Monday, May 11, 2009

Orang Muar (Mamat) Menulis

Kenyataan “kita kena berbalik pada sistem Islam”, adalah sangat tak cukup, malah untuk orang yang iman tak cukup kuat, ini sangat tidak meyakinkan.. Kenyataan ini perlu disokong.

Persoalan aku, mana dia ilmu tersebut? Aku tak jumpa. Serius aku mencari, dan juga bertanya dengan ahli-ahli tentang persoalan yang menyerang otak aku, dan serius jugak aku sangat kecewa (sedih).

Andaian begini sangat salah, nothing can be further from the truth. Kalau sistem ekonomi moden adalah bangunan, foundation bangunan adalah riba, rangka bangunan adalah riba, simen bangunan adalah riba. Macam mana umat Islam nak lari?


Islam sudah tiada “padang utk bermain”, hilang “ruang utk beraksi”, sudah kematian ‘ibu’nya. Dan ini pada pendapat aku adalah punca bagi dua masalah kat atas. Satu dunia tak gunakan sistem Islam, tak kiralah apa aspek pun, semua mengangkat sistem sekular


Jangan duduk bergaduh benda yang dah lama settle, beratus-ratus tahun punya pun duk pusing benda yg sama jugak. Duduk lagi nak mewahabikan oranglah, syiah tak syiahlah, jemaah tak jemaahlah, dari dulu duduk isu itu sajalah, tak sudah-sudah. Dunia sekarang ni tengah berlari duk tinggalkan kita, kita duduk buang masa dengan isu yang sememang merugikan kita secara keseluruhan.


Kutu Malam Shomal Tehran

30 Tahun Revolusi Islami VII

Malam kami merayau-rayau Tehran. Berlima kami saja tanpa panduan. Nak cari Hotel Firouzeh yang kononnya boleh ejaskan trip untuk main ski. Tanya pakcik metro, "Kei metro...?" "Yozdeh," dia jawab. Budak muda sebelah dengan muka bangga seolah dalam hati kata, "Amacam? Faham?" Oh, metro habis pukul sebelas rupanya. Dah sunyi, satu dua kedai buka lagi. Kedai-kedai pasang bendera sambut revolusi.

Musavi Agha, tauke hotel tanya, "Don't you know me?" Kami geleng. Dia pun penuh bangga ambil buku Lonely Planet Iran dan tunjuk nama dia dekat bahagian Hotel Firouzeh. Kami kononnya nak ke Shemshak atau Dizin yang letaknya dua jam dari Tehran. Musavi Agha boleh tolong ejaskan transport. Kemudian ada beberapa mat dan minah saleh muncul seekor-seekor besar-besar dan nampak pro. Musavi Agha kata dia orang ni baru balik Dizin, tanyalah. Setelah bersembang-sembang, mat saleh tu tengok kami atas bawah bukan hina tapi kesian, dia pun anjurkan kalau kami baru kali pertama pergi Tochal pun dah cukup. Kalau Tochal boleh pergi sendiri. Dekat. Akhirnya kami kacau tidur Shaho sebab konon nak keluar setengah jam saja.

Tehran terbahagi dua. Janub dan Shomal. Utara dan Selatan. Kami tinggal di selatan, kawasan kelas menengah yang lebih padat, sibuk, sesak. Utara kawasan elit. Bukan itu saja beza Tehran utara dan selatan. Di selatan kering-kontang macam tak ada apa-apa berlaku. Langkah saja ke utara, nah...

Macam dah jadi tempat lain. Putih merata. Shaho yang call teksi ni. Teksi bermeter dan tidak scam malah tambang rendah sikit dari bajet. Dua kali saja pada aku memori tak bagus dengan teksi di Iran. Sekali masa nak cari stesen metro Mirdamad sebab salah faham dan prebet sapu dan sekali di Esfahan. Lain cerita. Walaupun masa baru sampai entah siapa pesan jangan ambi teksi, kalau tak Phuong, pilot Kambiz tu. Masa nak ke stesen bas ke Esfahan lagi best. Pakcik teksi tu dengar lagu Arab, Nancy Agram ke Shereen entah. Galak/gila pakcik tu, ikut nyanyi joget-joget sambil drive, "Ah! Ah! Ah!" Pastu bawak teksi macam orang Mesir berarak pengantin. Kiri kanan kiri kanan laju-laju. Nasib jalan kosong.

Begitulah...

Sunday, May 10, 2009

Kertas yang paling mahal

Dulu, ralit-ralit belek duit kertas aku terfikir, kenapa orang anggap duit bernilai sangat. Cuba fikir pakai logik bodoh atau logik tinggi tahap Vulcan tidakkah pelik kita tengok orang sanggup menukar barang dengan dua tiga keping kertas berwarna? Ambil barang mahal dari kedai dan kita cuma bagi tauke kedai kertas saja.

Orang Cina ialah antara yang pertama menggunakan duit kertas. Kalau kamu orang tengok filem-filem Stephen Chow masa dia nak rasuah pegawai-pegawai Dinasti Ching tu, perasan tak kertas banyak-banyak yang dia ambik dari dalam lengan baju dia. Tapi itu macam surat pajak yang boleh tukar di bank kepada duit tahil ketul-ketul tu.

Di mana sebenarnya terletak nilai kertas-kertas ni? Pada huruf 'ta'nya kah? Sebab ada gambar Agong? Sebab ada bayang kepala firaun? Sebab ada gambar Queen? Sebab ada sain Gubenor? Sebab ada tulis nama Bank Negara? Sebab ada tulis nombor yang menunjukan nilai? Sebab ada ayat 'wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai'? Atau ada tulis 'this note is legal tender for all debts, public and private'?

