Tuesday, September 30, 2008

Makan Bulan Ramadan

Hari akhir Ramadan...

* * *

Maidah Rahman


Tiada pasar/bazar Ramadan di Mesir. Suri-suri rumah lebih memilih untuk memasak sendiri. Sejak sesudah sahur hingga waktu berbuka, dapur akan berbunyi.

Tidak perlu pasar/bazar Ramadan kerana orang-orang sesak dan proletariat dijamu dengan percum
a di Maidah Rahman. Ada Maidah Rahman yang menyediakan tempat khusus untuk Tolibul Ilmi.

'Maidah Rahman Mengalu-alukan tetamu Ramadan'

Khemah Maidah Rahman didirikan juga sejak 'Malang Sepu' lagi. Maidah Rahman biasanya dianjurkan oleh kelas atasan, duktur-duktur atau mohandes-mohandes. Antara yang terkenal dianjurkan oleh seorang bekas penari gelek popular.

Kata Sheikh Khalid:

"Kadang-kadang, orang yang menganjur Maidah Rahman sangka, dengan memberi makan orang-orang susah boleh ampunkan dosa. Sedangkan jalan untuk keampunan ialah dengan bertaubat. Jamulah sebanyak mana tapi kalau tidak bertaubat tak ada apa juga."

Kadang-kadang, orang Kristen pun masuk Maidah Rahman juga. Maklumlah namanya pun Maidah Rahman bukan Maidah Rahim...

* * *



Pasar/bazar Ramadan memang tidak ada. Tapi gerai-gerai minuman seperti ini banyak sekali. Menjual jus tamr hind (asam jawa) dan subia (minuman campuran tepung dan kelapa). Jarang-jarang sekali ada jus oren atau 'irq sous (likoris). Gerai ini paling sibuk paling laku. Entah kenapa.

* * *

Kanafeh & Atayef

Dua makanan ini boleh saja ditemukan pada hari-hari biasa tetapi adalah simbol Ramadan. Antara tanda-tanda lain Ramadan makin hampir jika anak bulan tidak kelihatan ialah mesin-mesin seperti ini mula berputar.


Kanafeh ialah manisan Arab yang serupa dengan bihun. Kanafeh dibikin dengan menitiskan tepung cair ke atas piring besar berputar yang panas. Maka ia akan mengering menjadi bebenang panjang seakan bihun.


Atayef menggunakan adunan yang sama dengan kenafa. Sedap dimakan dengan madu hitam (gula hangus). Adapun orang tempatan lebih suka memasukkan kacang, kismis, kelapa di tengah sebagai inti. Ditutup (kelim) kemudian digoreng (deep fry). Kemudian dicelup di dalam air gula.


Ada orang kata, atayef ialah susur galur kepada kuih ketayap di tanah air...

Allahua'lam.

* * *

Kun Rabbaniyyan wa la takun Ramadhaniyyan.
Kullu 'Am wa antom bi kheir.
Taqabbalallah minna wa minkum.

Friday, September 26, 2008

Madfaa Ramadan

Bangun! Bangun~!
Tak bangun sudah~
Sapa tak bangun,
Haram jadah!

Itulah gendang so' atau gendang sahur menurut ceritera abah. Mengejutkan orang-orang kampung bangun sahur. Macam Alboab di kampung-kampung Siwa.


* * *

Awal-awal duduk di Mesir dulu, aku pelik menengok sesetengah pasaraya dihiasi dengan beberapa pucuk meriam selain fanoos yang tergantung-gantung di kala Ramadan. Tengah-tengah duduk di Mesir barulah tahu, meriam pun simbol/maskot untuk Ramadan juga di sini.


Kalau kalian ada televisyen dengan siaran tempatan atau cepat-cepat ke Maidah Rahman di Jalan Sheikh Aly Yousef, bolehlah tonton di TV begini,

"Fire!"

