Thursday, June 19, 2008

Jelajah Jordan XV


Gerasa
Seperti yang tertera di papan tanda.


Jerash atau Gerasa termasuk di dalam projek Wilayah Ekonomi Koridor Timur Tengah di bawah Rancangan Rom ke berapa entah.


Arka Hadrian
Dibina semata-mata untuk menyambut Maharaja Hadrian yang datang melawat.


Jerash diasaskan oleh Alexander the Great kemudian beralih tangan kepada Empayar Seleucid sebelum bertukar tangan kepada Rom.


Arka Kemenangan dengan corak pokok Acanthus.
Selepas itu jatuh ke tangan Parsi sebelum dirampas semula oleh Byzantium.



Oleh sebab Jerash ialah kota paling besar dan lengkap di luar Itali, maka ia mengandung sebuah hippodrome.


Kalau kena pada hari dan masa, boleh berpeluang tengok persembahan formasi tentera-tentera Rom di hippodrome ini.

Wilayah Ekonomi Koridor Timur Tengah atau nama sebenarnya Decapolis bermaksud 10 bandar atau Mudun 'Asyar di dalam bahasa Arab. Bandar-bandar autonomi ini disatukan secara tidak formal di bawah satu liga perbandaran oleh Jeneral Pompey atas sebab persamaan kebudayaan penduduknya.

Kota-kota itu ialah Gerasa (Jerash) kota terbesar, Philadelphia (Amman) pusat pentadbiran Decapolis, Gadara (Umm Qays), Capitolias (Bayt Ras), Abila (Hartha, Sungai Yarmuk), Pella (Tabaqat Fahal), Canatha, Bostra, Hippos (Syria) dan Scynthopolis (Palestin).



No comments: