Saturday, April 11, 2009

Hakikat Perempuan

Perempuan sekarang memang tak cantik.
Kalau mukanya putih,
Kita akan kata itu sebab bedak alas.
Kalau hidungnya tinggi,
Kita akan kata itu lepas dia buat nose job.
Kalau rambutnya lurus panjang hitam bersinar,
Kita akan kata itu lepas rawatan minyak panas atau lepas rebonding.
Kalau matanya warna hijau atau hazel,
Kita akan kata itu pakai contact lense.
Perempuan sekarang memang buat kita fikir mereka tak cantik.

Friday, April 10, 2009

Moyah


Orang Parsi memanggilnya Aab. Air. Di mana-mana orang menjual air. Botol-botol besar. Kerana orang tak minum air masin. Air paip payau. Macam negara teluk. Mungkin. Sungai nan sebatang. Jauh pula. 600 kilo...

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XXIII
Siri awal bahagian akhir

Thursday, April 09, 2009

Tahun Freak Bola


...kata Ayep.


Aku selalu cakap 'korang main...'
Tapi diorang selalu cakap 'tim kita...'
Dekat hujung-hujung barulah aku pun pakai 'kita'.
Aku hanyalah sekadar seorang yang kununnya 'manger'.

Pantang larang kemenangan tim Wa'dul Haq
  • mesti tukar-tukar keeper
  • mesti main match pukul empat
  • mesti waruk yang jadi ref
  • haikal tak payah datang (oops)
Penutup yang cantik.

Takbir


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Mamat bertakbir empat kali,
sembahyang jenazah untuk Umno.

Wednesday, April 08, 2009

Bagh-e Melli

30 Tahun Revolusi Islami IV

The National Garden

Kawasan milik kerajaan ini mengandung Kementerian Luar Iran dan beberapa muzium (mozeh dalam bahasa Parsi) termasuk Muzium Negara Iran.

Kementerian Luar Iran. Mesti mencabar kerja kat sini. Hubungan dengan Amerika pun tak setel. Hubungan dengan Mesir pun tak setel.

Pintu gerbang ini dibina pada tahun 1906 oleh pemerintah dinasti Qajar yang terkenal dengan korupsi dan tidak efisyen. Pemerintah-pemerintah Iran zaman dulu kebanyakannya bukan berbangsa Parsi tapi Turki. Gerbang yang memaparkan motif-motif moden seperti mesingan menggantikan motif pedang. Juga terdapat pengaruh Barat dan Kristen dimana ada dua malaikat kanak-kanak memangku ayat pertama surah Al-Fath, ayat biasa yang diletak di pintu-pintu. Nama-nama Allah, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin dipaparkan juga lantaran faham syiah yang dipegang.

Akhir sekali, lambang Singa dan Matahari, simbol bangsa Parsi di pintu pagar yang bakal kita jumpa lagi nanti.

Susah juga nak terjemah National Garden. Kalau terjemah jadi Taman Negara, nanti orang terbayang hutan lindungan walaupun dalam bahasa Inggerisnya national park. Takkan nak terjemah jadi Kebun Negara?