~Boom!!!~
"Allahu Akbar, Allahu Akbar~"

Letupan meriam dijadikan tanda telah tiba waktu berbuka. Waktu menumpang di Sabie' dulu, agaknya memang boleh dengar bunyi meriam yang sebenar kerana banyak kem tentera di keliling.


* * *

Konon mengikut cerita, budaya megumumkan waktu berbuka dengan meriam bermula sejak tahun 859 lagi, tahun hijrah. Bila pemerintah Mesir ketika itu 'bermain-main' dengan meriam barunya. Meriam itu tiba-tiba meletup secara tak sengaja. Ketika waktu senja di bulan Ramadan. Rakyat marhaen teruja dengan cara baru wali mereka mengumumkan waktu berbuka. Anak gadisnya pun menggesa bapaknya meneruskan tradisi itu dan meriam itu pun digelar orang, 'Haja Fatma' sempena nama anak gadisnya.


Cerita lain pula ialah ketika Muhammad Ali Pasha hendak mencuba meriam baru yang dibeli dari Jerman. Hairan, entah kenapa suka sangant menguji senjata dekat-dekat waktu berbuka. Maka, tradisi menembak meriam ketika berbuka dan bersahur pun bermulalah.

Datang sekarang, Haja Fatma masih ada di Kubu Salahuddin. Cuma sejak tahun 90an selalu dipindahkan ke Taman Darrasa pada malam mencerap anak bulan.

* * *

Teringat pula kisah merepek zaman kanak-kanak. Konon ketika zaman Francis Light memegang Pulau Pinang, Sultan Kedah cuba merampas kembali pulau itu. Apakala tentera sultan mara (melalui laut), Francis Light memerintahkan orang-orang Keling berbaris di sepanjang pantai menungging buntut mereka. Tentera s
ultan pun lari berpatah balik kerana takut dengan banyaknnya 'meriam' milik Francis Light...

Akhirnya barulah tahu rupa Lela Rentaka, meriam Melayu lama.

Wednesday, September 24, 2008

Tukang Potret Cilik II

Sendiri mengaku sedang berak.
Untuk hasil beraknya yang lain boleh tengok sini.


'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XVIII

Tuesday, September 23, 2008

Wahawi ya Wahawi

Wahawi ya Wahawi…
Iyuha…
Ruht ya Sha’ban…

Wi Gheet ya Ramadan…
Iyuha…
Bint el Sultan…

Labsa el Guftan…
Iyuha…
Yalla ya Ghaffar…
Iduna el Idiya..
Yalla ya Ghafar.

Khabarnya, persis Halloween atau Christmas Carol, anak-anak kecil akan setiap satu akan menghayun fanoos ditangan masing-masing, menyanyi-nyanyi lagu di atas dari rumah ke rumah.

Kata-kata wahawi ya wahawi membawa maksud cahaya api (light of fire) dan dikhabarkan menjadi metafora kepada ayat 35 surah An-Nur: 'Allah yang menerangi langit dan bumi...hingga akhir ayat.'

Adapun, fawanees yang pada mata kita seperti tanglung Cina itu sebenarnya ditiru reka bentuknya daripada kandil atau mishkat (lampu) masjid.

Menurut yang empunya ceritera, sebermulabudaya fanoos ialah apakala Khalifah Fatimiyyah, Al-Hakim bi Amr Illah yang mahu menerangi seluruh jalanan Kaherah pada malam-malam Ramadan telah memerintahkan semua sheikh-sheikh masjid supaya menggantung fawaness yang dinyalakan dengan lilin.

Riwayat yang lain pula berkata, Al-Hakim Bi Amr Illah tidak membenarkan wanita keluar dari rumah. Malah kononnya memerintahkan agar tukang kasut tidak membuat kasut untuk wanita. Melainkan Ramadan, wanita dibenarkan keluar dengan syarat ditemani budak-budak lelaki yang akan membawa tanglung tembaga sebagai isyarat kepada kaum lelaki supaya ke tepi kerana ada akhawat nak lalu.

