Friday, June 13, 2008

Jelajah Jordan XI - - Updated

Kota Qatranah

Seperti yang sudah dimaklumi, Jordan ialah sebuah negara baru yang dahulunya ialah sebahagian daripada laluan dagangan atau jemaah haji...


Laluan lama itu dipanggil King's Highway atau Tariq Muluki yang asalnya jalan dagangan purba antara Sungai Furat, Iraq dan Ramses, Mesir...


Maka, demi menyediakan perjalanan yang kondusif untuk jemaah haji, kerajaan Uthmaniyyah membina kota-kota di sepanjang jalan haji itu...


Tujuannya untuk keselamatan dan tempat rehat jemaah haji. Ada enam biji di Jordan dan Kota Qatranah ialah satu daripadanya...

Tidak jauh dari situ ialah tinggalan landasan keretapi Hijaz. Selepas kemenangan Arab mereka memusnahkan landasan keretapi ini. Bodoh dan bebal.


1 comment:

Unknown said...

Salam.vey nice,very informative.