Saturday, June 06, 2009

Ayasofya, yang sikit pelik di dalamnya

Mengadap Sultan Setambul X

Untuk naik ke tingkat atas tiada anak tangga dibina, sebaliknya jalan rata yang condong bagi memudahkan kerja-kerja mengangkut maharani yang dijulang aas tandu ke atas.

Tiang batu porphyry yang dibawa khas dari Egypt kerana batu porphyry bewarna ungu iaitu warna diraja Rom.

Adapun tiang lain diambil dari Kuil Artemis di Ephesus, tiang marmar hijau dari Thessaly, tiang btu hitam dari Bosphorus dan tiang batu kuning dari Syria.

Perpustakaan Sultan Mahmut I

Dinding-dinding diperbuat daripada marmar-marmar yang dibelah dua yang menghasilkan corak simetri.

Ada tiang batu disalut tembaga berkarat hijau. Ada lubang di tengahnya. Orang-orang beratur menjolok lubangnya dengan ibu jari. Beratur macam nak cium Hajar Aswad.

Khabarnya kalau dijolok ibu jari ke dalam lubang itu dan dipusing 360 darjah, kalau anda terasa lembab berair, segala penyakit anda bakal sembuh.

Tiang mukjizat ini dipanggil tiang menangis mengikut kristen kononnya ada malaikat tinggal di situ dan lembapan itu air matanya. Kadang air mata itu dinisbahkan kepada Virgin Mary. Kadang dinisbahkan kepada seorang santo.

Mengikut Islam pun ada ceritanya. Konon ada seorang alim/wali memasukkan jari ke dalam lubang ini untuk mengesotkan seluruh bangunan Aya Sophia ini supaya mengadap kiblat. Maka sebab itu altar Aya Sofia hampir betul dengan arah kiblat.

Orang Muar cuba mengesotkan Aya Sophia.

Sebelum tinggal, memukul gambar bersama Encik Gokhan. Kecuali aku dan Arepudin, semua orang pun menjadi hantu sebab kamera tak pakai flash red eye reduction.

Friday, June 05, 2009

Pelanduk yang Mati di Tengah

Terlanjur ada satu dua orang membangkitkan isu ini, aku korek kembali karangan lama-lama. Macam yang aku cakap dulu, waktu itu otak pun masih tajam, bacaan pun masih luas. Aku karang ini ketika rancak Perang Lubnan 2006. Ketika Katyusha rancak menghunjam. Adapun selepas...


Yahudi menguasai dunia.

Bermingu-minggu lalu Yahudi membedil Gaza. Berhari-hari lalu membedil Lubnan. Hari ini Hezbollah membalas mereka.

Yahudi benar-benar menguasai dunia. Bukan mengakui ketuanan mereka, jauh sekali tunduk. Tapi selama-lama ini Yahudi memang mangatur cara dunia.

Bagi penyokong Syiah atau yang simpati pada mereka, mengakatakan permusuhan Sunni Syiah adalah aturan Yahudi untuk memporak-perandakan kesatuan ummat.

Bagi penentang Syiah pula kewujudan Syiah itu sendiri dikatakan diatur oleh Yahudi demi memecah-belahkan ummat.

Pun begitu, Syiah lantang dan terang menentang Yahudi (Hezbollah juga Syiah). Pun begitu, kini wujud juga Sunni yang menentang Yahudi secara terang tetapi tidak rasmi seperti Syiah.

Suatu telahan yang jahil.

Yahudi takut benar dengan Syiah. Awal-awal yang mahu dihentamnya ialah Iran. Iraq sudah berkubur. Apatah takutnya Yahudi kepada Syiah kerana ia yakin Syiah saja yang mampu membuat ia alah? Atau apatah ia awal-awal menghentam Syiah kerana ia tahu, kalau lenyap Syiah, yang tinggal hanya pemimpin Sunni yang bodoh belaka?

Jika benar perseteruan Sunni Syiah diatur Yahudi, sedikit sebanyak jayalah mereka. Kerna bila Syiah dihentam Sunni bakal berkata persetan mereka, pergi mampus sama mereka. Maka tidak susah kerja Yahudi kerna Islam boleh dihapus satu persatu dengan mudah.

Jika benar Syiah alat Yahudi bagi menghancur Islam, apatah segalanya ini sandiwara belaka? Atau apatah senjata sudah makan tuan?

Begitu pun, pihak Sunni (katanya dipengaruhi Wahabi) yang jelas menghentam Yahudi dan sewaktunya dikatakan juga asalnya alat Yahudi untuk membobrokkan Islam. Nah! Senjata makan tuan lagitah?


Ketika ini aku sedang sibuk membaca Hikayat Hang Tuah, maka banyak penggunaan imbuhan tah.

Thursday, June 04, 2009

Alah Kelik

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XXVIII
Siri akhir bahagian akhir seluruhnya


Berhenti jamak zohor dan asar...

Ustaz Wael menyimpan resepi paling sedap untuk perjalanan pulang.
Save the best for the last.

Nu2toh Is3af (secara harfiyahnya titik ambulans tapi pusat kecemasan agaknya) yang berwarna ranggi sepanjang jalan.

Termenung, terliuk-lentok, tekun...
Tammat
-------

Selamat bermuktamar.