Ada juga riwayat yang membarikan asalnya sejak zaman firaun laknatullah. Di mana mereka menyambut pesta cahaya sempena terbitnya bintang Sirus selama lima malam. Mereka akan berjalan-jalan di jalanan membawa jamung. Selama lima malam mereka bergilir-gilir menyambut hari lahir Osiris, Horus, Isis, Seth dan Nephtys.

Kemudian budaya itu dibawa masuk ke dalam Kristen Koptik yang mana mereka belarak dengan lilin beraneka rona pada Hari Natal. Setiap orang pula beradu antara satu dengan lain, lilin siapa paling cantik dan mahal. Sehingga sampai masa, orang-orang tidak mampu lagi membeli lilin dan budaya itu hampir mati.

Apakala ramai orang Masihi kembali kepada Islam, memori terhadap lilin itu tidak lenyap tetapi diganti dengan lampu daripada tin-tin terpakai yag murah. Budaya itu pun hidup kembali, tetapi kali ini untuk Ramadan...

Fanoos datang dari kalimat Yunani Phanos yang bermaksud 'beeswax candle.'

* * *

Al Hakim Bi Amr Illah ialah khalifah aneh dalam sejarah. Membuat undang-undang pelik seperti melarang memakan molokhia, gargir dan anggur serta bermain catur. Melarang nelayan menangkap dan menjual ikan tanpa sisik dan melarang marhaen membeli serta memakannya. Membuat peraturan untuk wanita seperti di atas.
Bertanggungjawab memusnahkan Gereja Makam Suci di Jerusalem. Kononnya pernah berkomplot untuk mencuri jasad Nabi, Umar dan Uthman. Pun, kisah ini diragui kerana mungkin diada-adakan musuhnya seperti larangan membuat kasut wanita yang sebenarnya kerana catuan bahan kulit untuk persediaan perang. Paling aneh, beliau dianggap oleh pengikut agama sesat Druze sebagai tuhan dan bakal bangkit sebagai Mahdi nanti. Beliau 'hilang' pada umur 25 tahun setelah menaiki keldai ke Bukit Mokattam tanpa pengawal. Keldai beliau ditemui berhampiran sebuah perigi berlumuran darah.

Friday, September 19, 2008

Pantai yang Ajaib

Macam tajuk cerita Doraemon.

Selamat datang ke Agiba Beach.
Pantai yang konon lautnya boleh bertukar rona. Menjadi tujuh rona berlapis-lapis.
Adapun, perubahan rona didakwa berlaku ketika waktu senja dan kerana itu balaisah tersedia macam yang dibarikan dulu.
Pun, jangan terlalu mengharap. Tujuh warna itu bukanlah warna-warna pelangi. Kalau mau warna pelangi, pergilah Yellowstone Park sana. Adapun, warna-warna yang tujuh itu hanyalah warna-warna

air laut
,
cahaya matahari,
rumpai laut,

pasir, bayang bukit, kawasan air yang dalam (jurang), lumut di batu.
(sumber: Affan Ishere)

Atau sekadar tujuh ton warna biru laut yang berbeda sebenarnya.


Lamun, kami tunggu punya tunggu. Warna tak tukar-tukar. Mungkin sebab kami lambat naik ke atas. Lama sangat main di bawah...

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XVII

Thursday, September 18, 2008

Fanoos Fawanes


Sejak 'Malang Sepu', kawasan-kawasan seperti Sayeda Zeinab, Bab Zuwayla, Bab Shaareya, Muhemmat Nadi Sikkah dan Akhir Mahattah Haiyyu Sabie' dipasang khemah-khemah untuk menjual fanoos.

Fanoos ialah lampu-lampu yang pada kita di timur jauh ini lebih dekat kepada tanglung. Tidak seperti lampu-lampu asia barat yang biasa dinyalakan dengan minyak, fanoos dinyalakan dengan lilin secara tradisi. Zaman ini sudah tentulah pakai mentol!

