Showing posts with label Garebek Puasa. Show all posts
Showing posts with label Garebek Puasa. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Khutbah Raya Pulau Melaka

Kalau nak solat Aidilfitri di masjid Tok Guru mesti ambik sunnah. Makan dulu sebelum turun. Sebab tok guru baca surah Qaf dan surah al-Qamar. Kalau raya haji baru Tok Guru baca surah al-A'la dan al-Ghasyiah. Sebab orang nak cepat jemelih gerban. Ketika solat iktidal Tok Guru panjang. Bacaan iktidal dibaca penuh dan dikuatkan dengan tujuan mengajar ...


Berikut antara mafhum khutbah:

Khutbah raya kali ini Tok Guru memulakan dengan menyatakan bahawa hari raya bukan anjuran kerajaan tapi anjuran agama. Kerajaan pada zaman Nabi dahulu 13 tahun halang Nabi daripada buat kerja dakwah. Kita berhari raya kerana kita gembira dan kita diminta bertakbir sebagai menunjukkan kegembiraan itu yakni atas hidayah yang Tuhan beri. Kemudian Tok Guru menegaskan lagi, raya bukan tradisi tapi perintah agama.

Kemudian Tok Guru menyebut sebelum beraya kita berpuasa di bulan Ramadan. Ramadan itu bulan Quran dan kita dituntut untuk banyakkan berzikir dan sebaik-baik zikir itulah Quran. Dalam bulan Ramadan janganlah buat benda yang salah. Bulan Ramadan sebagai latihan dan kita mesti berazam supaya Ramadan akan datang akan lebih molek lagi.

Tok Guru berkata dalam Islam setiap perjumpaan umpamanya hari raya atau hari Jumaat mesti ada ucapan dan dalam ucapan itu mesti dibacakan ayat Quran mengikut isu semasa waktu itu. Sebab itulah Quran diturunkan dalam masa 23 tahun.

Parameswara menerima Islam lalu orang Melayu juga berduyun-duyun menerima Islam tetapi Islamnya tidak cukup kuat. Sepertimana anak-anak dibentuk oleh mak bapak maka orang Melayu pada zaman itu dibentuk oleh 'mak bapak' mereka iaitu penjajah. Akhirnya orang Melayu dipimpin oleh orang yang tak mengaji. Mereka ini buang Islam dan mengambil nasionalisme.

Berikutnya Tok Guru menyebut tentang tauhid dan tauhid yang paling mudah ialah seperti yang disebutkan dalam ayat yang dibacakan dalam solat tadi (Qaf: 9). Di mana Allah menghidupkan kembali tanah-tanah yang mati dengan hujan. Tok Guru menegaskan tidak perlu lagi tauhid yang kompleks lantaran muktazilah tidak wujud lagi.

Dalam Quran ada ayat untuk para pemimpin yang menganjurkan supaya memimpin rakyat seperti Nabi. Nabi banyak berdoa untuk umat kenapa umat tak mahu ikut Nabi. Malangnya Quran dibaca bukan untuk digali maknanya. Macam mana umat sekarang tak murtad kalau shahadah pun tak difahami. Kalau semua isi Quran diterima semua pun tak akan murtad.

Tok Guru menegaskan supaya jangan mengundi kerajaan yang tidak betul. Mengundi itu wajib dan Nabi ialah 'Perdana Menteri' pertama yang memegang semua portfolio.

Dalam Quran banyak ayat yang menceritakan tentang malaikat. Malaikat-malaikat ini antara kerjanya ialah berdoa untuk orang mukmin. Malaikat ini benda ghaib dan Quran diturunkan untuk mempin manusia tapi untuk mereka yang percaya perkara ghaib sahaja. Antara perkara ghaib itu ialah Kursi. Allah ada Kursi tetapi rupa lagu mana Allah sajalah yang tahu.

Dalam Quran juga ada suruhan dan larangan Tuhan. Jadi apa pun yang dibawa oleh tok nenek kita tak semestinya semua betul. Hanya Quran sahaja yang betul.