Dulu aku ingat duit ni nilainya terletak pada simpanan emas setiap negara. Maka aku pun terbayanglah kalau macam tu UK banyak gila emas yang dia ada sebab duit dia mahal. Logik juga sebab dulu dia empayar besar, dah sedut emas di serata dunia. Kemudian aku fikir, negara-negara kecik pun ada emas jugakkah? Atau, kalau macam ni keringlah emas bumi tak pun habislah orang pergi korek atau kikis tinggalan-tinggalan purba yang banyak buat dari emas padu demi meninggi duit negara sendiri.

Masa orang Muar tengah obses dengan ekonomi, barulah aku tahu bahawa nilai duit kertas ni sebenarnya terletak atas kepercayaan orang saja. Sebab semua orang percaya kertas-kertas berwarna dan bergambar itu ada nilai. Semudah itu saja. Sesebuah negara pula boleh mencetak wang sesuka hati. Kalau perlu cetak banyak-banyak yang boleh membawa kepada inflasi. Maka begitulah ekonomi moden -agaknya- semuanya tersangkut atas zhon -andaian- saja. Tapi barangan tetap mengalir dan bertukar tangan.

Aku pergi ke sarafah -pengurup wang, bukan safarah, itu kedutaan- untuk tukar duit. Untuk memudahkan, orang sarafah menggenapkan wang yang akan diberi dan meminta dari aku dua genih setengah. Aku bagi syiling dua genih. Kemudian orang sarafah bagi balik duit syiling aku dan kata, "Qeemah da nus genih, 3ashan adeem." Ini nilanya setengah genih -lima puluh sen- saja sebab buruk. Aku dalam hati kata apahal pulak, kalau aku pergi keluar dapat jugak beli barang harga segenih. Tapi tak terkeluar. Macam biasa, demi memudahkan urusan aku buat-buat tak faham dan orang sarafah pun ambil jugak syiling aku tu.

Dalam sarafah, duit takkan ada nilai sekejap.

Saturday, May 09, 2009

Boeotia

Gambar tanpa sebarang penambah perisa sebab semua ambil dari tingkap bas yang memacu laju...

Sebagai seorang darat, aku takjub melihat pintu kecemasan bas yang berupa kesemua tingkap bas. Tukul-tukul tersedia demi memecah kaca jendela.

Nampak macam wallpaper Windows XP.

Beoetia, daerah yang sinonim dengan negara kota penuh lagenda, Thebes dan kisah sedih seorang hero penuh tragedi. Panjang kalau nak cerita di sini. Sigmund Freud, doktor jiwa Yahudi Austria, menamakan satu penyakit, Oedipus Complex sempena nama hero ini di mana seorang anak mahukan kasih sayang ibunya secara ekslusif sampai cemburu pada bapanya sendiri selain mahukan bapanya mati sedangkan Oedipus itu maknanya 'Si Kaki Bengkak'.

Untuk kawasan ini aku petik kata-kata Rina pemandu pelancong yang banyak membebel kerana itu sebahagian kerjanya

"At first this place was a lake, then after an earthquake it became a plain, then after another earthquake it became lake again, then after another earthquake it became plain again, then lake, then plain, then lake, then plain, then lake andfinally WE DECIDED to make it a plain and so it is a plain now."

Tugu peringatan pembunuhan berama-ramai Distomo. Selama dua jam tentera Nazi pergi dari rumah ke rumah menikam bayi-bayi dalam buaian dan wanita-wanita mengandung, memenggal paderi-paderi. 218 orang kampung mati demi memuaskan nafsu membalas dendam.

Dalam gaung di bawah lembah inilah, kononnya tempat Oedipus membunuh bapa kandung sendiri yang tak pernah dikenalinya...

Anarki di Athina XVI

Thursday, May 07, 2009

Berita Basi

Tuut!... Tuut!... Pukul tujuh pagi. Inilah berita nasional dari Radio Satu Kuala Lumpur. Berita disampaikan oleh Mariamah Tijo. Sari berita penting...

Mounira, 14 April - Bunyi siul-siulan lebih kurang jam dua pagi yang mula-mula disangka budak-budak muda bermain-main yang kemudian ditambah laungan pakcik-pakcik yang disangka ada pergaduhan yang kemudian ditambah dengan jeritan makcik-makcik dan bunyi semakin ramai orang rupa-rupanya setelah dijenguk aku dari tingkap dan Apis dari balakon sebab ada rumah terbakar depan rumah kita orang. Asap mula-mula putih kemudian hitam kemudian ada bunyi meletup-letup dan nampak nyala-nyala merah api. Orang ramai cuba nak naik panggil orang yang mungkin ada di dalam. Paip gas besar di luar ditutup. Sekejap kemudian bomba sampai tapi susah pulak nak mencari pili. Nasib baik tingkat paling atas. Semua penghuni keluar dan aku yakin tak ada kemalangan jiwa sebab tak dengar cerita atau orang mengaji esoknya.

Kat bawah aku tanya Apis, "Kalau dia orang nampak aku amik gambar, agaknya dia orang penampar aku kan?"

p/s: Mariamah Tijo ialah rumet mak aku kalau tak di Alam Shah, di UKM.
p/s: Berita Hairan, Utusan Meloya, sekarang ni apa lagi? MalaysiaKona? Asyik kona cerita kot tu kot ni lagakan sama Pakatan Rakyat.