Fanoos datang dalam berbagai bentuk, saiz dan warna.

Ini dikatakan bentuk fanoos yang asal atau paling tradisional.

Bentuk yang macam roket/kapal angkasa pun banyak/biasa.

Tentang saiz pula, ada yang lebih tinggi daripada seorang lelaki dewasa. Biasanya dibeli oleh kedai-kedai berprestij atau pejabat-pejabat kerjaan dan diletak di atas lantai, tidak digantung.

Tempat pengeluaran utama fanoos ialah di Bab Zuwayla. Ia dibikin daripada logam-logam (tin) terpakai. Bahagian kacanya (tainted glass) pula dihantar kepada tukang kaca untuk dibentuk kemudian kepada pandai khat untuk dihias dengan ayat-ayat Quran atau corak geometri timur tengah.

Menurut seorang pemngeluar fanoos yang ditemuramah Al-Jazeera, fanoos mula dibikin lapan hingga enam bulan sebelum Ramadan mengikut tempahan. Katanya lagi, zaman ini banyak fanoos moden keluaran China yang dibuat dengan plastik mengancam pengeluaran mereka. Walaupun boleh mengeluarkan muzik dan sebagainya, fanoos tradisi tempatan tidak akan kalah. Lagi katanya, fanoos di seluruh dunia Arab semuanya datang dari Mesir.

Fanoos kecil berwarna emas berharga lima genih dan yang besar sedikit di sebelahnya berharga sepuluh genih. Jadi yang besar gedabak itu agak-agak sajalah harganya. Tentu gedabak juga. Sejak harga barangan naik, harga fanoos pun sama. Dulu yang kecil itu tiga genih sahaja.

Kadang-kadang, demi melariskan fanoos, hiasan dibuat daripada gambar-gambar tokoh terkemuka. Contohnya, yang ini ada muka Sheikh Mutawalli Sya'rawi.

Bagaikan wajib, fanoos sememangnya dibeli dan habis di pasaran. Biasanya, setiap keluarga akan membeli fanoos yang baru setiap tahun. Tak tahulah apa kedudukan fanoos dari segi hukum. Kalaulah wujud fanoos di Malaysia, agaknya bising salafi-salafi. Pun, fanoos menunjukkan betapa bersungguhnya bangsa Mesir menyambut dan menghargai Ramadan. Terasa ada sesuatu yang bakal datang dan hidupnya Ramadan berbanding orang Melayu yang tujuh likur baru nak cucuh pelita...

Tuesday, September 16, 2008

Balaisah

Berpindah lokasi. Di sini orang-orang menunggu sampai Maghrib. Menanti sesuatu. Jadi ada surau.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XVI

Monday, September 15, 2008

Tugu-tugu Allah di Bahariyya XIII

Malam memanglah kelemahan aku yang sedia tahu. Kalau ada gambar-gambar yang kabur, anggaplah itu dari alam mimpi.

Saat sebahagian orang mahu tidur itu, bulan pun mulailah terbit.

Bulan terbit segalah. Hasil meneman orang kencing. Barulah tahu rahsia memukul gambar malam ialah dengan menutup flash tapi kamera harus dipastikan pegun.

Cubaan memukul gambar bintang-bintang.
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Anak-anak gadis masih ramai yang tidak tidur, hingar bermain 'Mafia and Villager'. Seorang dua musyrif turut serta setelah dijemput main bersama.

Anak-anak gadis yang siqah melihat sahaja di tepi. Memantau?

Para pemandu juga, masih belum tidur. Berborak-borak sambil mencicip kopi Arab dari cawan-cawan halus. Encik Emad tiba-tiba menerima panggilan telefon di tengah gurun itu. Dzul tanya guna khidmat talian mana? Encik Emad kata Mobinil. Katanya lagi, Mobinil syarikat besar, telan Vodafone. Vodafone pula telan Etisalat, syarikat baru.

