Monday, June 30, 2008

Jelajah Jordan XXI

Petra
A rose-red city half as old as time

"He said: "O my people! do ye see? if I have a Clear (Sign) from my Lord and He hath sent Mercy unto me from Himself,- who then can help me against Allah if I were to disobey Him? What then would ye add to my (portion) but perdition?"

* * *


...ternampaklah mercu tanda Petra dan ikon kepada pelancongan Jordan, Al-Khazneh atau Perbendaharaan.


Kota Merah
Al-Khazneh sebenarnya ialah makam raja-raja penduduk purba Petra kemudian dijadikan biara oleh rom kristian.


Monumen ini dinamakan begitu atas kepercayaan masyarakat Badwi tempatan bahawa terdapat harta karun yang disorok penyamun dan lanun di situ.


Di hadapan itu, ada sepasang polis berkuda dan bertopi klasik menjaga Al-Khazneh.


Tapi tak ada harta karun pun di dalamnya. Ini bahagian dalamnya. Aku tak teroka sangat. Gelap. Yang pasti, tak ada The Breath of God, The Word of God, The Path of God apatah lagi The Holy Grail di situ.



Kali terakhir petra dicatat sejarah ialah pada kurun ke 17 sebelum hilang dari pengetahuan dunia sehinggalah ditemukan semula pada kurun ke 19.
Hari sudah hampir gelap, terus sambung jalan...

Tak tau lagi siapa penduduk purba Petra, kena tunggu lagilah...

* * *

"And O my people! This she-camel of Allah is a symbol to you: leave her to feed on Allah.s (free) earth, and inflict no harm on her, or a swift penalty will seize you!"


Sunday, June 29, 2008

Lompat Tikam

Musim panas kali ni aku tidak balik kampung. Jadi siapa-siapa yang balik kampug bolehlah tolong makan untuk aku. Ini namanya Lompat Tikam. Atau abah selalu sebut, 'Jump and Stab'. Tak payah pergi pasar besar, hari Jumaat di Kedai Lalat pun ada, kedai Sabtu di Binjai pun boleh dapat.


Kuih ini ada empat bahagian, tepung hijau, pulut, kepala santan dan kuah gula merah. Budak-budak kadang-kadang suka makan bahagian-bahagian ni asing-asing. Aku paling suka makan pulut dengan kuah manisan tu saja. Tapi kalau nak betul-betul sedap, kenalah makan semuanya sekali. Barulah rasa dia seimbang. Barulah dewasa. Tawar tepung hijau, masin kepala santan, lemak pulut dan manis kuah gula merah. Sama serata.

Ada sesiapa tahu asal-usul nama lompat tikam? Aku tengok-tengok dalam internet ni, banyak orang terlupa letak pulut dalam lompat tikam. Agaknya tertukar dengan tepung pelita, tepung talam atau seri muka...

* * *

Gula merah atau gula melaka di panggil manisan di pantai timur. Atau sebutannya 'nnisey'. Kadang-kadang disebut gula kerek kerana dibuat dalam kerek daripada buluh. Semuanya dibuat daripada nira. Tetapi brown sugar yang serbuk tu tak tahu pulak buat daripada apa.

Saturday, June 28, 2008

Jelajah Jordan XX

Petra
A rose-red city half as old as time

"To the Thamud People (We sent) Salih, one of their own brethren. He said: "O my people! Worship Allah. ye have no other god but Him. It is He Who hath produced you from the earth and settled you therein: then ask forgiveness of Him, and turn to Him (in repentance): for my Lord is (always) near, ready to answer."

* * *


Makam Obelisk, monumen pertama yang kelihatan.
Sudah tiba ke selatan yang panas, ke kota yang lenyap dari sejarah selama 300 tahun.



Bab Al-Siq
Asalnya ialah sebuah arka s tetapi yang tinggal hanya dua tiang penahan di kiri kanan akibat gempa yang meruntuhkan arka pada kurun ke-19.


Jalan Siq
Terbentuk secara semula jadi oleh hakisan air. Di pintu masuk jalan ini penduduk purba Petra telah membina empangan bagi mengalirkan air dari Wadi Musa yang melalui jalan ini ke tempat lain.


