Aku sudah karang seluruh kisah untuk siri Bahariyya tapi semua sudah lenyap bersama Windows yang di'tabal' semula. Jadi karangan yang baru ini mungkin sudah lain sedikit dan aku tidak menjanjikan sesuatu yang sarkastik, sinikal mahupun anekdot (???).
(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).
Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'
Pakcik Muhammad dengan gagah perkasa memanjat pacuan empat roda untuk mula menyediakan tempat penginapan.
Mereka menyusun pacuan empat roda membentuk lingkungan untuk dijadikan dewan.
Anak-anak perempuan di hadapan khemah masing-masing.
Api telah mula dihidupkan dan temasya malam pun bermula...
...dengan menanak nasi, memanggang ayam dan membakar kentang. Mamat menuntut kredit untuk teknik membakar kentang yang Dzul guna. Selepas itu ada acara menyanyi lagu negeri masing-masing dan permainan 'atom bomb'. Para musyrif tidak ketinggalan dipaksa membuat persembahan lagu Bangau oh Bangau.
Setelah semua hampir siap, semua berkumpul dalam 'dewan makan'. Seperti biasa meja para musyrif diasingkan untuk mengelakkan ikhtilat.
Hidangan utama yang biasa.
Hidangan sampingan tetapi kemuncak yang luar biasa.
Lepas pulang, semua menyesal tak makan kambing panggang yang anak-anak perempuan tak habis. Semua menolak malam itu sebab memikirkan masa depan. Takut nak melepas!
Seperti kata orang tua-tua yang berbunyi," Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati," maka selepas makan pakcik-pakcik pemandu diminta membuat persembahan lagu-lagu rakyat Badwi. Tapi semuanya malu-malu memandangkan anak-anak perempuan yang ada warak lagi siqah belaka. Akhirnya Pakcik Abdullah seorang yang menyanyi dan lain bertepuk. Tapi Dzul dan Ime dipaksa menari oleh Encik Emad.
Menurut kata orang tua-tua yang lain pula yang berbunyi, "Gendang gendut tali kendur, kenyang perut mahu tidur," maka selepas itu kebaynakan orang pun tidur...

No comments:
Post a Comment