Tuesday, June 02, 2009

Kemenangan Uncle Chot

Uncle Chot menang. Tapi junior aku yang taksub politik kata menang apanya Umno tak kalah. Macam bubuh penalti tak ada goal keeper. Esoknya junior aku yang aktivis gila ni bagi pulak artikel yang kata kemenangan Uncle Chot di Penanti ialah kejatuhan PKR. Lantaklah masing-masing.

Uncle Chot atau Chot Man, sebab ada satu orang lagi Chot, Chot Lah, ialah rakan sekerja abah. Pernah jadi bos abah sebelum abah ganti dia. Dia berhenti kerja situ pun sebab kononnya nak jadi setiausaha politik Anwar. Memang orang Anwar sejak Anwar masih Umno lagi.

Bila Anwar kena sack, dia antara orang pertama ikut Anwar keluar dan bila Parti Keadilan Nasional mula tertubuh dia jugalah antara penggerak awal sekurang-kurangnya peringkat Pulau Pinang. Kira golongan awa'il lah. Rumah dia ialah rumah pertama yang mengibarkan bendera Keadilan sekurang-kurangya di kawasan Tingkat Bukit Kecil Dua. Masa tu, bendera PKR belum ada calit merah lagi.

Aku kurang memori tentang PRU tahun 90. Walaupun Kelantan dimenangi APU waktu tu. Aku cuma ingat bila balik kampung, banyak sangat jumpa pintu gerbang APU, Angkatan Perpaduan Ummah gabungan PAS dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM. Waktu tu kalau jumpa poster Ku Li kami masih akan tabik.

Aku ingat masa PRU tahun 95 waktu tu baru darjah lima. Tapi dalam kelas duk sibuk pasal politik. Zaman tu, siapalah nak sokong PAS. Seingat aku yang sokong PAS hanyalah aku, Nik Mohd Ridhwan dan Ahmad Amjad. Sekarang aku tak tahulah budak-budak tu tapi PAS masih parti pilihan aku. Budak-budak yang lain semua biru.

Masing-masing gaduh berdebat. Paling kuat berdebat biru berkarat Saiful Azri tapi budaknya sembahyang kuat. Sampai si Marlissa Musa pulak siap kata P-A-S, Parti Ajaran Sesat. Entah apa yang sesat yang PAS dah buat aku pun terpinga-pinga. Mak bapak aku di rumah sembahyang bang saja lagi. Entahlah agaknya dia orang ni dah khatam kutub sittah tak tahulah.

Tapi itu zaman Jakpa Tonggek tapi kau orang jangan, orang sekarang pun ada lagi yang cakap macam tu dekat PAS. Pemikiran Jakpa Tonggek. Sekali tu budak-budak tanya dekat cikgu Alam dan Manusia siapa yang akan menang PRU. Cikgu tu pun jawab errr... Buat-buat hesitate konon neutral. Lepas tu jawab BN kot padahal dalam hati dah yakin for sure BN menang.


Sekolah rendah aku memang bodek Umno habis. Maklumlah sekolah harapan negara. Sekolah Melayu Tertua di Malaysia pulak tu. Cuba tengok dalam buku sejarah tingkatan satu.

Aku ingat lagi, satu Taman Sri Nibong tak ada siapa berani pacak bendera PAS kecuali Uncle Aziz sebelah rumah (dia panggil Uncle Chot, Chut). Orang Pulai Chondong, dia memang kaw-kaw punya. Hijau luar dalam. Sebab dia tahu abah pun sokong PAS maka dia pacak bendera tu kat pagar antara rumah kami.

Sekali tu Arifin dengan Anis anak Uncle Harun naik basikal lalu depan rumah kami cakap eleh nanti kita pasang bendera BN lagi besar. Tapi tak pasang pun, nak kata takut tak relevan, over-confident kot.

Masjid Jamek Sungai Nibong lagi best. AJK masjid kena conquer dengan Jawatankuasa PAS kawasan. Tok bilal dia, Pak Leh, YDP PAS kawasan. Dia ni patutnya jadi Sultan Brunei tapi sebab tok nenek dia lawan British jadi kena buang.

Tok imam muda, Ustaz Taufiqurrahman lagilah. Masa PRU 99, sebelum dan selepas PRU dia bantai cukup-cukup dalam khutbah. Sampai abah kata ada orang Umno bangkit keluar pergi sembahyang kat masjid lain sebab tak tahan. Khutbah semua sendiri punya, bukan macam kat Kelantan nun. Kena cengam dengan MAIK.

Macam itulah, manisnya jadi orang dagang. Tapi bila aku tanya orang Muar, bukan orang Muar secara umum, ni orang Muar watak dalam hidup aku, dia kata dia rasa biasa saja. Katanya sebab orang Johor baik-baik kot. Apa kata aku kahwin dengan orang Johor, anak orang Umno? Murkalah Ayahanda Patih Megat...

Monday, June 01, 2009

Tochal TeleCabin

30 Tahun Revolusi Islami IX


Stesen satu telecabin, nun menjulang 2400m di atas sana. Beli tiket, tambang 4000 toman seorang. Masa telecabin baru nak mula gerak, zoom! Terjunam sikit. Teringat Dream Park sekejap. Lama sikit baru stabil. Sesekali dengar kabel berkeriut. Sesekali berdenyut terhinggut-hinggut kalau bertemu tiang takal. Teringat Moonraker sekejap. Pandang atas manalah tau kalau tiba-tiba Jaws muncul. Pun, ada lagi orang yang sanggup. Daki jalan kaki.

Ya, telah ditambah rempah giling.