Monday, March 29, 2010

Bab al-Futuh 1087M

Kalian mesti kenal Bab El-Louq kerana ia tak jauh dari Medan Tahrir dan ada Mo'men di sana. Kalian juga pasti biasa mendengar Bab El-Khalk kalau menaiki bas pendek nombor empat. Kalau ke Arma sudah tentu melalui Bab Shaaria. Tapi dimana pintu-pintunya?

Ketahuilah olehmu, pintu kota Kairo itu asalnya ada 24 semuanya lapan di setiap sisi. Adapun yang masih gagah berdiri hanyalah tiga.

The Gate of Conquest

Bab al-Futuh dibina sekitar tahun 1087 oleh wazir ketika itu Badr al-Gmali, seiring dengan pengubahsuaian benteng dan tembok seluruh Kaherah. Beliau mengupah tiga orang Armenia -tempat asal beliau sendiri- yang khabarnya ialah tiga orang rahib dan adik-beradik pula. Setiap orang ditugaskan membina salah satu dari tiga pintu yang datang sekarang masih kekal.

Bab al-Futuh diapit oleh dua menara yang berbentuk bulat dan kelihatan tersembul daripada tembok. Ini memberi kelebihan kepada pihak pertahanan untuk menyerang belakang tentera musuh yang berusaha menembusi pintu kota.

Pada gerbangnya dihiasi dengan corak berlian. Di tepi dua menaranya ada ukiran kepala kambing (aku tak perasan) yang menjadi lubang tempat menuang minyak panas ke atas kepala musuh. Kepala kambing menjadi pilihan kerana ia mewakili planet Marikh yang terbit tatkala kota Kaherah diasaskan.

Bab al-Futuh menandakan perbatasan kota sebelah utara dan merupakan penghujung jalannya yang utama. Pada zaman hari itu, kafilah-kafilah besar jemaah haji pulang dari Makkah dan masuk ke kota Kaherah melalui pintu ini.

Tuesday, March 23, 2010

Aku Paman

Amjad Danial bin Aswad Haykal.
Atas wazan yang sama supaya bunyi berima dengan bapaknya.

Cucu sulung yang lama dinanti-nantikan orang. Anak sulung atau cucu sulung memang paling disayangi kerana mereka yang pertama. Sampai nanti ada kawan-kawan lama atau saudara-saudara yang jarang jumpa bertanya, "Aswad ke ni? Amjad ke ni?" Walaupun yang ditanya ialah adiknya yang kedua atau sepupunya.

Tenung lama-lama gambar ini. Anak Aswad? Senyum sendiri. Tenung lama-lama gambar ini. Setakat ini rambutnya belum kerinting lagi. Tenung lama-lama gambar ini. Hmmm, mulutnya macam Andrei Arshavin. Insya Allah bakal menyambung perjuangan Arsenal nanti.

Monday, March 22, 2010

Nenek Burung

Mengadap Sultan Setambul XXVIII

Banyaknya burung merpati. Kalau tebar jala entah berapa ratus ekor boleh dapat. Nenek dalam 'pondok' jual makanan burung untuk pelancong-pelancong jakun. Sepinggan selira. Tak gamak. Zaman sekarang benda macam ini pun orang buat duit. Tapi kalau tak ada benda macam ini atau fikiran macam ini nenek itu nak cari makan macam mana. Pondok tertulis Istanbul Ticaret Odasi menunjukkan ia legal dan bukan seperti budak-budak penjual tisu.

Sunday, March 21, 2010

Pacar Berjanggut

Orang yang berjambang dan orang yang punya kekasih mereka sama. Tapi belum tentu berjambang dapat memikat hati gadis-gadis.

* * *
Aku selalu berkata kepada kawan-kawan aku yang separa amrad atau yang berdarah jawa atau banjar yang mana mereka ini sibuk menarah pipi-pipi dan dagu-dagu dengan pisau cukur, "Tak payah, jangan paksa, kalau tak ada tu tak adalah, syukur saja, nanti kalau ada payah nak jaga, leceh wa cakap lu."

Begitu juga kawanku yang separa amrad itu pernah berkata kepadaku, "Tapi betul Mal, kalo ko takde awek hidup ko simple gile, kalo ko ade awek nanti hidup ko jadi complicated."
* * *

Yang licin nak berbulu, yang sunyi nak berdua. Masing-masing sengaja cari kerja. Orang yang tak berpacaran sama dengan orang yang licin tak berjambang. Mereka terbang.

Wednesday, March 17, 2010

Otai Besar Makan Sayur !

Sebagai duta sayur, aku berasa malu dengan Otai Besar.

Hidangan bayam dan kentang dengan konon-kononnya sos lada hitam. Bayamnya pahit dan kuahnya tawar. Jenuh Otai Besar menabur garam dan lada sulah. Rasa tak berubah. Kelat tekak menelan. Tunggu lama sikit rupanya ada sajian kedua berupa nasi dan tomato sumbat. Otai Besar pun, "Aaargh~! (kenapa tak datang awal)"

Kami ikut agensi liburan. Makanan disediakan. Tapi tak ada yang halal maka mesti makan vegetarian saja. Bagi abang-abang Arab Kuwait, asalkan tanpa alkohol dan bukan babi semuanya bismillah ...

Kali pertama seumpamanya, hehehe.

Anarki di Athina XLIII