorang kena hayun.

Seksaan dah tamat. Muka-muka puas. Salah sorang sedang bersedia untuk muntah.

Demikian, 'new year party' di Dream Park. Menghabiskan cuti panjang yang bersisa sambil-sambil bertafakkur, apalah hadaf makhluk manusia buat mendalah-mendalah cenggini?

Monday, January 12, 2009

Dereem Bark

Oh! Tengoklah muka masing-masing. Muhammad dengan Izwan dah jadi Super Saiya.

Mulut Faiz muncung dan Suib dah bersedia untuk muntah. Naik Spin Top, organ-organ semua turun ke buntut.

Naik Enterprise, pelik kenapa yang bernombor 13 dikosongkan. Superstitious?

Izwan kata tak apa, biar dia naik.

Tapi last-last Hamdan yang naik...

Bila hari dah nak gelap, kami ke Kyoto. Naik Family Coaster yang brek dia kuat nak mampus.

Kemudian terus ke Athens, tengok orang main bumper car dalam Parthenon.

Bila dah nak maghrib, Muhammad dengan Suib nak pulak cuba-cuba kekuatan. Tapi nampaknya lebih bergantung kepada teknik. Tapi bila tengok lama-lama, bergantung kepada nasib saja.

Lepas maghrib, naiklah kereta lembab keliling taman. Alang-alang free dan tak ramai orang macam dekat bumper car.

Sebelum naik benda alah yang paling jahat dekat situ...

Wednesday, January 07, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Selamat Tahun Baru Hijrah daripada...

...Dream Park.

Mentang-mentang ada orang belanja tiket VIP.

Kasihan, kecik-kecik lagi mak bapak dah paksa datang.

Mainan apa nama entah.

Kalau teringin nak jadi angkasawan, naiklah Enterprise kasi pas dulu.

Kalau nak rasa pengalaman duduk dalam lif yang terhempas, naiklah benda alah ni.

Kalau nak rasa pengalaman eksiden kereta yang tergolek 360 darjah, naiklah roller coaster.

Tapi masa naik tu tiba-tiba ada 'benda' jatuh.

Tapi boleh pakai lagi. Cuma keypad hilang. Kan dah kena tekan nombor pakai pen. Macam PDA lah pulak.

Aku sebenarnya taklah minat sangat dengan ide ke taman tema. Dulu-dulu aku cukup tak suka ke tempat-temat macam ni. Kalau pergi pun (Pesta Pulau Pinang atau Ekspo Kota Bharu) setakat tengok dan jaga adik-adik yang main saja. Tapi dah orang belanja. Kira kali pertama jugaklah ni betul-betul pergi.

Wednesday, December 31, 2008

Birru7! Biddam!


"...As often as they light a fire for war, God extinguisheth it..."
(5:64)

* * *

Labbaik! Labbaik! Labbaik!


Khaybar khaybar ya yahud! Jaysh Muhammad sawfa ya3ud!

Ya Filistin! Ya Filistin! Kulluna Salahuddin!

Ya Mubarak! Ya mas'ul! ????? ma'ful!

Kulluna Hamas! Kulluna Hamas! Kulluna Hamas!

* * *

"...help from God and a speedy victory, so give the glad tidings to the believers."
(61:13)

Sampai simpang Mawardy, aku balik. Mamat ikut sama dan turut serta.

Negara-negara Arab memberi lampu hijau kepada Israel. Masing-masing mahu jatuhkan Hamas. Mesir membantu mengepung Gaza. Saudi bisu sampai hari ini. Kecuali Syria yang lebih lantang. Libya negara miskin dua kali cuba menghantar bantuan. Kali pertama melalui kapal laut disekat kapal Israel. Kali kedua melalui kapal terbang tidak dibenar mendarat di lapangan terbang Arish, Mesir. Apakah kita memerlukan Salahuddin? Atau apakah kita perlukan sebuah lagi Empayar Babylon atau Empayar Rom untuk menghapuskan Yahudi? Sebagai yang termaktub dalam Kitab Perjanjian Lama kata seorang putih dari UK. Seorang pimpinan Hamas berkata Allah telah menjanjikan kemusnahan Yahudi. The Holocaust is yet to come.

Wednesday, December 24, 2008

Ubi Setela


Kereta sorong berkuasa wap.

Dari jauh nampak macam George Stephenson punya 'Rocket'.

Dekat sikit lagi rupanya orang menjaja ubi setela.

Ubi setela atau ubi keledek (jangan tertukar dengan ubi keladi) konon berasal dari Amerika Selatan dan Karibia. Pun, sebelum penerokaan orang-orang putih ke Dunia Baru, ubi setela atau ubi jalar menurut kata orang Indo telah dikenali di kepulauan Pasifik Selatan yang menjadi tanda tanya di kalangan para botanis.

