Sunday, June 15, 2008

Betel3ab Korra


Dengan sorak-sorai gumbira~
Di seluruh kafeteria~


Saturday, June 14, 2008

Jelajah Jordan XII

Kota Aqabah


Dibina oleh kerajaan Mamluk.


Kota yang penting dalam kemenangan penentangan Arab terhadap Turki Uthmaniyyah.


Peserta dan penganjur bergambar sambil bersarapan di dalam kota. Yang memegang air kotak ialah peserta.


Panji Palma.
Bendera yang 'bercambah' dari pohon palma. Aku tidak suka bendera ini. Benci dan sedih bila tengok.

Islamic Jordan -- Tammat

Kesimpulan

  • Kota-kota tinggalan Islam dibina untuk tujuan-tujuan berlainan iaitu pentadbiran, pertahanan, perdagangan dan sebagai kemudahan jemaah haji.
  • Kota-kota Islam berkongsi ciri yang unik iaitu mengandung tempat tadahan atau simpanan air.
  • Binaan-binaan empayar Islam terdahulu kurang menggambarkan ketamadunan sebenar.

Friday, June 13, 2008

Jelajah Jordan XI - - Updated

Kota Qatranah

Seperti yang sudah dimaklumi, Jordan ialah sebuah negara baru yang dahulunya ialah sebahagian daripada laluan dagangan atau jemaah haji...


Laluan lama itu dipanggil King's Highway atau Tariq Muluki yang asalnya jalan dagangan purba antara Sungai Furat, Iraq dan Ramses, Mesir...


Maka, demi menyediakan perjalanan yang kondusif untuk jemaah haji, kerajaan Uthmaniyyah membina kota-kota di sepanjang jalan haji itu...


Tujuannya untuk keselamatan dan tempat rehat jemaah haji. Ada enam biji di Jordan dan Kota Qatranah ialah satu daripadanya...

Tidak jauh dari situ ialah tinggalan landasan keretapi Hijaz. Selepas kemenangan Arab mereka memusnahkan landasan keretapi ini. Bodoh dan bebal.


Thursday, June 12, 2008

Pesan Mamak

Pesan mantan mamak bendahara yang kebetulannya memang mamak...


Pesan Mahathir kepada Saifuddin Nasution ketika beliau baru mengangkat sumpah sebagai setiausaha apa entah (pemuda?)

  • Kuat kerja
  • Jaga Akhlak
  • Banyak baca

Jelajah Jordan X


Kota Kerak

Crac atau Krak bermaksud kota atau kastil.
Dibina oleh Reynald de Chatillon, antagonis dalam filem Kingdom of Heaven dan tujuannya ialah untuk menyerang kabilah dagangan Arab yang berlabuh di Ailah.


Salahuddin mengepung kota ini selama lapan bulan. Tentera-tentera salib terpaksa menjual anak isteri untuk makanan. Kota ini di tangan Islam sampai zaman Uthmaniyyah.


Kerajaan Mamluk banyak memajukan kota ini. Di dalamnya dibina masjid dan istana. Pun, kota ini banyak rosaknya akibat gempa.


Di satu sudut, ada sebuah monumen berbentuk tentera berkuda kaum Anbad (Nabatean) yang memegang tombak dikatakan sebagai batu tanda peringatan pengebumian kaum Anbad.


Ditengah-tengah itu Hilmi yang mengidap glaucoma dan di kanan itu kawannya Ciku yang setia memimpinnya ke mana saja.