Saturday, June 17, 2006

Kari Tamil


Tidak masak kari pun, tetapi peduli apa.

Termasuk di dalam cara alternatif untuk memasak kari. Terutama sekali jika sukar untuk mendapatkan santan kelapa.

Bahan yang butuh.

  • Ayam atau daging
  • Bawang besar dan putih(lebih banyak daripada biasa)
  • Minyak benar
  • Serbuk kari
  • Asam jawa
  • Buah tomato
  • Garam(banyak sedikit daripada biasa)
  • Rempah-ratus(bunga lawang dan seangkatan

Kaifiyatnya.

Ayam atau daging disiang, dipotong dan dibersihkan sesuka hati. Rempah ratus ditumis. Bawang dihiris dan ditumis kemudian. Tumislah rempah kari yang telah dilarutkan dahulu dengan air. Tumis sehingga masak. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi. Masukkan daging atau ayam. Kacau hingga sebati. Masukkan segelas dua air. Biar hingga daging atau ayam empuk. Masukkan garam. Masukkan buah tomato. Biar hingga layu. Siap untuk dihidang.

Mulahadzah.

  • Untuk lebih sedap, tumiskan bawang dengan lama sehinga betul-betul masak. Untuk itu kecilkan api untuk mengelak kehangusan. Barulah rasa bawang akan keluar?
  • Tumis rempah kari sehingga warnanya menjadi gelap atau hampir kehitaman. Bukan hangus! Atau sehingga ia berketul-ketul bersama minyak.
  • Kari jenis ini tidak berhajat kepada air yang banyak. Secara alami kuahnya pekat. Jika air banyak, ia akan ceroi dan rasa seperti meminum air paip berempah.
  • Garam diperlukan lebih banyak sedikit untuk meng'compensate' ketiadaan santan kelapa. Bawang juga diperlukan banyak untuk memekatkan kuah.
  • Kari ini lebih sedap masam. Maka, penggunan buah tomato amat digalakkan. Asam jawa boleh diganti dengan asam keping tetapi kurang sedap.

Petua (jika yang memberi petua ialah orang muda, adakah akan dipanggil pemuda?).

Melembutkan daging

Masukkan sebatang sudu besi dalam masakan daging tersebut. Alternatif lain ialah anak kunci, paku atau rantai basikal. Dengan syarat semuanya diperbuat daripada besi. Selain itu, sabut kelapa juga boleh digunakan. Petua ini diamalkan secara turun-temurun terutama untuk merebus jering tua.

Timun Cina dan Timun Batang.

Timun Susu: tiada di dalam gambar.

  • Bawang dipanggil Vengayam di dalam bahasa Tamil (rujuk semula)
  • Orang Johor memanggil kuah sebagai lauk
  • Surat-surat Perempuan Johor ialah hasil tulisan Faisal Tehrani
  • Orang Kelantan menyebut minyak masak atau makan sebagai minyak benar. Pun begitu kewujudan minyak bohong tidak pernah diketahui.
  • Untuk memasak kurma yang sedap, gunakan rempah kurma dengan banyak
  • Untuk resepi asli, sila rujuk jiran-jiran Tamil anda. Paling tidak Mamak.
  • Orang Kelantan memanggil tembikai sebagai timun cina, timun sebagai timun batang, tembikai susu sebagai timun susu. Mereka tidak menamakannya tanpa sebab kerana dari segi taxonomy timun dan tembikai berasal dari keluarga yang sama. Mungkin orang Kelantan telah lama memerhati kesamaan yang terdapat pada biji tembikai dan timun atau ciri-ciri isi dan kulitnya lalu yakin bahawa mereka daripada keluarga yang sama. Buah lain dari keluarga ini ialah labu punggi dan labu sayur. Wallahua'lam.

5 comments:

Anonymous said...

gemar sungguh kamu bercakap butuh, hahahahaha

Amermeftah said...

oh? adakah sudah jadi cliche? Kalau ada peluang, suka juga belajar bahasa indonesia.

Anonymous said...

butuh tu apa? penting ya?

Anonymous said...

orang terengganu pun memanggil dengan panggilan yang sama untuk timun-timun itu, jadi kemungkinan orang kelantan dan terengganu bersama-sama dalam melakukan pemerhatian ini. orang terengganu memanggil bahan mentah untuk masakan sebagai lauk dan gulai masakan sebagai kuah.minyak masak kadang-kadang dikenali sebagai minyak nyor tak pasti mengapa dan note tambahan, selain minyak benar di kelantan di terengganu adanya nasi benar yang merujuk kepada nasi putih yang benar-benar putih wallahu a'lam...

Amermeftah said...

butuh = perlu

saya rindu nasi tumpang