Showing posts with label Masrawy. Show all posts
Showing posts with label Masrawy. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

جمعة الغضب


Friday of Anger


Bermalam di rumah Suib. Sedar sedang-sedang mampir waktu Jumat. Janji kerajaan untuk memutuskan segala alat perhubungan ditepati. Tepat jam 12 tengah hari, internet putus, talian telefon mati.

Solat Jumat sebagai biasa. Khutbah Masjid Bustan al-Fadhil juga biasa. Tiada berapi-api. Aku sangka sebaik berpaling salam kiri segala marhaen bakal bangkit dengan laungan slogan masing-masing. Aku berpaling kiri kanan, semua berpusu pulang sebagai juga biasa. Kami pun beramai-ramai membikin rutin setiap hari Jumat, makan tengah hari yang lebih enak dari hari biasa.

Ketika enak-enak menelan makan itu, kurang lebih jam dua di luar mula bergema, "Wahid! Itnin! Sya'bu Masry fayn?! Wahid! Itnin! Sya'bu Masry fayn?!" Kami berebut-rebut ke balakona mengintai. Hampir ratusan rakyat mula turun ke jalan. Setiap kali gerombolan melintasi sebuah imarah, bertambah dua tiga orang, bertambah tiga empat orang. Semua menuju ke kepala Sharia Shaykh Aly Yousef langsung ke Medan Tahrir. Setelah kumpulan itu berlalu keadaan tenang. Buat sementara masa. Tenang sebelum taufan.

Dalam lingkungan waktu asar, mula kelihatan beberapa orang mula berpatah balik. Kami pun mula menggatal meninjau. Dari Sharia Ismail Sirry kami melihat langsung ke Sharia Kasrel Ainy pandangan yang cukup azmat. Anak-anak muda membawa panji-panji dan sepanduk berarak gagah melaung, "As-sya'b yureed isqat an-nizam! As-sya'b yureed isqat an-nizam!" Wamap dan Ayip naik angin. Semangat ingin tahu langsung maju ke Sharia Kasrel Ainy. Aku dan Asle masih terpacak di cabang empat Sharia Ismail Sirry itu.

 Serentak itu berdentam-dentum das-das tembakan gas pemedih mata. Dalam kucar-kacir itu amin markazi mula menyerbu. Demonstran lintang-pukang bertebaran, Wamap dan Ayip berpatah balik, aku dan Asle mundur. Seorang muda yang lebih awal ke depan dengan mata merah berair mengangkat isyarat tangan kepada kami, "Nanti dulu, jangan undur lagi." Ketika itu muncul bermacam-macam penawar untuk mata yang disengat gas. Paling popular, mengairi mata dengan air coke!

Di seberang sini jalan pula seorang anak muda memberi nasihat, "It's better for you to go home".

Di Sharia Kasrel Ainy tidak berhenti di situ. Gelombang kedua anak muda gagah mara dengan laungan, "Allahuakbar! Allahuakbar!" Das-das kelongsong gas pemedih mata ditembak lagi. Anak muda yang sudah pedih mata mundur langsung diganti gelombang baru yang masih segar. Mara. Mundur. Mara. Berulang-kali.

Di Sharia Shaykh Aly Yousef yang lengang tiba-tiba datang sebuah kereta bomba. Mungkin cuba untuk merusuk dan mengapit para demonstran dan menyembur air dari belakang. Waktu itu muncul tiga budak muda yang pada hari-hari biasa termasuk dalam bolongan budak-budak liar. Berkaki ayam, hanya mereka bertiga menghadapi kereta bomba berlari-lari anak mara bersenjatakan batu. Pemandu kereta bomba yang kecut langsung mengundur sampai hujung jalan.

Selang beberapa lama muncul pula sebuah trak polis masuk ke Sharia Aly Yousef. Waktu itu bukan budak muda saja tapi makcik-makcik bawwabah pun mula bangkit. Pantas mengusir trak polis dengan ketul bata dan botol kaca. Aku dan Asle tangkas mengelak masuk ke lobi imarah sambil memikir entah apa yang mahu dicuba polis itu datang dengan trak seorang diri. Cari mati saja.

Wamap dan Ayip masih di depan. Petang menjelang. Tarik tolak antara demonstran dan amin markazi masih berlangsung di Sharia Kasrel Ainy. Demonstran 'menawan' beberapa meter kemudian dirampas puak polis kembali. Kemudian ditawan lagi dan dirampas lagi. Begitulah.

Petang menjelang. Anak-anak muda nan liar mula main kasar. Bom-bom petrol melayang di udara menghias langit senja. Wamap dan Ayip balik. Kami semua masuk dan menonton televisyen yang mujur ada di rumah itu. Siaran langsung warta berita khas. Puak polis kalah! Amin markazi berundur sepenuhnya mengosongkan Medan Tahrir yang mulia. Dikhabarkan tentera mula mengambil alih. Kereta-kereta perisai memenuhi medan. Hazr el-tagawwul diumumkan.

Malam itu, azan maghrib tetap bergema ...

Wednesday, April 24, 2013

ثورتنا مصرية



Dengan munasabah pilihanraya yang bakal melanda, molek juga kiranya aku paparkan coretan pengalaman hari-hari rusuhan. Pun pengalaman aku tiadalah sehebat rakan-rakan seangkatan karena aku juga seperti para diktator itu akhirnya meloloskan diri ke Arab Saudi.

Jadi semangat jadi sempadan.

25012011
Hari Polis. Hari yang biasanya dihiasi dengan pertunjukan kekuatan pasukan polis di sepanjang sungai Nil di kota Kairo. Sengaja dipilih golongan anak muda melancarkan tnjuk perasan besar-besaran sebagai mengejek pasukan polis. Simbol kebejatan kerajaan.

Asle, Ayip dan Suib dalam jalan pulang dari kedutaan melalui Medan Tahrir yang penuh azmat dengan para demonstran. Sempat juga memukul gambar berbagai gaya berlatarkan tunjuk perasaan.

Aku kerinan. Yang dapat aku lihat hanyalah rakaman video anak muda Mesir seorang-seorang yang menghalang meriam air. Lagak macam Tank Man di Tiananmen.

26012011
Rabu. Hari-hari seperti biasa. Demonstrasi tinggal saki-baki. Macam biasa, lima orang demonstran dikepung puak polis dari lima buah trak.

Kami macam biasa. Masih mampu main futsal di padang Kelab Zinhom dari senja dan balik malamnya. Tak ada apa-apa.

27012011
Juga hidup diteruskan semacam kebiasaan. Cuma semalam, demonstran berikrar bakal melancar demonstrasi besar-besaran pada hari Jumaat.

Malam. Aku mula tak sedap hati. Amaran demonstran tak boleh dipandang ringan. Aku dapat telah, sesuatu yang besar bakal berlaku. Mula berpesan pada jiran-jiran, rakan-rakan seangkatan dan budak-budak rumah sendiri. Beli bekalan. Aku sendiri langsung ke pasaraya Kheir Zaman angkat telur sepapan sama satu beg megi.

Sambung lepak-melepak di rumah Ayip sebagaimana biasa ...

Tuesday, January 31, 2012

Pempek Palembang

Pempek Kapal Selam
Pempek ialah makanan khas Palembang diperbuat daripada sagu dan ikan.

Lantaran menyambut ulangtahun puja umur Pengerusi ISMA yang hadir bersama anak istri di Restor Pempek Tulen Palembang, Hayyu Asir.

Tekwan
Sup pempek dalam kuah udang campur bihun.

Besdey boy kedua dengan remos Justin Bibir mengadap kek aiskerim.

Pempek Lenggang
Telur dadar berinti pempek.
Konon nama pempek berasal daripada apek karena yang pertama menjualnya ialah seorang apek tua.


Mugi-mugi Teuku Ambe berjaya dalam rencana-rencananya untuk berlibur di Tanzania, Kenya, Morocco atau Uzbekistan.

Mie Ayam Bakso
Hidangan yang paling kenakan.

Malam itu jua orang Korea mengajarkan kami tiga cara membuat aegyo. Tapi semua tak sanggup karena takut menjadi mangsa blog Jilaka nohorom.

Yah! Rileks dulu sementara keputusan ujian akhir terbit.

Saturday, January 28, 2012

Sunday, January 08, 2012

Mau Mesir

Wamap berhasil menggayakan skill persuasive dan influencing untuk mengajak lebih ramai orang melawat EMRO.

Suib memegang si anak manakala Dawud Soliman mendukung si ibu yang bernama Jameela.

Anak-anak yang dikuarantin setelah mendapat suntikan imunisasi.
Kucing-kucing di atas tidak semestinya Mau Mesir.


Dulu aku pernah cerita pasal Van Kedisi, spesis kucing simbol Turki. Kali ni sebagai bahagian kedua lawatan sambil belajar ke EMRO aku ceritakan serba-sedikit pasal kucing Mau simbol Mesir.

