Friday, April 17, 2009

Yahudi dan (lemak) Babi



Aku pergi rumah Hazri. Aku tengok kole Kamal. Kole Juventus. Dzul kata lawa kole ni. Aku kata, alah ni mesti dia buat dengan tulang babi. Kami semua gelak.
Orang Melayu ada satu paranoia. Asal makanan sedap mesti ada lemak babi. Asal orang kaya, syarikat besar, sistem hebat mesti orang Yahudi atau dari Yahudi.
Maka, wujudlah kecenderungan untuk aku membuat kesimpulan. Yahudi ialah bangsa yang paling bagus, bijak dan perfek sementara babi ialah binatang yang paling berguna, serbaguna, sedap lagi lazat berkrim.

Sebagai respon/menyambut ini dan ini.

Wednesday, April 15, 2009

Anarki dalam Seni

Sebagai tempat kelahiran demokrasi, Greece amat biasa dengan demonstrasi, mogok dan rusuhan yang membawa kepada kelahiran anarki.

Sebagai sebuah bandar terbesar dan ibu kota negara, grafiti sudah tidak asing lagi di dinding-dinding kotaraya Athens. Walaupun menjadi suatu masalah di sebaliknya menjadi suatu tarikan seni.

Sesetengahnya sudah menjadi ikon.

Ada yang menyentuh isu agama.

Menyentuh isu politik.

Anarki di Athina XIV

Tuesday, April 14, 2009

Pilih Menantu


Orang tua-tua lama pun tahu, kalau nak pilih menantu pilihlah yang ada agama, tengok titih keturunannya, yang elok rupa cukup sifat dan ada
harta pula. Orang tua-tua lama tahu itu dari tok-tok guru mereka. Pun, mereka ada kaedah-kaedah sendiri untuk mendapati hal-hal selain yang disebut tadi atau hal-hal yang disebut tadi.

Orang Tionghua memilih menantu dengan melihat kepada punggung. Punggung yang besar dipercayai menjamin kesuburan. Dalam perbidanan pun memang diketahui punggung yang besar memudahkan beranak.

Orang Melayu melihat kepada tangan. Bertepatan dengan ajaran Nabi yang (hanya) membenarkan melihat (hanya) tangan bakal tunangan. Tapi orang Melayu melihat pada kura tangan -bahagian tangan yang kebalikan tapak tangan, punggung tangan. Kalau kura tangan nampaknya gebu insya Allah Taala subur. Tapi kalau kura tangan nampaknya kering kasar maka sebaliknyalah.

Adapun selain melihat pada batang tubuh, orang tua lama pun ada membuat kiraan lain juga. Antaranya menggunakan kaedah empat unsur alam tanah, air, api dan angin. Anak sulung dikatakan berunsur tanah, yang kedua air dan begitulah seterusnya dan anak kelima berunsur tanah semula dan begitulah pusingannya.

Orang yang berunsurkan tanah dikatakan teguh, kejap seperti tanah. Orang yang berunsur air pula lembut dan menyejukkan, yang berunsur api memendam tapi sekali-sekala marak meyala pun mudah pula untuk pendam semula. Unsur yang paling susah ialah angin kerana angin tak punya bentuk tetap, sukar diduga, payah berkira dan semua mesti ikut kehendaknya.

Maka begitulah dipasang-pasangkan anak. Tanah paling neutral, sesuai dengan mana-mana. Air pula boleh menyejukkan atau memadam atau menjinakkan api. Tapi angin kalau bersama-sama api, akan semakin besarlah api dan kalau angin bersama air akan membadai bertukar menjadi ribut atau ombak yang tinggi. Adapun tanah yang kejap dan kukuh sajalah yang mampu menahan angin.

Kaedah yang lebih mudah ialah hujung sama hujung dan tengah sama tengah. Iaitu anak bongsu atau sulung elok dinikahkan dengan anak yang juga bongsu atau sulung dan anak yang di tengah tak kira nombor berapa pun elok dengan yang tengah juga. Konon pasangan yang disusun begitu lebih senang hidupnya dari segi ekonomi dan kewangan.

Maklumat yang baru diperoleh daripada saudara Hidir ialah bagaimana orang tua-tua lama menelah siapa yang bakal mendominasi atau pergi lebih jauh atau lebih berjaya dalam keluarga. Suami atau isteri? Iaitu dengan membuat kiraan baris-baris dalam ejaan nama pasangan.

Sifirnya, baris atas dua markah, baris bawah satu markah dan baris depan tiga markah. Sebagai contoh pasangan Tengku Abdulkadir dan Zaatil Iffah. Menurut kiraan Kadir mendapat 12 mata manakala Zaatil mendapat enam mata yang menunjukkan Kadir bakal lebih mendominasi. Nama -pasangan yang dipakai hanyalah sebagai misal saja.

Maka begitulah adanya.

Monday, April 13, 2009

Yılanlı Sütun

Mengadap Sultan Setambul V

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

Serpent Column

Tiang ular ini ditempa oleh orang-orang Yunani dan dipacakkan di Delphi, Greece yang kita bakal ketemu dalam blog ini nanti demi menyambut kemenangan mereka bertempur dengan tentera Parsi. Tiang ini asalnya ada tiga kepala ular di atas yang menyokong seketul tripod emas. Tripod emas ini sekali lagi telah dicuri tentera salib keempat yang menakluk dan banyak melemahkan Konstantinopel.

Konstantin pertama yang menganguktnya ke sini. Konon, kepala ular itu patah kerana diketuk seorang bangsawan Poland yang mabuk. Konon, Mehmet kedua setelah masuk ke Konstantinopel mematahkan rahang salah satu kepala ular dengan cokmar atau kapaknya untuk menunjuk macho atau mengetest power yang pada mata mereka tiang ular ini sebahagian daripada berhala.

Örme Dikilitaş

Mengadap Sultan Setambul V

Hippodrome Konstantinopel ialah salah satu destinasi yang overrated dan frustrating lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berjalan-jalan tidak tahu kepala ekor dan hanya tahu bergambar. Kalau belum tahu, hippodrome ialah gelanggang lumba kuda Yunani dan Rom. Kini hanyalah sebuah kawasan lapang bernama Medan Sultanahmet. Hampir tiada kesan tinggalan hippodorme tetapi ia menyimpan monumen tertua di Istanbul.

Walled Obelisk

Konstantin ketujuh yang konon membinanya tapi sebenarnya tak tahu siapa. Dia cuma baiki saja. Dulu-dulu tiang ni ada hiasan-hiasan tembaga yang menggambarkan kejayaan maharaja dulu-dulu tapi semua telah kena curi dek tentera salib yang memberikan poin kenapa Konstantinopel boleh atau mudah jatuh ke tangan Mehmet kedua. Yanisari -askar elit Uthmaniyyah yang direkrut daripada anak-anak Kristen eropah timur yang diIslamkan- muda suka panjat tiang ini untuk menunjuk macho. Jadi tiang ni banyak rosak disebabkan itu.