Merah putih bintang dua belas.


Bulan hampir tegak di atas kepala. Encik Emad berkata kalian bernasib baik. Cuaca malam ini bagus. Dua tiga hari lepas ribut dan berkabut.

Sunday, September 14, 2008

Miscellaneous di Pantai (Cinta) Cleopatra

Aku fokuskan pada adik-adik bertudung yang bermain air. Aku tak ada gambar yang lebih baik. Tapi ada pengalaman yang cukup baik. Seorang makcik bermain air dengan anak-anak dengan jubahnya dan tudung labuhnya basah kuyup. Seorang nenek mandi-manda dengan lakinya tanpa menukar pakaian mandi. Paling hebat. Seorang kakak berendam dalam laut sampai paras leher dengan niqab masih menutup muka.

Mungkin. Hanya mungkin. Melayu muslim tipikal akan berkata,
"Allah, Allah, kalau dah berjubah, bertudung tu, buatlah cara berjubah bertudung."

atau
"Akhawat nak mandi pantai jugak ke?"

atau
"Agaknya macam mana akhawat nak mandi pantai?"
Mungkin. Juga mungkin. Muslimah Melayu tipikal bakal berkata,
"Kami tak nak/tak boleh/tak payah mandi pantailah (sebab kami pakai macam ini)."


Tapi bagi bangsa Mesir, jubah panjang, tudung labuh, niqab tidak menjadi penghalang. Tidak menjadi sempadan untuk berseronok, berlibur, berhibur. Macam Roqaya Al-Gassra. Pecut dalam hijabnya. Tidak menjadikan mereka 'All work and no play makes Jack a dull boy.'

Di bawah panas terik mentari, dengan latar persis gurun, musyrifeen yang sudah muak datang ke situ menunggu sahaja peserta yang masih teruja. Tapi payung kecil di hujung atas kanan langsung membuktikan latarnya pantai.

Ketua musyrif berlakon-lakon menjadi pemandu. Pun, takut-takut kalau pemandu tahu. Nanti marah. Ust Marzuki? Bermuka kelat mengenangkan sikap sial pemandu (yg sebenar).

Nah, kami tinggalkan Cleopatra dengan cinta-cintanya di situ juga.

'Mesra' Matrouh: Jangan Berbohong di Depan Laut! XV

Thursday, September 11, 2008

Lama tak jumpa. Kamaruddin kembali.

Anda dinasihatkan untuk membaca catatan ini sambil diiringi nyanyian lagu 'Ramadan Gana'.

Sejak 'Malang Sepu' lagi, mereka sudah dirikan khemah begini di Sayeda Zeinab.

Untuk marhaen membeli bahan-bahan makanan tradisi khas untuk Ramadan.

Buah-buah kering, Zabib (kismis), Meshmesh (aprikot), Barquq (prune), Tin (ara)...

Kacang-kacang mewah, Bondok (hazelnut), Looz (badam), Ain Gamal (walnut), Fosdok (kacang cerdik)...

Ada juga Gooz Hind (kelapa) kering untuk buat kuih dan paling penting, bahan untuk minuman yang hanya muncul saat Ramadan, Qamaruddin. Pes aprikot kering...

...dan, di mana-mana bahagian dunia Islam pun tidak Ramadan tanpa Balah atau tepatnya Bala7 (kurma). Kurma kering lagi keras seperti butir batu sesuai untuk memekong anjing.

Semua tamar diisi dalam baldi kayu berasingan yang aku tak tahu apa beza antara satunya. Adalah jenis-jenisnya itu. Tapi kerasnya semua sama pada gigi aku.

Bukan di Sayeda sahaja ada begini. Tapi di mana-mana tanah kosong terbiar pun begini dan sejak 'Malang Sepu' juga kebanyakan kedai runcit atau kedai rempah mengalami transformasi begini. Ada khemah tambahan di luar dengan barang dagangan tambahan. Hanya untuk Ramadan.