Monday, June 23, 2008

Jelajah Jordan XVII


Gerasa
Kami tidak mengikut laluan yang disarankan ketika melawat Gerasa. Kami ikut laluan terbalik kerana tidak minat bertembung dengan kanak-kanak yang ramai.


Teater Selatan
Alunan bunyi bagpipe dan dentuman gendang perang telah menggoda kami ke teater itu.



Rupa-rupanya seumur hayat hidup Mede dia tak pernah dengar bunyi bagpipe. Maka tentera-tentera berjubah (tentera Pemberontakan Arab?) pun membuat satu pertunjukkan. Bukan main khusyuk dan kagum lagi Mede. Suka betul dia. Setelah menderma sebanyak sedinar dua, kami pun pergi.


Segi empat bujur
Sesuatu yang aneh dalam senibina purba apabila medan yang dibina tidak simetri (jurubina purba semuanya mengidap OCD?) Tetapi ia bertujuan menyamakan paksi kuil Zeus selari dengan paksi cardo dan seluruh bandar.



Antara dua zaman
Cardo, jalan utama bagi sesebuah bandar romawi. Menempatkan kedai-kedai saudagar, warung-warung penjaja dan kem tentera. Biasanya menganjur dari utara ke selatan. Jalan yang menganjur dari timur ke barat dipanggil decumanus dan biasanya hanyalah jalan sampingan.



Kuil Artemis
Gambar tiang-tiang kuil ini dari sudut ini menjadi ikon kepada pelancongan Jordan. Menjadi tarikan paling utama dan 'kemuncak' kepada lawatan di Jerash. Membuatkan aku tertanya-tanya.



Artemis, dewi hutan dan bukit-bukau Yunani. Dewi yang sama bagi romawi pula ialah Diana tetapi dewi perburuan dan haiwan liar. Kedua-duanya digambarkan sebagai seorang pemburu dengan busur dan panah dan ditemani seekor rusa atau anjing. Kedua-duanya kemudiannya 'dinaikkan pangkat' menjadi dewi bulan di mana ramai mengatakan bulan sabit itu ialah busur panah mereka...


Antara gereja para wali di situ
Bulan dan bintang sebagai lambang Islam dipercayai datang daripada lambang Turki Uthmaniyyah yang punya beberapa kisah asal-usulnya. Antaranya ialah ketika penaklukan Constantinople, pihak Turki tertarik dengan bendera bulan bintang (atau kerana ia merupakan pencapaian terbesar mereka) lalu diguna pakai sebagai lambang mereka. Lambang itu asalnya mewakili Diana yang merupakan dewi penaung bandar itu. Setelah Kristian masuk, ditambah sebutir bintang yang mewakili Mary.

No comments: