Sunday, June 29, 2008

Lompat Tikam

Musim panas kali ni aku tidak balik kampung. Jadi siapa-siapa yang balik kampug bolehlah tolong makan untuk aku. Ini namanya Lompat Tikam. Atau abah selalu sebut, 'Jump and Stab'. Tak payah pergi pasar besar, hari Jumaat di Kedai Lalat pun ada, kedai Sabtu di Binjai pun boleh dapat.


Kuih ini ada empat bahagian, tepung hijau, pulut, kepala santan dan kuah gula merah. Budak-budak kadang-kadang suka makan bahagian-bahagian ni asing-asing. Aku paling suka makan pulut dengan kuah manisan tu saja. Tapi kalau nak betul-betul sedap, kenalah makan semuanya sekali. Barulah rasa dia seimbang. Barulah dewasa. Tawar tepung hijau, masin kepala santan, lemak pulut dan manis kuah gula merah. Sama serata.

Ada sesiapa tahu asal-usul nama lompat tikam? Aku tengok-tengok dalam internet ni, banyak orang terlupa letak pulut dalam lompat tikam. Agaknya tertukar dengan tepung pelita, tepung talam atau seri muka...

* * *

Gula merah atau gula melaka di panggil manisan di pantai timur. Atau sebutannya 'nnisey'. Kadang-kadang disebut gula kerek kerana dibuat dalam kerek daripada buluh. Semuanya dibuat daripada nira. Tetapi brown sugar yang serbuk tu tak tahu pulak buat daripada apa.

3 comments:

Ben Youssef said...

Lompat Tikam versi malas tidak disertakan pulut bersamanya. Boleh atau tidak dipanggil Lompat Tikam jika tiada pulutnya tidaklah dapat dipastikan.

Seperti figura aksi mainan anak anak, "Pulut (atau Patung Mainan) dijual berasingan ..... "

Boleh jadi ...

Anonymous said...

ambo xsuka makanan manis.. walaup ambo org manis.. huhuhu

RATNA RAHIM said...

Assalamualaikum...

maaf mencelah...lompat tikam was served after silat match..that's where it gets its name..but it would like to point out that this is very ambiguous