Walaupun bahagian bawah Siq sempit, di bahagian atas mempunyai kawasan yang luas. Siq dianggap kawasan suci oleh penduduk purba Petra. Siq walaubagaimanapun, bukanlah satu-satunya jalan masuk ke Petra.


Di hujung kawasan Siq, walaupun kesan hakisan lebih teruk, masih dapat ditemukan tinggalan-tinggalan purba seperti ukiran seorang pedagang yang sedang mengheret dua ekor unta ini.


Tiba-tiba, dari celah Jalan Siq ternampaklah...

Siapa penduduk purba Petra? Tunggulah lusa kalau ada rezeki dan umur.

* * *

"They said: "O Salih! thou hast been of us! a centre of our hopes hitherto! dost thou (now) forbid us the worship of what our fathers worshipped? But we are really in suspicious (disquieting) doubt as to that to which thou invitest us."


Friday, June 27, 2008

Berjamu

Entri begini biasanya dimasukkan di hujung tahun pengajian sebelum peperiksaan. Tapi tahun ini lewat sedikit. Setelah tahun pengajian tamat dan kebanyakannya telah pulang.
Oh! Apa agaknya menu tahun ini?
Kami berjamu di puncak menara agam.
Budak lelaki mula menghidang. Di Mesir, para wanita semuanya menjadi ma'am besar. Semuanya orang lelaki yang buat.
Oh! Nampaknya ada tortilla chips.
Nuggets, ayam goreng, kentang goreng, garlic bread...
Kredit kepada Syazwan untuk garlic bread dan kepada kedai-kedai dan tukang goreng untuk yang lainnya.
Lasagne? Champagne? Caviar?
Dua perkataan yang akhir tu lawak dalaman saja. Kredit kepada Izwan untuk home made lasagna.
Dan semestinya side dish seperti coleslow dan kentang lenyek kerana tema kali ini makanan barat kononnya.
Tiba-tiba ada nasi goreng. Dasar Melayu tak boleh tinggal nasi.
Yang mana satu~ Idaman kalbu~ Jangan kacau! Banyak dah berpunya!
Makanan kali ini kebanyakannya buat sendiri, macam nasi goreng, coleslow, kentang lenyek, lasagna...
Sebab kali ini bertemakan barat, Iqbal pakai tali leher. Skinny tie macam tu memang sesuai untuk orang-orang berumur 20-an. Tapi bila warna dia hijau pekat nampak macam budak sekolah. Tapi tambah pulak bila Iqbal pakai dengan baju warna hijau kepala itik, nampak macam pegawai tentera. Ada orang mata tengok atas tengok bawah sebab kamera letak atas tangga. Lain kamera lain anak tangga...
Para gadis
Melepas. Four down, two to go. One missing, balik beranak.
(Salah sorang dari four tu memang dah lama down)
Para jejaka
Ramai jugak yang dah nak kahwin ni...
Nak tau? PM me.
Itulah semua untuk tahun ini. Harap-harap tahun depan buat atas kapal dekat sungai Nil pulak...
Majlis didulukan dengan bacaan Yaasin dan solat hajat.

Thursday, June 26, 2008

Jelajah Jordan XIX

Ayun Musa, Wadi Musa

Sebelum kita turun lebih dalam ke selatan yang panas, marilah kita segarkan diri dengan melawat ke tempat ini. Salah satu destinasi yang tidak dijangka bagi menggantikan destinasi-destinasi tak kesampaian (seperti Qasr Qatranah jugalah)...


Ini dikatakan mata air Nabi Musa. Kawasan ini pun memang digelar orang Wadi Musa. Bukan di Sinai saja yang ada mata air Nabi Musa. Banyak lagi tempat yang orang mengaku. Tapi banyak juga riwayat yang kata, mata air Nabi Musa memang bukan satu. Bukan yang terpancut 12 mata air tu saja, ada lagi dua tiga mata air sepanjang hidup dia. Mungkin yang ini tak ada kaitan dengan yang 12 itu...


Wednesday, June 25, 2008

502

No matter how hard you try to forget...


...we will always remember.

Jelajah Jordan XVIII

Jerash
Tapak carigali terbesar di Jordan.
Jerash dan Gerasa ialah bandar yang sama. Roma menukarkan nama Jerash kepada Gerasa.