Sepertimana khutbah-khutbah raya sebelum ini, Tok Guru menekankan lagi tentang hutang-piutang. Hutang mestilah dibayar dan jangan ditangguh.

Pada penghujungnya,Tok Guru menyebut doa yang paling utama ialah doa di dalam solat. Bacalah doa dan zikir-zikir yang lengkap dalam rukuk dan sujud. Bacalah kalau solat seorang diri tapi kalau menjadi imam tak payah kerana tak mahu membebankan makmum. Tok Guru juga menganjurkan supaya bacaan dalam solat difahami mudah-mudahan mendapat khusyuk.

Khutbah ditutup dengan doa dan antara doa yang ditekankan ialah berkenaan hak royalti gas dan minyak Kelantan yang dirampas ...

Friday, October 07, 2011

Biskut Arab

Lama jugak saya duduk di negeri Arab tapi tak pernah saya jumpa biskut raya begini. Biskut yang saya pernah jumpa rasa lemak-lemak semata tepung tawar heber saja. Jadi tak tahulah saya dari mana atau di mana Arabnya biskut ni.

Adapun nak membuat biskut ini paling mudah di dunia. Ini sajalah biskut yang adik saya suka/tahu/rajin buat. Kenapa saya tak tahu lagi awal. Kalau tidak tiap-tiap hari pun boleh makan kuih raya. Lamun, yang menyusahkan untuk membikin biskut ini ialah bahan yang paling utama iaitu kerajinan. Maka sebagai abang mithali yang memanjakan adik sendiri saya pun cubalah buat sendiri lepas-lepas zohor sambil menunggu masuk dapur lepas asar.

Apapun, bahan yang butuh ialah
  • Minyak sapi
  • Gula Kastor
  • Tepung Gandum
Nisbah antara gula kastor dengan minyak sapi ialah 1:1 manakala nisbah antara minytak sapi dengan tepung gandum ialah 2:1. Sebermula, gula kastor dan minyak sapi dikacau hingga sebati. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata. Selepas itu, langkah yang paling leceh melainkan ada banyak kakitangan ialah gentel mengikut bentuk yang disukai -bentuk yang diterima umum ialah bulat. Akhirnya, bakarlah dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius selama 20 minit.


Bagaimanapun, biskut saya gagal sejak dari mula sebagaimana percintaan saya juga. Belum pun habis masuk tepung sudah jadi keras dan kering. Akhirnya sebab minyak sapi dah habis, tambah marjerin saja yang menyebabkan biskut jadi terlalu lembik dan dalam ketuhar jadi leper pula.

Pada malamnya, dalam perlawanan Scrabble hampir berlaku perdebatan antara saya dengan abah yang menegaskan ghee ialah jenama sedangkan saya pula menegaskan ghee ialah istilah.

Monday, November 29, 2010

Gajus, Janggus dan Ketereh

Gajus, Janggus atau Ketereh semuanya sama. Buah yang terkenal kerana bijinya letak di luar. Ada orang cerita buah Ketereh terkejut, sebab apa lupa, sampai bijinya tersembul keluar. Apa pun pucuk ketereh memang sedap dibuat ulam. Masam-masam. Kalau Che Rohim, buahnya yang rasa aneh itu pun sedap dibuat ulam. Dan ya, yang terkenal pada buah ketereh tentulah bijinya.

Inilah pohon Ketereh yang terkenal di kampung kami kerana letaknya di atas kuburan. Dibajai oleh jasad-jasad manusia. Zaman sekolah dulu, hujung-hujung minggu saya pernah bersama sepupu datang ke sini mengutip bijinya yang gugur. Aktiviti yang juga terkenal di kampung itu. Kemudian bijinya kami goreng/panggang dahulu -buat di luar rumah sahaja- sebelum dimakan.

Menggoreng atau memanggang biji ketereh perlu hati -hati kerana getahnya memercik- sebab itu buat di luar. Kalau terpercik baju payah tanggal. Kalau terpercik kulit rupanya jadi macam keruping luka. Dua tiga hari juga baru tanggal. Orang tua-tua selalu pesan -takutkan- kalau terkena getahnya boleh jadi cacat. Boleh jadi adhesion kalau terkena bucu mulut. Asapnya pun bukan main tajam baunya. Tak macam asap biasa.

Baru-baru ini baharu saya tahu apa atau siapa yang ada di bawah pohon itu. Di perdu pohon itulah bersemadinya moyang kami Haji Ismail yang identitinya masih menjadi misteri. Menurut Mama memang Haji Ismail berasal dari kawasan itu -Pasir Tok Kambing. Tapi tak dapat dipastikan apa kerja atau pangkatnya sampai kebanyakan daripada sepuluh orang anaknya -majoriti lelaki- bertugas sepagai penggawa atau penghulu dari kawasan Pengkalan Petah sampai Pengkalan Datu sampai ke Kedai Lalat/Kota Jembal.

Menurut Mama lagi, zaman Mak Piah -nenek saya- masih muda dan baru bernikah dengan Tok Ayah, dia tinggal bersama-sama Tok Ayah Ka -abang Tok Ayah saya yang sulung, Tok Ayah saya bongsu- mengasuh anak kecilnya. Sekali-sekala mereka akan pinjamkan segala gelang, pending, dokoh dan pontoh emas kepada Mak Piah. Kalau ditanya kenapa atau nak ke mana akan dijawab, "Ngadak Tueku."

Monday, September 13, 2010

Perutusan Eid

Amermeftah dan krew Petaijeruk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan Gusti Allah menerima segala puasa kita, solat kita dan qiyam kita. Njalok ngapuro seng akeh-akeh.

Juga mengambil kesempatam mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang bakal dan telah bernikah. Moga-moga diberkahi. Doakan kanda kalian yang tua ini agar lekas-lekas.

Sunday, October 18, 2009

Ufti

Ufti yang dipersembahkan oleh budak-budak berupa tat nenas, almond london, biskut mazolla, biskut cornflake, biskut persis suji, biskut tak tahu nama yang diletak keju dan baunya dah jadi macam super ring, mama carrie, kerepek pedas, kuih siput, semprit, maamor dan teratai layu di tasik madu. Tahun ni, orang-orang banyak mula kembali kepada salaf dengan memakan kuih-kuih tradisi seperti kuih bangkit, bahulu, putu jawa dan kuih kapit.

Tat Nenas dan Almond London

Kuih raya 'rasmi' tahun ni. Tahun-tahun depan, bolehlah bariskan tat nenas dengan almond london bersama-sama dengan ketupat, lemang dan rendang sebagai ikon dan simbol hari raya.

Friday, October 16, 2009

Tibanya Syawal

Melanggar pantang. Orang Melaka mimpi entah apa buat bidaah dengan melancarkan rumah separa terbuka di Istana Presiden. Jamu nasi ayam resepi ibu sendiri yang dilumur halia dan bawang putih tanpa kicap. Seperti biasa, aku hanya tolong tengok. Dan makan.

Tat nenas terakhir (sebelum ketibaan ufti) yang dipesan orang Melaka di sini sengaja diletakkan di atas meja demi menunjukkan dan membuktikan majlis yang dihadiri dan gambar yang diambil ialah majlis raya dan gambar raya. Lantaran masing-masing sudah tidak mampu berbaju raya lagi.

Inang di Aidil Fitri

Nasi daging Rumah Kedah
sebelum menyamar sebagai AJK Tertinggi PERUBATAN di Rumah Selangor
terima kasih kepada keseganan Damak ...

Saturday, October 03, 2009

Dendang Perantau

Laksa Kelantan
"Kau boleh ke macam tu?"
"Entah, dah ini je dia bagi."
"Memang macam tu pun orang makan."