Ubi setela atau kentang manis menurut kata orang putih punya kegunaan selain bahan makanan. Jusnya dicampur perahan limau boleh dijadikan bahan pewarna. Tamadun Inca menggunakannya sebagai bahan seramik. Selain pohonnya boleh dijadikan hiasan, orang Formosa cuba menjadikannya sebagai bahan api alkohol untuk kenaikan.

Kemudahan menjaganya menjadikan ia tanaman komoditi pilihan. Turut ditanam Mek Esah dan Che Rohim demi menyekolahkan sembilan anak. Kentang manis atau ubi setela juga dikempen di negara barat sebagai gantian kepada kentang biasa kerana selain mempunyai glycemic index yang tinggi sedikit, ia juga mengandung beta carotena, serat dan vitamin C.

Mula-mula budak-budak ni pelik, eih dah? Kenapa aku pukul gambar gerai dema. Tapi akhirnya dema minta juga aku pukul gambar. Perhatikan hiasan tapak tangan serombong asap. Apakah dipercayai membawa tuah, pelaris atau simbol rukun Islam yang lima?

Seperti orang Melayu gemar makan ubi kayu rebus dengan air kopi O pada musim hujan, orang-orang di negeri-negeri empat musim pun suka makan ubi setela bakar seperti yang berlaku di Timur Jauh (China Jepun) dan Mesir (Timut Tengah) walaupun hanya dua musim saja yang jelas. Ketika ini sajalah kereta-kereta jaja berkuasa wap ni menjelma.

Makcik penjual Yaki Imo (keledek bakar) di kota Nara, Jepun. Perhatikan teknologi Jepunyang hampir sama dengan Mesir.

Ubi setela bakar menjadi makanan kesukaan Shizuka (awek Nobita) dan Misae (mak Shin Chan) walaupun rata-rata Melayu Kairo menjuihkan bibir saja kat ubi setela bakar. Sama juga dengan nasib jagung bakar hangus.

Pun begitu, menggemari keledek bakar seolah-olah satu keaiban kerana Shizuka akan tersipu-sipu kalau diketahui orang. Atau mungkin sekali kerana angin perut yang kononnya bakal terhasil selepas makan keledek bakar.


* * *

Selain ubi setela yang namanya tidak sampai ke Pantai Barat Semenanjung, ada dua lagi ubi yang bukan namanya saja tidak sampai tapi tak pernah ditanam pun disebelah sana.

Ubi badak yang lebih kurang dikenali rasanya lemak-lemak seperti keladi. Menjadi bahan ketawa kawan-kawan sekolah rendah bila aku buka cerita pasal ubi ni. Jahil tukir. Ubi keling yang lebih dikenali menjadi bahan snek di tepi jalan dijual bersama etok dan kacang rebus.

Monday, December 15, 2008

Hajj Mabrur wa Dzanbun Maghfur

Mengucapkan selamat pulang kepada abang-abang haji kita.
Mudah-mudahan mendapat...


Tibalah masanya, sepuluh Dzulhijjah~
Membawa kenangan, yang sungguh indah~


Orang Mesir akan membuat graffiti haji di rumah para hujjaj. Sebelum bertolak atau selepas pulang. Menyambut dengan penuh harapan. Di Siwa mereka menulis perkataan 'Mabruk'.

Setelah khemah fannus dan qamaruddin tumbang. Khemah untuk binatang ternak dibangunkan.

Binatang korban ditanda badannya dengan pewarna menunjukkan sudah berpunya. Seekor kharuf begini mencecah 1500 genih.

Tengok, betapa ayunya kambing yang dimerahjambukan jambulnya.

Gazar-gazar (kedai daging) pula semakin meriah menjelang garebek besar. Boleh jadi jualan penghabisan stok sebelum orang banyak makan daging korban.

Ketika Kaherah bersimbah darah, aku berada di tempat darah Alexandros Grigoropoulos tumpah...

Thursday, December 04, 2008

Dapur untuk Darfur


Tiba di bandara.....agak lewat kerana pemandu tramco membawa semua bersiar-siar sekitar Kaherah terlebih dulu.

Memeriksa dokumen.....masing-masing cek tiket dan paspot dengan harapan kes seperti mantan presiden tidak berulang.

Ramai-ramai.....bersama President-Elect dan AJK-AJK yang baru mendapat portfolio.

Seghonok.....Warouq yang peling gembira, pulang ke kempung halaman.

Banner tak kesampaian.....Dibikin oleh Nurul Najuwa Sazali, disunting oleh Muhammad Hafizuddin Mamat Azlan.

Gambar kurang manis, segan nak serah sebagai gambar rasmi.


Tuesday, December 02, 2008

Tamu Tuhan

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman dengan mencukur kepala kamu dan kalau tidak pun menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut. Kerana Dia mengetahui yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat."

(48:27)


Hajj Mabrur wa Dzanbun Maghfur...