Tetralylon Utara
Pagar kota sebelah utara masih dalam pemuliharaan. Kebanyakan monumen di sini sebenarnya telah dibina semula misalnya Arka Hadrian.


Tidak banyak yang menarik di teater utara melainkan pemuliharaan yang ketara - lantai diletakkan jubin moden - dan penjual cenderahati di pintu teater. Kami pun pergi.


Nymphaeum
Selain forum atau medan dan cardo, pancutan air awam seperti ini menjadi tumpuan kegiatan penduduk. Binaan yang ditujukan untk nymphs - boleh jadi makhluk halus macam orang bunian alam Melayu - dihiasi dengan marmar di bahagian bawah dan lepa berwarna di bahagian atas serta dibumbungi separuh kubah. Air memancut dari tujuh ukiran kepala singa ke besen besar granit berwarna merah sebelum mengalir ke saluran bawah tanah...




Tidak jauh dari Nymphaeum tadi, ada tinggalan masjid dari zaman kerajaan Bani Umayyah. Dipercayai masjid tertua di Jordan. Tetapi kesannya sudah banyak yang hilang.

Graeco-Roman Jordan -- Tammat

Sepatutnya ada satu lagi destinasi Graeco-Roman yang patut dituju iaitu Umm Qays atau Gadara. Tetapi kerana cuaca buruk maka dibatalkan. Di Jerash ini pun, kami bermandi hujan...


Tuesday, June 24, 2008

Pulang Marilah Pulang

Pemberitahuan
Entri ini bersifat seperi musang dengan anggur masam.

60% ahli Rumah Sesat telah telah kembali ke

rumah masing-masing di tanah air

Kenapa aku tidak minat pulang?

Setiap kali berkeputusan mau pulang, kemudian setelah membeli tiket, menerima tiket dan menanti tarikhnya tiba, semakin kuat rasa tidak sedap dalam hati, takut dan bimbang serta gelora.


Antara sebabnya ialah


Mamat ini dijumpai dalam lipatan tilam yang aku mau pakai buat tidur.


Awang ini pula selalu menunggu untuk menyergah aku di dalam jamban. Jadi sebelum masuk, mesti mau periksa seluruh dinding jamban, atas bawah kiri kanan, kalau tak mau selera kencing berak terbantut.

Sekali sekala ada terjumpa 'omm arba3a wa arba3een' dalam lipatan tilam dan selalu sahaja kena kejut tidur oleh adik aku sebab suruh halau/bunuh lipas yang masuk dalam bilik dia.

Itu belum masuk kes-kes kelkatu lepas hujan, ulat gonggok, katak pisang, ular, biawak. Maklumlah, kalau takutkan binatang liar, jangan berumah dalam hutan belantara.

Hidup di kota metropolitan seperti Kairo, anda tak akan disusahkan oleh makhluk-makhluk halus sebegitu. Sehinggalah Izwan tangkap benda ni dalam bilik air dia.


Aku mula manilai kembali kenyataan aku.
Selain tu ada saja kes ular di Kairo ni. Tikus tak masuk buku. Memang makhluk metropolitan.


Monday, June 23, 2008

Jelajah Jordan XVII


Gerasa
Kami tidak mengikut laluan yang disarankan ketika melawat Gerasa. Kami ikut laluan terbalik kerana tidak minat bertembung dengan kanak-kanak yang ramai.


Teater Selatan
Alunan bunyi bagpipe dan dentuman gendang perang telah menggoda kami ke teater itu.



Rupa-rupanya seumur hayat hidup Mede dia tak pernah dengar bunyi bagpipe. Maka tentera-tentera berjubah (tentera Pemberontakan Arab?) pun membuat satu pertunjukkan. Bukan main khusyuk dan kagum lagi Mede. Suka betul dia. Setelah menderma sebanyak sedinar dua, kami pun pergi.


Segi empat bujur
Sesuatu yang aneh dalam senibina purba apabila medan yang dibina tidak simetri (jurubina purba semuanya mengidap OCD?) Tetapi ia bertujuan menyamakan paksi kuil Zeus selari dengan paksi cardo dan seluruh bandar.



Antara dua zaman
Cardo, jalan utama bagi sesebuah bandar romawi. Menempatkan kedai-kedai saudagar, warung-warung penjaja dan kem tentera. Biasanya menganjur dari utara ke selatan. Jalan yang menganjur dari timur ke barat dipanggil decumanus dan biasanya hanyalah jalan sampingan.



Kuil Artemis
Gambar tiang-tiang kuil ini dari sudut ini menjadi ikon kepada pelancongan Jordan. Menjadi tarikan paling utama dan 'kemuncak' kepada lawatan di Jerash. Membuatkan aku tertanya-tanya.



Artemis, dewi hutan dan bukit-bukau Yunani. Dewi yang sama bagi romawi pula ialah Diana tetapi dewi perburuan dan haiwan liar. Kedua-duanya digambarkan sebagai seorang pemburu dengan busur dan panah dan ditemani seekor rusa atau anjing. Kedua-duanya kemudiannya 'dinaikkan pangkat' menjadi dewi bulan di mana ramai mengatakan bulan sabit itu ialah busur panah mereka...


Antara gereja para wali di situ
Bulan dan bintang sebagai lambang Islam dipercayai datang daripada lambang Turki Uthmaniyyah yang punya beberapa kisah asal-usulnya. Antaranya ialah ketika penaklukan Constantinople, pihak Turki tertarik dengan bendera bulan bintang (atau kerana ia merupakan pencapaian terbesar mereka) lalu diguna pakai sebagai lambang mereka. Lambang itu asalnya mewakili Diana yang merupakan dewi penaung bandar itu. Setelah Kristian masuk, ditambah sebutir bintang yang mewakili Mary.

Sunday, June 22, 2008

改善


Abang aku kata,
Kalau mau panjat pokok kelapa, panjatlah perlahan-lahan. Kalau naik terlalu laju, takut letih di tengah jalan, terus jatuh.

Kata-kata ini, samalah dengan,
Dont be afraid of walking but be afraid of standing still.

Jerebu 2005

Berkaitan dengan pohon nyiur pula, aku mau memetik kata-kata Cerah,
Waktu kecil-kecil dulu, saya kuat berimpian. Lebih kepada angan-angan sebenarnya. Bonda saya suka untuk menegur, jangan berangan-angan, nanti jadi macam Mat Jenin. Tapi, saya terus-terusan juga berangan-angan, kerana pada saya, Mat Jenin itu hanya watak rekaan penjajah yang tidak ingin orang Melayu mempunyai impian. Kalau benar akhirnya dia mati jatuh pokok kelapa, siapa yang tau pasal angan-angannya?

* * *


Agaknya Belanda memanjat terlalu laju, semalam letih lalu tersungkur.

Ada junior menyifatkan kemenangan Turki sebagai kebangkitan Ottoman. Aku lebih takut kebangkitan Kemal.

p/s: ada perkembangan dalam bantahan pelajar tahun lima Ain Shams. Sila lihat sini.


Saturday, June 21, 2008

Jelajah Jordan XVI

Jerash
Jelajah ke daerah silam

Gapura selatan
Ruang kosong di balik pintu gerbang ini diguna sebagai pasar.



Tembok selatan
Tembok yang wujud kini ialah tinggalan Byzantium.



The Oval Square
Segiempat yang berbentuk bujur.


Jalan lurus yang menyesatkan
Jalan utama yang masih mengekalkan batuan asal. Kesan-kesan roda kereta kuda masih kelihatan. Jalan ini dilebarkan ke bentuk Corinthian sekitar kurun kedua.


Colonnaded Street
Jalan jajaran tiang, nadi kegiatan Jerash dan tulang belakang kepada senibinanya. Di kiri kanan jalan dibina kaki lima yang luas selain lubang-lubang yang mengalirkan air hujan serta sistem kumbahan bawah tanah yang mengalir di sepanjang jalan.


Tetrapylon Selatan
Tetrapylon yang bermaksud empat pintu ialah binaan monumen yang unik dalam senibina Rom purba. Ia berbentuk kiub dan mempunyai empat pintu di setiap sisi dan biasanya dibina di tengah-tengah persimpangan jalan/simpang empat.


Jalan jajaran tiang barat
Jalan yang setentang dengan Jambatan Selatan ini menuju ke arah kawasan rumah-rumah Umayyah. Kerajaan Umayyah memakmurkan Jerash yang terkenal sebagai lombong perak dan gangsa serta kawasan industri pasu belanga (pottery).