Dikatakan sebagai spesis kucing yang paling awal dijinakkan berdasarkan lukisan-lukisan zaman firaun lebih 3000 tahun yang lampau. Malah nama Mau pun berasal daripada perkataan Mesir purba yang bermaksud kucing.

Kucing Mau Mesir merupakan satu-satunya kucing yang bertompok secara alami. Jika dicukur bulunya tetap terdapat tompok pada kulitnya. Kucing bertompok yang lain biasanya terhasil daripada kacukan kucing jinak dengan kucing hutan.

Mau Mesir ialah yang paling laju antara baka-baka kucing peliharaan. Kaki belakangnya lebih panjang daripada kaki depan. Lagipun ada lipatan kulit lebihan di bawah perut lebih kurang cheetah yang membolehkan kaki belakangnya diregang lebih jauh. Tubuhnya pula langsing ramping dan berotot kental.

Matanya mesti berwarna hijau. Atas dahinya terdapat tanda berupa seekor kumbang tahi atau huruf 'M'. Ia juga sangat muzikal. Mengeluarkan bunyi seakan menciap atau mencicit dan seakan mengekek. Mau Mesir datang dalam beberapa warna, perak, gangsa, asap, hitam dan biru.

Kucing mau cukup cerdik dan setia semacam anjing. Tetapi hanya intim kepada beberapa orang yang rapat sahaja. Kucing Mau Mesir sudah jarang ditemukan lagi. Sebab itu organisasi seperti EMRO wujud. Untuk membela Mau Mesir daripada sikap orangnya yang kasar terhadap kucing.

Adapun bagi Nusantara, kucing yang menjadi simbol kita ialah kucing Madura yang terkenal dengan hujung ekornya yang bengkok dan dipopularkan oleh Faisal Tehrani dalam novelnya Manikam Kalbu.

Sunday, November 13, 2011

EMRO


Sekali lagi aku mengikut rapat dan menjadi saksi obsesi Wamap. Kali ni dia obses dengan Kucing Mau Mesir. Famili Wamap memang penggemar kucing tegar. Sanggup habis lapan ratus untuk beli kucing. Siap orang pecah rumah curi kucing lagi.

Maka aku dengan semangat setiakawan pun turutlah Wamap sama-sama mendaki bukit Mokattam bonceng motor cabuknya itu. Bergegar-gegar motor Wamap panjat bukit lagi-lagi kena tangung aku yang besar gajah ni. Kalau orang mengandung maunya gugur dah. Cuak aku takut relai motor tengah jalan.

Ini kali kedua aku sampai Mokattam. Mokattam pada aku suatu wonder. Nun di atas bukit sana terpisah dengan dunia luar ada satu lagi bandar yang cukup lengkap dengan KFCnya, Pizza Hutnya, Kheir Zamannya. Tapi kalau tuan-puan yang rajin talaqqi dengan Sheikh Dr. Yusry Jabir al-Hasani mungkin dah biasa.

Dekat sinilah Wamap nak cari EMRO atau Egyptian Mau Rescue Organization yang dia jumpa dalam internet ketika memenuhi tuntutan obsesinya. EMRO ialah sebuah agensi bebas yang dibiaya oleh pihak persendirian atau derma dari korporat-korporat.

EMRO menawarkan khidmat veterinari selain memberi didikan kepada masyarakat agar lebih menyayangi kucing. Selain itu EMRO juga menerima kucing-kucing dari tuan yang sudah tak mampu atau tak mahu bela. Selain 'menyara' kucing-kucing jalanan sekitar Mokattam, EMRO juga menjadi agensi 'anak angkat' untuk sesiapa yang sudi menagmbil kucing-kucing Mau dari situ. Itulah niat Wamap datang ke sini.

EMRO pernah masuk dalam National Geography.

Vet dekat situ yang kasi tour.

Tempat tinggal kucing-kucing. Sofa disediakan untuk kucing cakar. Ini masa makan.

Terjegil.

Bilik bedah.

Kucing dalam wad, baru lepas kena operate.

Receptionist kat opis.

Kucing-kucing sayang Wamap.

Friday, November 11, 2011

Bercakap dengan Pakcik Paul


Aku berpeluang bercakap dengan Pakcik Paul. Pakcik Paul ialah wakil Socialist Workers Party di Amerika Syarikat. Dia menjaga gerai Parhfinder Press dekat Pesta Buku AUC tahun lepas. Pahtfinder Press ialah sayap penerbitan parti itu yang banyak menyokong Revolusi Cuba.

Mungkin sebab aku kidal jadi aku memang miring ke arah kiri walaupun di sini aku tak pulak bersama dengan puak-puak HALKI dalam PERUBATAN tapi lebih senang menjadi puak HALAT (haluan atas) atau HALBA (haluan bawah).

Aku memang tertarik dengan kitap-kitap tentang tokoh-tokoh yang tersandar di gerai itu mcm Ernesto Che Guevara, Haji Abdul Malik Chabazz atau Malcolm X. Jadi aku minggir dekat intai-intai apa yang sedap, intip-intip harga yang patut.

Tiba-tiba Pakcik Paul bertegur-sapa. Mula dengan sembang-sembang untuk memcahkan air batu sampailah Pakcik Paul mula menerangkan tentang visi dan misi dia orang. Dikaitkan dengan kebangkitan rakyat Mesir baru-baru itu. Dikisahkan tentang idea-idea Malcolm X walaupun langsung tak disebut tentang Islamnya. Banyak butir yang aku lupa sebenarnya.

Kemudian aku tanya, "Jadinya sama macam Michael Moore?" Pakcik Paul jawab sambil mencebik sikit dan mengangkat bahu, "Orang macam Michael Moore tu takkan betul-betul faham. Sebenarnya, dia tu termasuk dalam kelas menengah. Dia tu professional macam doktor, peguam, jurutera. Kami memperjuangkan kaum pekerja macam makcik cleaner, pemandu bas, pekerja kilang, peladang." Aku pun fikir, amboi puak ni memang teras keras rupanya.

Aku macam dah nak beralih tapi Pakcik Paul masih macam taknak lepaskan aku. Diunjukkan buku-buku oleh mursyidul am dia orang Jack Barnes yang membincangkan kegagalan kapitalisme yang menunggu masa matinya saja. Harganya mahal juga. Kemudian ditawarkan pula langganan The Militant, lidah rasmi Socialist Worker's Party, tanpa bayaran pos.

Kemudian aku baru teringat, walaupun Pakcik Paul sosialis tegar tapi dia masih sedang cuba memasarkan buku-buku dia dekat aku. Boleh tak aku pakai perkataan ironi kat sini. Seorang sosialis yang bergantung kepada market juga.

Tapi kalau tengok The Militant, banyak didedahkan kebangkitan rakyat Amerika yang tak masuk dalam media arus perdana yang jauh lebih awal daripada Occupy Wall Street. Jadi aku rasa puak ni memang teras keras habislah.

Sunday, October 02, 2011

Teen Shouky

Aku fikirkan mendung berterusan tapi kini mentari muncul lagi. Mati-mati aku ingat musim dah dingin atau sekurangnya hawa sedang elok. Bolehlah aku menapak berjalan dengan riang. Tapi macam yang Wamap cakap, tahun ni winter cancel 'aasyan thaurah (sebab revolusi). Sekarang semua pun mogok. Cikgu sekolah mogok, doktor hospital mogok, drebar bas panjang mogok, polis dekat Maadi pun mogok. Nampaknya dengan winter sekali nak mogok.

Kalau musim-musim hangat tengah puncak macam hari tu sedap betul kalau dapat makan buah kaktus. Takjub betul zaman muda dulu tengok orang jual buah kaktus. Bila tengok balik rupanya biasa sangat buah kaktus ni kat tempat lain. Kampung kita saja yang tak ada. Adapun buah kaktus ni orang putih panggil prickly pear yakni buah pear berduri atau orang arab panggil teen shouky yakni buah tin berduri. Tak ada kaitan langsung, macam pineapple jugak. Tak ada kaitan pun dengan pokok pain apatah lagi epal. Tapi ada kaitan dengan setroberi.

Adapun buah kaktus ni memang dari pokok kaktus. Kalau nak nak beli mesti makan di situ jugak sebab nak mengupasnya memerlukan pisau dan skill. Tuan kedai pun pakai sarung tangan nak tolong koyak. Boleh jugak beli bawak balik tapi kena bawak plastik sendiri. Bawak balik rumah letak dalam ice box lepas tu makan sejuk-sejuk. Itu yang member arab Israk ajar dulu. Sebijik ada dalam rubu' hingga nus genih ikut saiz. Rasanya hawa-hawa manis begitu. Ya, macam dragonfruit cuma bijinya besar. Buah ni awal keluar ke pasaran warna hijau. Lama-lama jadi kuning, lama-lama jadi merah tapi rasa sama saja kot.

Di Mesir pokok teen shouky ditanam di tepi kebun, atau di tepi landasan keretapi atau mana-mana tanah kosong yang tak subur untuk pertanian. Di Australia pada mulanya orang perkenalkan pokok ini untuk dijadikan pagar rumah tapi lama-lama menyebabkan kerosakan ekologi pulak. Pokok prickly pear ini jugak ada dalam jata negara Mexico yang menggambarkan lagenda pengasasan Mexico yang mana seekor helang bertenggek atas pokok ni yang tumbuh di atas seketul batu di tengah tasik sambil makan seekor ular orok-orok.

Bertahun-tahun lamanya aku teringin nak pukul gambar buah ni atau orang jual buah ni tapi tak ada kekuatan. Segan takut tuan kedai marah. Nak bodek buat-buat comel pun dah memang tak comel. Jadi orang yang takdirnya macam aku ni yang terpaksa bergantung kepada usaha pun memintalah dengan penuh sopan (setelah beli seketul dua). Tuan kedai pun cakap, " 'Aadi!" (Biasalah bro, amik gambar je pun!).

Sunday, August 07, 2011

Towards Tanta


Abang-abang tua ziarah adik-adik kecik buat kali penghabisan. Singgah solat di gate keretapi. Suasana suram-suram senja romantik sekali. Adik-adik Tanta paling bagus. Majlis rasmi tapi mesra selamba. Tambah ada jamu nasi lagi. Adik-adik Tanta memang baik. Semua pun cakap Kedah.

Thursday, July 28, 2011

Kebab Lagenda Medan Geish

Ia cukup popular di kalangan mantan-mantan penuntut di Mesir era 70an. Mereka yang baya-baya Dr. Abdul Rashid Dail atau Datuk Dr. Haron Din misalnya. Sejak itu ia menjadi buah mulut mereka. Meniti di bibir mereka dan turun pula pada keturunan dan anak murid masing-masing tentang kehebatannya. Kalau yang punya rezeki untuk menjejak kaki sekali lagi ke tanah hitam Nil ini pasti mencari. Memburu. Inilah dia Abou Gasir, kebab lagenda Midan Geish.

Tahap lagendanya yang tinggi hingga ada khilaf yang mana satu kedai yang asli. Menurut orang tua-tua kami. Abou Gasir ini lebih rajih. Kini Kang Mede Sapar kembali. Menebus hutang ziarah makan di sini. Tapi rugi, aku lupa nak ambil gambar papan tanda kedai. Dalam filem kungfu/wuxia, papan tanda cukup penting. Maruah.

Monday, July 18, 2011

Chill bawah bulan gerhana


Chill
atas sutuh bawah bulan gerhana sambil layyyaaan ais krim ...

Wednesday, June 01, 2011

Across the Nile


Aku sangat teruja sebenarnya. Tak tahulah kalau orang yang tengok aku nampak macam biasa saja. Maklumlah lepas enam tahun duduk di sini tambah dengan tahun-tahun subsidinya ini baru pertama kali aku naik. Memang dah biasa naik felucca di Tahrir sana nun tapi aura kat sini lain. Terasa macam tengah naik penambang nak seberang Sungai Yangtze dalam filem wuxia.

Ini memang pengangkutan biasa budak-budak Malikul Saleh. Dulu-dulu Sob selalu naik kalau nak ke Kheyr Zaman, Manyal dengan cepat dan murah. Tambang sehala nus genih. Kalau kayuh sendiri percuma. Sebab tu Mamat mula-mula nak cuba tapi bila sampan dah lari budak pendayung tu pun nak ambil alih balik.

Child Labor beb. Bukan senang nak kayuh dengan arus lagi walaupun nampak tenang. Lagipun sampannya besar jugak. Dulu aku ingat kecik macam dalam Pendekar bujang lapuk tu saja. Lagipun tengoklah dayung dia, batang kayu bodoh saja, lurus tak lebar dan leper macam yang biasa. Kesian tengok budak tu, muka penat memanjang. Tauke kat seberang kutip duit.

Dulu aku pernah angan-angan nak buat novel dengan tajuk yang sama. Kisah seorang pecundang -loser- yang pergi jalan-jalan shopping di Alpha Market, Dokki dan tiba-tiba negara jiran dah serang seberang sana sungai dalam rancangan negara besar dorang. Semua jalan ke seberang tutup dan dia terperangkap di seberang sini sungai dan macam mana dia bersama-sama warga tempatan berjuang mencari jalan ke seberang seterusnya membebaskan negara tumpangan dan mengusir musuh. Khayal gila.