Saturday, June 03, 2006

Masakan malas Mama

Mama tidak pernah malas. Malah aku menganggap mama adalah seorang 'iron woman'. Baki lagi, mama tidak pernah diberi peluang bergiat aktif dalam bidang politik. Masakan ini digelarkan malas kerana mama memang memahami anak bujangnya. Lalu diajar masakan yang mudah-mudah.
Bahan yang butuh.
  • Ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Kicap
  • Sos Tomato atau puri tomato
  • Garam (sesuka hati)
  • Gula (jika perlu)
  • Ubi kentang (optional)
  • Cili (optional)
  • Tomato (optional)
  • Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Bunga cengkih

Kaifiyatnya.

Ayam disiang dan dipotong sesuka hati dan di basuh. Masukkan ke dalam periuk. Bawang besar dan putih dikisar. Masukkan juga ke dalam periuk. Masukkan kicap sedikit demi sedikit sehingga warna agak-agak menjadi hitam. Masukkan sos tomato dengan jumlah yang lebih sedikit daripada kicap. Kacau semuanya hingga sebati. Boleh peram dahulu sesuka hati. Atau letak terus di atas dapur dengan api yang kecil. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.

Mulahazah.

Bahan-bahan optional boleh dimasukkan setelah masakan sudah mula mendidih. Tomato dan cili seeloknya dimasukkan hujung-hujung. Pastikan api sentiasa kecil dan periuk ditudung kerana masakan ini dimasak dengan wap. Biasanya mama tidak memasukkan bahan-bahan rempah yang di hujung kerana anak-anaknya tidak suka. Jika guna kicap manis, masukkan garam. Jika guna kicap masin, masukkan gula.


* Pohon bunga kesayangan mama.

4 comments:

Anonymous said...

butuh? aww. hahahaha. orang sini sensitif la aku cakap butuh2 ni. dia kata mencarut. tapi aku buat dek jer hahaha

Anonymous said...

kt sini,masakan sedemikian lebih popular dgn nama `campak`.prinsip 3K, campak-masak-lantak

Anonymous said...

bersyukur dgn rezeki yg dikurniakn..

Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»