You can see the people. You can see the fire. But no effigies are burnt. And the chanting was not ‘Death to America’.
* * *
“Senang saja orang putih nak bagi orang Islam lagha, dia bawa sebiji bola dah cukup.”
Kata-kata semacam itu lebih tepat dengan bangsa Mesir. Mereka terlalu terikat dengan bola. Kalau musuh-musuh Mesir pandai, mereka kena serang Mesir pada malam yang ada perlawanan penting. Malam-malam yang ada perlawanan penting, jalan-jalan raya jadi lengang. Tauke-tauke kedai akan membawa televisyen dari rumah ke tempat kerja. Kalau tiada, kedai kopi jadi sasaran.
Pendek kata, Mesir bagaikan berhenti seketika sepanjang perlawanan. Kalau Israel ceroboh sempadan pun agaknya tak sedar.
Kedai kopi
Mesir bukanlah sesak (miskin) sangat. Setiap family walaupun bawwab tetap memiliki TV. Baki lagi saluran sukan kerana ada yang berbayar. Pun, bangsa Mesir tetap lebih minat menonton di kedai kopi. Macam stadium mini. Ada geng, orang ramai. Sebelum mula satu-satu perlawanan kedai kopi sudah mula susun kerusi seawal dua tiga jam sebelum perlawanan bermula.
Sesetengah kedai kopi menetapkan syarat sekurang-kurangnya mesti tempah secawan dari kedai mereka. Sesetengah kedai pula -di kawasan taraf tinggi seperti Mohandiseen misalnya- kedai kopi memang mengenakan cas untuk menonton. Tapi kalau perlawanan akhir untuk apa-apa piala besar, percuma agaknya.
Mini stadium
Bila dah macam stadium mini, mulalah, kalau sumbat gol sorak-sorai macam menang perang. Sudah biasa bagi aku yang tinggal tak jauh dari kedai kopi dalam senyap sunyi tiba-tiba pecah suara gegak gempita. Kawan-kawan yang tengok ‘siaran langung’ melalui internet selalu kena ‘spoiler’ bila dengar sorakan dari kedai kopi. Internet ‘lag’ dua empat lima minit.
Sesuatu yang menarik budaya bola bangsa Mesir (atau Arab) ini ialah, walaupun mungkin lagha mereka tetap tidak pisahkan 100% daripada agama. Contohnya bila penjaga gol Berjaya tangkap bola maka ramailah akan, “Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allah yubarik fih ya Hadhary!” Pengulas bolasepak pun sama. Ada juga sesetengah tu menadah tangan berdoa.
Menang
Kalau menang pula kebanyakannya akan berarak satu Kairo mengibarkan bendera (kelab atau Negara) sambil menekan hon kereta, bergendang dan bersorak. Selebhinya boleh tengok di bawah.
Sorak-sorai
Ramai juga orang-orang putih yang turun tengok bola di kedai kopi ni. Nak tengok bola atau nak tengok orang tengok bola.
Sembur api
Ada pulak satu mamat kuat semangat sembur aresol dekat lighter.
Sama-sama panjat lori air
Bangsa Mesir cukup patriotik dalam bab bola. Waktu piala dunia 2006 dulu, kedai kopi dekat rumah aku tayang perlawanan piala dunia dengan Ahly. Tempat yang tayang perlawanan piala dunia tu lengang!
Antara tim dunia yang di sokong orang Mesir ialah France atau Italy. Kalau dalam Champions League pulak Barcelona. Kalau liga Mesir? Tak Ahly, Zamalek.
Sembur api atas bas. Bila bas jalan gelabah. Tapi tak apa orang Mesir boleh survive benda kecik macam tu.
Masa piala Afrika dulu, persatuan pelajar sedia tempat siap di kuliah untuk budak-budak tengok perlawanan. Perkataan 'match' telah diarabkan.
Untuk liputan lanjut atau mungkin gambar yang lebih jelas. Sila ke sini.
Dulu, Kairo pernah melobi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010. Tapi kalah kepada Johannesburg. Kononnya, banyaklah perubahan dibuat ke atas Kairo, antaranya modernisasi perkhidmatan bas awam dan diletak tong-tong sampah di tempat awam. Allahu a’lam.
Diterbitkan juga sebuah buku fotografi untuk melobi yang antara gambar menarik dipaparkan ialah gambar orang ramai bersorak-sorai di kedai kopi dan gambar kanak-kanak remaja bermain bola di hamper setiap lorong lantaran tidak cukup padang. Ini semua nak membuktikan betapa rapatnya bola dengan hidup bangsa Mesir.
Malam Attaba Menjadi Sepi
Attaba ialah kawasan kegiatan ekonomi yang hampir tak pernah lekang dek orang dan kerana orang mengeluarkan bunyi maka tak lekang dek bunyi jugak. Dua tahun lepas kerana Mat tidak tahan sakit, kami semua keluar ke Attaba pada satu malam untuk beli defaya. Kebetulan malam itu perlawanan penting antara Ahly dengan Ismailiah. Kami nak membeli pun susah sebab tuan kedai sibuk tengok bola. Sewaktu dalam sebuah kedai, perlawanan sudah hampir tamat. Ditakdirkan, Ahly kalah! Sebelum perlawanan habis, sudah kelihatan muka-muka pakcik kedai monyok dan sayu. Ada satu pakcik tu berkac-kaca mata dan Idil boleh pulak pergi tanya,”Kau sedih ke?" Pakcik tu menganguk perlahan. Pilu. Ada brader tu pulak pergi merajuk di belakang kedai. Diskaun pun tak dapat malam tu. Attaba yang awal tadi ceria dah jadi macam kena langgar geroda.
* * *
Kalau ada yang nak tambah, bolehlah sebab aku pun bukan ahli dalam bidang ni…
Die besten, die meinsten, le grandes equips, the champion!
2 comments:
Applause for in-depth commentary.
Cheers.
gmbr yg 1st tu, mcm kenal je org2 kat depan tuh.. hehehe
ada gmbr haziq ngan apez eh..
Post a Comment