Thursday, November 06, 2008

Journey to the West(ern Desert)

Orang ini tak ada cahaya iman atas muka sebab solat entah ke mana. Nasib baik tengah jalan tak jadi bala. Tak reti nak beda dia bos atau hamba. Perjalanan jadi busuk masam sebab perangainya yang macam haram.

Perjalanan pun jauh. Tak ada hiburan di kanan kiri. Cuma lagu-lagu nasyid bingit.
Terus! Mara! Foward, onward and beyond... towards nowhere.


Gurun memang panas. Kalau pendingin hawa tak cukup. Kadang-kadang hujan turun.

Pun ada orang boleh lena jendera seperti kayu balak.

Gezira Balah, Gezira Malah I

Wednesday, November 05, 2008

Black Power (?)


“All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over a black nor a black has any superiority over a white - except by piety and good action.”

Racism is a thing of past. But more than 200 years is needed to make it pass. Proud to be different.


Original picture is taken from here which was taken from here. Click to enlarge, if you recognize every each of them.

Batu Ayam


Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XVI

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Pagi itu awal-awal ke kawasan batu ayam. Batu yang bentuknya semacam ayam sudah tentu. Anak-anak gadis sedang cuba sedaya-upaya mencari posing paling mantap sambil beramah-mesra dengan beberapa makcik dari Korea.

Masalah masih belum beralah. Tayar pancit. Usah bimbang, abang Taliban masih ada di sisi.

A Bird and a Tree. Sebagai yang dipanggil orang-orang putih.

Ini bukan tugu peringatan. Ini tugu mengingatkan. Mengingatkan kamu pada Tuhan. Orang-orang susah-payah dengan gah membina tugu sendiri dengan harap diingati. Sampai orang yang memandang takjub alpa. Sedang Tuhan memahat tuguNya sendiri bernama alam. Agar kamu bisa berfikir, berzikir dalam diam.


Kereta sosialis kata Dzul. Kerana warnanya merah.

Inilah budak-budak belakang yang dimaksudkan. Mau aku senaraikan nama setiap orang?

Tuesday, November 04, 2008

Astaga, Astaga, Astaga...


Setiap deru ombak mengucap zikir. Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Berulang-ulang. Berkali-kali. Sampai satu hari dengan ijinNya barulah berhenti. Ombak datang, tiada Tuhan selain Allah. Ombak pergi, Muhammad itu pesuruh Allah. Kerana Dia penentu. Ke batu mana ombak memukul. Kerana Dia pengatur. Ke pantai mana tiap titis air menimpa. Astaga, astaga, astaga. Tuhan, semua ini bukan sia-sia belaka.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XXII
Siri akhir bahagian awal

Sunday, November 02, 2008

Imtihan Sana 7'amsa


Gambar-gambar yang dipukul ketika berlangsung peperiksaan Radiologi yang senang-lenang.



Pemeriksa ujian lisan aku ialah Dr. Abdel Ghani Shawkat, Ketua Jabatan Perubatan.
Ringtone telefon bimbit beliau ialah Twisted Nerve oleh Bernard Hermann daripada Soundtrack Kill Bill Vol. 1.


St. Mark Cathedral yang tidak jauh dari situ. Budak-budak yang sedang ulangkaji di tepi itu semuanya orang palang (kristen). Mereka duduk dekat dengan tuhan mereka sebelum peperiksaan.

Dr. Abedl Ghani: Eih anwa3 Aminoglycosides allati ta3rafha?
Aku: Erithromycin
Dr. Abedl Ghani: La'
Aku: Streptomycin
Dr. Abedl Ghani: (Mengangguk)
Aku: Clarithromycin
Dr. Abedl Ghani: (Menggeleng)
Aku: Amikacin...
Dr. Abedl Ghani: Eih istikhdamat streptomycin?
Aku: Respiratory diseases.
Dr. Abedl Ghani: 2ol specific disease.
Aku:Pneumonia.
Dr. Abedl Ghani: (Mengenyit mata sambil mendecit) Hagah Masyhurah awi.
Aku: Ah, TB.
Dr. Abedl Ghani: Eih tani?
Aku: ...
Dr. Abedl Ghani: Eih istikhdamat Neomycin?
Aku: Hepatic encephalopathy.
Dr. Abedl Ghani: Aywah, fadhal.

Tiap penuntut diuji dengan satu sahaja soalan yang sama (berkisar antibiotik Aminoglycosides) dan dikuarantin di dalam pejabatnya untuk mengelakkan kebocoran. Antara soalan lain yang wajib ialah kegunaan neomycin dan kenapa mesti dimakan dan bukan disuntik.

Penuntut-penuntut di depan tangga sedang menunggu giliran menduduki peperiksaan atau berbincang-bincang usai menjawab soalan.

"Inikah Mesir? Kalau doktor luar datang tanya benda simple macam ini pun kamu tak tau, malu. Kamu bukan main lagi pakai suit lawa-lawa tapi tak bersedia pun untuk peperiksaan. Aku bukan tak mau bagi kamu lulus tapi dah kamu macam ni. Nasib baik kamu periksa dengan saya kalau kamu periksa dengan komputer entah-entah dapat kosong. Aku marah (kecewa) betul."

Entah apa lagi yang dirintih (dibebel) Dr. Ghani sampai nama Hosni Mubarak pun keluar. Yang pasti budak-budak memang tak puas hati dengan dia sebab dalam belambak-lambak internal medicine tu dia boleh tanya aminoglycosides saja. Tapi dia pun tak puas hati jugak.


Pintu masuk hospital yang menjadi medan pertelingkahan antara pengawal dan pelawat kerana masing-mesing punya autoriti sendiri.