Friday, September 26, 2008

Madfaa Ramadan

Bangun! Bangun~!
Tak bangun sudah~
Sapa tak bangun,
Haram jadah!

Itulah gendang so' atau gendang sahur menurut ceritera abah. Mengejutkan orang-orang kampung bangun sahur. Macam Alboab di kampung-kampung Siwa.


* * *

Awal-awal duduk di Mesir dulu, aku pelik menengok sesetengah pasaraya dihiasi dengan beberapa pucuk meriam selain fanoos yang tergantung-gantung di kala Ramadan. Tengah-tengah duduk di Mesir barulah tahu, meriam pun simbol/maskot untuk Ramadan juga di sini.


Kalau kalian ada televisyen dengan siaran tempatan atau cepat-cepat ke Maidah Rahman di Jalan Sheikh Aly Yousef, bolehlah tonton di TV begini,

"Fire!"

~Boom!!!~
"Allahu Akbar, Allahu Akbar~"

Letupan meriam dijadikan tanda telah tiba waktu berbuka. Waktu menumpang di Sabie' dulu, agaknya memang boleh dengar bunyi meriam yang sebenar kerana banyak kem tentera di keliling.


* * *

Konon mengikut cerita, budaya megumumkan waktu berbuka dengan meriam bermula sejak tahun 859 lagi, tahun hijrah. Bila pemerintah Mesir ketika itu 'bermain-main' dengan meriam barunya. Meriam itu tiba-tiba meletup secara tak sengaja. Ketika waktu senja di bulan Ramadan. Rakyat marhaen teruja dengan cara baru wali mereka mengumumkan waktu berbuka. Anak gadisnya pun menggesa bapaknya meneruskan tradisi itu dan meriam itu pun digelar orang, 'Haja Fatma' sempena nama anak gadisnya.


Cerita lain pula ialah ketika Muhammad Ali Pasha hendak mencuba meriam baru yang dibeli dari Jerman. Hairan, entah kenapa suka sangant menguji senjata dekat-dekat waktu berbuka. Maka, tradisi menembak meriam ketika berbuka dan bersahur pun bermulalah.

Datang sekarang, Haja Fatma masih ada di Kubu Salahuddin. Cuma sejak tahun 90an selalu dipindahkan ke Taman Darrasa pada malam mencerap anak bulan.

* * *

Teringat pula kisah merepek zaman kanak-kanak. Konon ketika zaman Francis Light memegang Pulau Pinang, Sultan Kedah cuba merampas kembali pulau itu. Apakala tentera sultan mara (melalui laut), Francis Light memerintahkan orang-orang Keling berbaris di sepanjang pantai menungging buntut mereka. Tentera s
ultan pun lari berpatah balik kerana takut dengan banyaknnya 'meriam' milik Francis Light...

Akhirnya barulah tahu rupa Lela Rentaka, meriam Melayu lama.

No comments: