Saturday, February 21, 2009

Aku bukan pengkagum Senu

Kiranya kita ni, menghantar orang sajalah kerjanya dalam seminggu dua ni...

Merenung masa depan.
Ayat tipikal dalam friendster akhawat. Tapi sebenarnya tengah merenung, lepas ke tidak barang aku ni.

Senu pakai Egyptian flag dekat lapel macamlah nak run for president kat sini.

Buat para pengkagum Senu, jangan bimbang. Dia ada tinggalkan bayang-bayang dia kat sini.

Senu pun blah...

Friday, February 20, 2009

Kolam Cleopatra

Cleopatra agaknya suka betul mandi, macam Shizuka.

Budak yang tengah terjun ni agaknya baru balik dari kebun menolong bapaknya. Geram tengok kawan main air. Pengaruh rakan sebaya.

Kolam ni jugak pernah meragut nyawa salah seorang pelajar kita di Mesir ni...

Ain Juba pulak mata air tempat mandi pengantin baru. Anak dara dan anak teruna mesti bersiram disini sebelum kahwin.

Tapi tengok ke lumutnya, tak gamak nak berendam kat sini. Agaknya orang dah tak ikut lagi adat ni.

Sebelum menikah, anak dara akan mencukur semua bulu yang tumbuh di badan melainkan kening dan rambut saja. Sebab lelaki-lelaki Siwa 'like to believe' perempuan semuanya licin langsung tak ada bulu...


Gezirah Balah, Gezirah Malah XX

Thursday, February 19, 2009

Sekitar National Garden

Bangunan Zappeion ialah bangunan pertama didirikan dalam rancangan menghidupkan kembali sukan olimpik. Dinamakan sempena pembinanya yang tidak sempat melihat bangunan ini siap.

Pernah menjadi bangunan kongres tetapi kini sebagai pusat konvensyen dan pameran.

Tram Athina.

Stadium Panathinaiko.
Stadium olimpik moden yang pertama. Dibina dari tinggalan stadium purba untuk sukan panathinaik yang dipersembahkan kepada dewi Athena.


Anarki di Athina IX

Wednesday, February 18, 2009

Sopi & Ipah

Aku kenal abang Ilham sejak sekolah. Setiap kali tobur muka dia yang akan nampak di depan. Maklumlah orang besar. Aku tak cukup rapat dengan abang Ilham (maaf) sebab aku rasa dia terlalu formal berbanding abang Min yang aku senang-senang boleh perintah kacau kopi kalau dia datang ke rumah (maaf lagi aku orang kasar). Aku banyak buat kesalahan sosial dengan abang Ilham (maaf aku memang tak pandai bab adab). Bercukur anak nombor dua dia pun aku tak pergi bahkan anak nombor dua dia semalam baru kali pertama aku tengok itupun jauh-jauh dari luar bilik atas riba Rem. Ini anak sulung abang Ilham tengah makan kerang dari Dumyat. Bila aku nak tolong koyak dia tak bagi. Budak ni makin besar makin tak layan orang. Hagas.

Abang Ilham dah balik habis semalam lepas tamat mengaji.

Tuesday, February 17, 2009

Kelik Berderat

Selesai mengadap sultan Setambul

Usai menyambut 30 tahun inghilob