Tuesday, May 05, 2009

Ayasofya

Mengadap Sutan Setambul VII

Jo'ong

Macam Ayep yang tak kagum dengan Masjid Biru, aku kagum dengan Aya Sofia. Serius. Aku rasa nampak lebih gah dan bila tengok rasa zauk. Setiap kali melintas medan Sultanahmet pun aku banyak berpaling ke arah Aya Sofia berbanding Masjid Biru.

Aya Sofia -terjemahan Indo berbunyi Kebijaksanaan Suci- tegak sejak sebelum lahirnya Nabi, datang sekarang pun ada lagi. Pun yang kita jumpa hari ini gereja ketiga yang dibina di tempat sama sebab dua yang sebelum ini dibakar masa rusuhan atau pemberontakan. Tinggalan gerbang gereja kedua menunjukkan 'Biri-biri tuhan' melambangkan 12 Hawariyyun.

Tapi yang ketiga inilah yang paling hebat. Tak ada lagi yang mampu mengatasinya dan banyak pula mempengaruhi binaan-binaan sesudahnya.

Pendek kata Konstantinopel ini Mekah bagi Kristen Ortodoks Timur dan Aya Sofia ini Masjid Haramnya. Bayangkan macam mana hati-hati Kristen ini bila Mekah dan Masjid Haram mereka jatuh ke tangan Islam. Aku selalu terfikir, apakah dalam hati kerajaan Greece sekarang masih menyimpan hasrat menuntut kembali Konstantinopel?


Seribu tahun lebih menjadi gereja terbesar di dunia sampailah Cathedral di Seville dibina.

Empat ketul menara di penjuru Aya Sofia ditambah selepas menjadi masjid yang menunjukkan menara ialah binaan yang menunjukkan kemasjidan sesebuah masjid, bukan kubah (mungkin dibincangkan nanti).

Aya Sofia pun banyak kali rosak teruk -kubah besarnya pernah runtuh langsung- oleh gempa dan oleh Perang Salib Ke-4 bilamana 'saudara-saudara' mereka sendiri dari Barat yang ber
mazhab Katolik melanggar mereka di Timur bermazhab Ortodoks yang dianggap kafir.

Ketika Sultan Mehmet II baru masuk, keadaanya cukup buruk. Malangnya buruk itu seperti kekal sampai sekarang kerana warna merahnya seakan tak dipulihara.

Memang kagum dengan Aya Sofia yang berdiri sebelum bangkit Nabi tapi Piramid Giza pun belum runtuh lagi...

Monday, May 04, 2009

Peribahasa Islami

Macam Yahudi Nak Sembelih Lembu

Maksud dan contoh penggunaan.

Akmal telah menumpang makan tengah hari di rumah Haikal. Abang Min yang masak. Setelah gagal membeli air di tengah jalan Akmal menebus dengan membuat air atas perintah. Akmal tanya, "Nak air apa? Kopi?" Abang Muin jawab, "Kopi taknak." Akmal tanya, "Teh?" Abang Min tanya, "Haikal nak air apa?" Haikal kata, "Milo ah." Akmal kata, "Air panas dah ada ke?" Abang Min kata, "Dah ada la." Akmal kata, "Kat rumah ni pakai resepi macam mana?" Abang Min kata, "Buatlah resepi apa pun, nak try resepi anta pulak." Akmal kata, "Milo baper sudu?" Abang Min kata, "Ikutlah." Akmal tanya, "Susu ada?" Haikal kata," Ada." Akmal tanya lagi, "Susu tepung ke cair?" Abang Min bawak keluar susu tepung, Haikal bawak keluar susu cair. Akmal tanya jugak, "Mana lagi sedap susu tepung ke cair?" Haikal kata, "Susu cair." Akmal tanya, "Susu nak bubuh banyak mana?" Haikal kata, "Lebihkan susu kurangkan air." Akmal lagi, "Nak buat dalam bekas mana?" Abang Min pulak, "Dalam jaglah." Akmal juga, "Kat mana jag?" Abang Min jawab, "Kat dapur." Akmal tanya, "Jag yang mana satu? Besar ke Kecik?" Abang Min kata, "Buat yang kecik sudah nanti tak habis." Akmal berkata, "Gula nak letak banyak mana? Manalah tau Abang Min nak mainis-manis, orang Kelantanlah konon." Akhirnya Akmal mengaku sendiri, "Hai aku ni macam Yahudi nak sembelih lembu pulak. Cagho ko dok kecek. Buak-buak tu dok."

Pendek kata maksudnya ialah orang yang banyak songeh.

Rujukan, surah al-Baqarah, ayat 67 - 71
"And when Musa said to his people: Surely Allah commands you that you should sacrifice a cow; they said: Do you ridicule us? He said: I seek the protection of Allah from being one of the ignorant. | They said: Call on your Lord for our sake to make it plain to us what she is. Musa said: He says, Surely she is a cow neither advanced in age nor too young, of middle age between that (and this); do therefore what you are commanded. | They said: Call on your Lord for our sake to make it plain to us what her color is. Musa said: He says, Surely she is a yellow cow; her color is intensely yellow, giving delight to the beholders. | They said: Call on your Lord for our sake to make it plain to us what she is, for surely to us the cows are all alike, and if Allah please we shall surely be guided aright. | Musa said: He says, Surely she is a cow not made submissive that she should plough the land, nor does she irrigate the tilth; sound, without a blemish in her. They said: Now you have brought the truth; so they sacrificed her, though they had not the mind to do (it)."

Sunday, May 03, 2009

'Maing 'Pata

Oh...anok-anok~
Tokleh meghaso mandi laok~
Besaing, maing ghama-ghama~

Pantai Matruh berbayar. Lima genih sekepala atau sekumpulan tak tau sebab tak cuba. Kami jalan jauh sikit celah-celah pantai berbayar sampai hujung-hujung baru mandi.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XXV

Saturday, May 02, 2009

Buat Makan

Pada waktu itu, perasaan saya yang sebenarnya...

Distant, detached...

Kerana terlalu hendak menjaga hati orang, kejujuran sudah tak ada harga lagi.

Friday, May 01, 2009

Rowz Jehan-e-Karger

30 Tahun Revolusi Islami VI

Maksud dia May Day atau Hari Buruh. Kak Firuz kalau baca, tolong betulkan.

Setelah tamat pusing-pusing dalam muzium negara dan usai solat asar di namaaz khaneh kat muzium tu kami ditawarkan nak ke pergi muzium karpet dan kaca. Sebab letih dan tak minat, kami lebh berminat untuk balik sahaja yang nak balik ke mana pun kami belum tau. Phuong yang mengaku sebagai kakak kami sebenarnya caring setanding mak kami, mungkin. Sebelum dia lepaskan kami ke rumah Shaho -pekerja Mojiri Agha- dia heret kami ke dalam lorong-lorong kawasan sekeliling stesen metro Shahid Navab e Safavi. Tunjukkan mana kedai buah, mana kedai makan, mana kedai sayur, mana kedai kalau-kalau nak beli syampu atau sabun, mana stesen metro, mana stesen BRT dan akhirnya mana kedai roti sebab nak buat bekal esok. Nak turun awal pagi.

Mula-mula aku cuma pakai taktik pukul gambar dari celah pagar. Tapi sebab Phuong ada dia kata kalau nak masuk dia ejaskan dan tauke kedai tu kasi saja.


Inilah saiz sebenar roti tersebut. Ayep lebih dakik? (teliti) sebenarnya. Suka pukul gambar untuk buat perbandingan saiz. Aku pulak tenggelam dalam asyik dan fana fotografi sendiri sampai mlupakan hal-hal usuliyyah macam ni.

Baker pun buruh jugak dan roti ni pun taklah sedap sangat.
(tiba-tiba Israk pun keluarkan hadis yang mafhumnya Nabi kalau tak suka makanan tu dia tak cakap tapi dia diam saja dan tak makan)