Wednesday, June 11, 2008

Tea or Coffee, sir?

Orang Kelantan lebih 'British' manakala orang Kedah lebih 'American' kerana orang Kelantan lebih banyak minum teh dan orang Kedah lebih banyak minum kopi.


Lima penggal adalah tempoh yang diperlukan untuk sebuah kerajaan pimpinan pembangkang tidak lagi diganggu kerajaan. Antara buku-buku politik abah yang pernah aku tengok bertajuk 'Kelantan Digugat dan Digigit' yang terbit ketika awal 90-an dahulu. Kini giliran Selangor pula dihentam, dihenyak dan dihampuk. Kini, Kelantan tidak lagi dikutuk atau dicaci media dan tidak ada lagi janji-janji pembangunan untuk Kelantan.

Jelajah Jordan IX

Kota Ar-Rabad


Di atas bukit di daerah Ajloun, anak saudara Salahuddin, Izuddin Usamah membina sebuah kota.


Kota yang dibina untuk mengintip pergerakan tentera-tentera salib...


...dan mengawal kawasan lombong besi di bukit itu yang diusahakan untuk pembuatan senjata.
^^ -> tinggalan peluru-peluru meriam mungkin?


Kota ini asalnya punya empat menara. Kemudian Muazzam Isa (siapa dia ni?) ketika pemerintahannya menambah satu lagi menara. Tetapi kebanyakannya telah rosak akibat serangan Monggol. Sultan Baybars kerajaan Mamluk membina smula kota ini dan dipakai sehingga zaman Uthmaniyyah.

Tuesday, June 10, 2008

Direnjis Dipilis


Pukul Tabuh, Pukul Rebana

Jelajah Jordan VIII

Kharraneh...

...di mana kafilah-kafilah dagangan berhenti rehat...


...dan kami makan malam di sini.

Friday, June 06, 2008

YTT


Yesterday is history, tommorow is mystery and today is a gift, that's why it is called present.


Ini bunga YTT, Yesterday Today Tomorrow. Bunganya kecil-kecil. Sedikit wangi. Daunnya akan-akan bunga kertas. Pokok ini mudah hidup dan senang dijaga. Senang juga berbunga. Dipanggil orang Yesterday Today Tomorrow kerana semalam berwarna ungu, hari ini berwarna merah jambu dan esok akan berwarna putih sebelum layu dan gugur.