Pergilah beramai-ramai. Tak ada buku medik di sini melainkan kalau mau menambah ilmu-ilmu luar. Waimma sejarah, budaya, sastera. Paling bagus ialah kitab-kitab yang menumpukan Mesir dan Kairo serta sekitarnya. Harganya tinggi-tinggi juga tapi ada potongan 20 atau 30 atau sampai 60 persen. Tempatnya bagus, kitabnya cantik, my favourite spot.
Tuesday, April 13, 2010
Pesta Buku Musim Bunga
Pergilah beramai-ramai. Tak ada buku medik di sini melainkan kalau mau menambah ilmu-ilmu luar. Waimma sejarah, budaya, sastera. Paling bagus ialah kitab-kitab yang menumpukan Mesir dan Kairo serta sekitarnya. Harganya tinggi-tinggi juga tapi ada potongan 20 atau 30 atau sampai 60 persen. Tempatnya bagus, kitabnya cantik, my favourite spot.
Tuesday, April 06, 2010
Pulau Poros
Apa yang pasti, sarekat liburan memang pintar dalam perencanaan. Sengaja memberi makan tengah hari saat meninggalkan Pulau Hydra. Usai makan, Pulau Poros sudah kelihatan. Perjalanan langsung terasa singkat. Ketika mudik ke Pulau Poros, angin deras.
Pulau Poros terdiri daripada dua buah pulau. Satu selatan dan satu utara yang dihubungi oleh sebuah segenting. Di atas salah satu pulau mengangung sebuah kuil buat Poseidon. Dewa Lautan dengan serampang tiga matanya.
Anarki di Athina XLIV
Sunday, April 04, 2010
Thursday, April 01, 2010
Mihrab Oljaytu
30 Tahun Revolusi Islami XXVIII

Oljaytu, atau Sultan Muhammad Khodabandeh (man of God) memerintah Iran di bawah panji-panji Mongol Ilkhanat. Lahir sebagai Kristen, baginda pernah memeluk Buddha sebelum kembali kepada Islam bersama kandanya yang ketika itu masih menjadi Khan.
Oljaytu, atau Sultan Muhammad Khodabandeh (man of God) memerintah Iran di bawah panji-panji Mongol Ilkhanat. Lahir sebagai Kristen, baginda pernah memeluk Buddha sebelum kembali kepada Islam bersama kandanya yang ketika itu masih menjadi Khan.Walaupun telah Islam, baginda masih meneruskan perikatan dengan tentera Salib bagi menentang kemaraan Mamluk Mesir. Pun begitu, perikatan Salib-Mongol walaupun telah berlangsung begitu lama sebelum dan selepas baginda, tidak pernah membuahkan hasil yang besar.
Oljaytu, terasa terasing oleh perbalahan antara mazhab Hanafi dan Shafie akhirnya berpaling kepada mazhab Syiah setelah meyakini ia adalah versi Islam yang sebenar.
Wednesday, March 31, 2010
Ho Sik
Telinga kera
Antara lauk wajib kalau orang Cina sendiri yang makan selain batang sayur hijau mesti ada telinga kera goreng ni. Sekali lagi kena dengan selera Orang Muar, masam-masam.
Ka Meng
Hah, ini yang paling grand. Daging kambing masak sup pekat lada hitam. Aromanya, pergh! Dagingnya lembut sesekali macam span, sesekali macam getah. Tapi harganya pun grand beb.
Tang Chu Yue
Apa pun, ini yang paling best. Satu-satunya lauk yang diketahui namanya sebab Orang Muar salin. Ikan yang digoreng rangup kemudian disiram dengan kuah sweet and sour yang akan-akan masak merah. Yue adalah ikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)