Lontong
Di Rumah Johor.
(bukan majlis yang di Rab'ah itu...)


Monday, September 28, 2009

Hari Raya Tetap Tiba

Budak-budak temahak. Makan tak sampai habis. Tinggal berselerak. Tak ingat orang belakang. Kalau pakai baju kurung atau jubah jangan lupa senteng kalau tak mahu seret atau jadi penyapu.

Aku bukan macam dia orang yang ambil gambar depan kain rentang (tiap-tiap tahun).

Nak tau di mana orang-orang Mesir buat/beli khemah macam ini? Di Bazar Khiyamiyya di Tentmakers Street, jalan paling panjang zaman pertengahan di luar Bab Zuwayla pintu selatan kota Kaherah.

Saturday, September 26, 2009

Kepulangan Anakmu

Apalah raya bagi Mesir?
Raya bagi Mesir ialah ...

Malam raya gantung belon di masjid,
Belah awal lepas solat Eid,
Bagi coklat dan gula-gula kepada yang tua dan bagi belon kepada yang muda, ya budak-budak memang makan belon,
Kalau orang tak kasi belon beli saja,
Beli bunga untuk ziarah kubur,
Sekeluarga sewa lori untuk beraya,
Berpiknik di taman atau di mana saja yang berumput hijau,
Menjamu dan memakan rengga atau fiseekh,
Naik kereta kuda beramai-ramai,
Tunggang kuda, main basikal atau naik motorsikal mini,
Main senapang,
Pergi fun fair ...

... dan yang sama dengan kita ialah mereka semua tua dan muda berpakaian serba baru. Inilah budaya mereka dan bukannya kerja kita dengan berkata apalah ini atau berkata mereka purba dan sebagainya kerana sekurangnya mereka membuat yang betul dengan bercuti seminggu untuk Aidiladha sedang kita pula seminggu untuk Aidilfitri dan ketika itu kita pula berkata dah itu budaya kita ...

Wednesday, September 23, 2009

Cahaya Aidil Fitri

Dari atas belakang motor ...

Masjid Sayeda Zeinab sedang bersiap-siap.

Masjid yang kita akan buru nama dan royatnya belum tanggal lagi lampu Ramadannya dan tok siaknya pula lupa nak menutup suis lampu. Maklum sajalah solat Eid setengah jam selepas syuruk saja.

Tuesday, September 22, 2009

Dari Jauh Ku Pohonkan Ampun Maaf

Yang paling gumbira di hari raya patutnya ialah kanak-kanak ...

... sampai sepah habis sahn Masjid Al-Azhar.

Sunday, September 20, 2009

Satu Hari Di Hari Raya


(Sila menyanyi mengikut melodi nyanyian M. Nasir)

Satu hari di hari raya
Dua hari di hari raya
Tiga hari di hari raya
Empat hari di hari raya
Lima hari di hari raya

(terus terjun ke chorus)
Enam hari di hari raya
Tujuh hari di hari raya
Lapan hari di hari raya
Semilan hari~

Seploh hari di hari raya
Seblas hari di hari raya
Doblas hari di hari raya
Tiga belas hari~

Pat belas hari di hari raya
Lima belas hari~

Namblas hari di hari raya
Tujuh belas hari di hari raya
Lapan belas hari di hari raya
Semilan belas hari di hari raya
Doploh hari di hari raya

Doploh satu hari di hari raya
Dopluh dua hari di hari raya
Doploh tiga hari di hari raya
Doploh empat~

(buang chorus kedua)
Doploh lima hari di hari raya
Doploh enam hari~

Doploh tujuh hari di hari raya
Doploh lapan hari di hari raya
Doploh semilan hari di hari raya
Tiga puluh hari di hari raya

Tiga puloh hari di hari raya~
Tigo puloh hari di hari raya~
Aaaa~

-lirik oleh M. Basir-

Saturday, September 19, 2009

Musafir di Aidilfitri




Malam-malam raya begini, layan klip macam ni sajalah ...

Thursday, December 18, 2008

Semarak Fitrah - The People, Final Installation


Akmal Huzaifah ketika menggambarkan raya haji di Mesir menulis,

"Untuk beberapa hari, Kaherah bersimbah darah dan bertempek tahi..."

* * *

Santapan ayapan untuk orang-orang besar. Kita ra'yat hina-dina makan benda yang sama juga cuma tak ada meja berlapik dan gelas berkaki.

Meja orang-orang besar.

Meja orang-orang yang terlebih besar.

Tiga beranak.
Ismail Al-Faruqi + Daing Norzainah = Daing Imam Al-Fateh.


Kohai-kohai yang tobat tak kenal aku dan ada harapan besar takkan bertegur sapa kalau tersua.

Siapa le yang bertuah dapat hadiah?

Komar. Alah bertanding baru-baru ni.

Bai. Menang bertanding baru-baru ni.

Raman.

Orang-orang lama.
Do and don'ts at a party:
Do mingle. Don't hang out with just your favourite few.


Baru habis puasa, dah main nombor ekor. Maklumlah, halal bihalal.

Nazrey Johani bekas Raihan yang berdakwah solo sekarang ni sampai tengah-tengah orang menengok Munawwarah menyanyi. Aku yakin, aku orang pertama yang ambik gambar dia. Menyohor.

Munawwarah yang gelabah (sebelum persembahan).


Tiba-tiba, Dzul menang cabutan bertuah. Berkat ketuanan Melayu agaknya.

Dengan anak orang.

Nazrey Johani pun memulakan persembahan dan mengiklan Kamus Miftah yang merupakan tujuan asal dan utamanya sebagai duta kamus tersebut. Mula-mula bajet dia nak nyanyi dua lagu, tapi dia hentam sampai empat lagu.

Menangis ahli-ahli Munawwarah masa nazrey tarik-tarik menyanyi secara live lagu 'Perantau'. Masing-masing rasa macam nak pencen.

Dan akhirnya, dapat jugak orang Melaka melepas rindu pada lemang walaupun lemang kertas.

Wednesday, November 26, 2008

Semarak Fitrah - The People, First Installation

Indahnya sungguh di Hari Raya~
Ramainya orang bersuka ria~


Tukang sapu tetap bekerja walaupun orang lain sakan beraya.

Iqbal tengah ikat sampin.

Indahnya sungguh di Hari Raya~
Ramainya orang bersuka ria~


Para pendaftar, reben untuk Kaherah tak cukup.

Dari mata para pendaftar. Semua cepat-cepat mendaftar takut tak diberi hak makan. Masing-masing kebulor.

Kenapa kawan ni yang mesti jadi MC?

Mengaji. Tak kaji pun sebenarnya. Membaca saja. Sebetulnya membunyikan saja sebab belum tentu faham. Kakaka!

Kohai-kohai yang tobat tak kenal aku dan ada harapan besar takkan bertegur sapa kalau tersua.

Betulkah khusyuk mendengar atau khusyuk hantar sms? Orang Melayu mengaji untuk ambil berkat. Walhal mengaji tujuannya untuk ambil hidayat.

Orang-orang besar. Pengarah semarak fitrah sedang berucap.

Pak Arab pengurus taman memerhati dari dekat seolah-olah kami tengah buat benda jahat. Takut-takutlah ada unsur-unsur IM.

Solat maghrib dipimpin Wafi. Cahaya kepimpinan terserlah.

Rules of three in comedy nyata gagal di sini. Too many cook spoils the broth.

Anak bapak...

Ustaz-ustaz di sebalik tabir yang mengawal audio.

Sudah mula makan!

Tapi alamak, kena beratur panjang daa... Tak apalah kasi adik-adik makan dululah. Aku pergi ambil gambar dulu.

Tapi seganlah dengan Ammar. Cannon 1000D tu~