Thursday, September 18, 2008

Fanoos Fawanes


Sejak 'Malang Sepu', kawasan-kawasan seperti Sayeda Zeinab, Bab Zuwayla, Bab Shaareya, Muhemmat Nadi Sikkah dan Akhir Mahattah Haiyyu Sabie' dipasang khemah-khemah untuk menjual fanoos.

Fanoos ialah lampu-lampu yang pada kita di timur jauh ini lebih dekat kepada tanglung. Tidak seperti lampu-lampu asia barat yang biasa dinyalakan dengan minyak, fanoos dinyalakan dengan lilin secara tradisi. Zaman ini sudah tentulah pakai mentol!

Fanoos datang dalam berbagai bentuk, saiz dan warna.

Ini dikatakan bentuk fanoos yang asal atau paling tradisional.

Bentuk yang macam roket/kapal angkasa pun banyak/biasa.

Tentang saiz pula, ada yang lebih tinggi daripada seorang lelaki dewasa. Biasanya dibeli oleh kedai-kedai berprestij atau pejabat-pejabat kerjaan dan diletak di atas lantai, tidak digantung.

Tempat pengeluaran utama fanoos ialah di Bab Zuwayla. Ia dibikin daripada logam-logam (tin) terpakai. Bahagian kacanya (tainted glass) pula dihantar kepada tukang kaca untuk dibentuk kemudian kepada pandai khat untuk dihias dengan ayat-ayat Quran atau corak geometri timur tengah.

Menurut seorang pemngeluar fanoos yang ditemuramah Al-Jazeera, fanoos mula dibikin lapan hingga enam bulan sebelum Ramadan mengikut tempahan. Katanya lagi, zaman ini banyak fanoos moden keluaran China yang dibuat dengan plastik mengancam pengeluaran mereka. Walaupun boleh mengeluarkan muzik dan sebagainya, fanoos tradisi tempatan tidak akan kalah. Lagi katanya, fanoos di seluruh dunia Arab semuanya datang dari Mesir.

Fanoos kecil berwarna emas berharga lima genih dan yang besar sedikit di sebelahnya berharga sepuluh genih. Jadi yang besar gedabak itu agak-agak sajalah harganya. Tentu gedabak juga. Sejak harga barangan naik, harga fanoos pun sama. Dulu yang kecil itu tiga genih sahaja.

Kadang-kadang, demi melariskan fanoos, hiasan dibuat daripada gambar-gambar tokoh terkemuka. Contohnya, yang ini ada muka Sheikh Mutawalli Sya'rawi.

Bagaikan wajib, fanoos sememangnya dibeli dan habis di pasaran. Biasanya, setiap keluarga akan membeli fanoos yang baru setiap tahun. Tak tahulah apa kedudukan fanoos dari segi hukum. Kalaulah wujud fanoos di Malaysia, agaknya bising salafi-salafi. Pun, fanoos menunjukkan betapa bersungguhnya bangsa Mesir menyambut dan menghargai Ramadan. Terasa ada sesuatu yang bakal datang dan hidupnya Ramadan berbanding orang Melayu yang tujuh likur baru nak cucuh pelita...

10 comments:

Jackster® said...

fanoo.. x pna ag bli kat sini, mcm mnarik hehe

kakibola85 said...

lawa gmba2..mmg blog bergmbar,sbgaimane yg di'warning'kn.

fanoo yg mcm roket tu elok kasi adiah kt DAP hihi

anak nah said...

Its fanooS not fanoo.

Jackster® said...

hehe silap2

muhammad nazrul syazwan bin kamarul ariffin said...

apsal dak melayu tak penah beli a?[ke dh ade beli?tp kalo takat yg 5 genih tu tak dikire la..maksud saye yg besar gabak tuh]beli la sketul sangkut kat depan umah..takpon beli yg besar letak kat tangge depan umah..

anak nah said...

Beli le sebijik thn depan waruk!

bebaskann said...

entri mengenai 'fanoos' adalah entri yang paling ditunggu-tunggu sekian lama dan menyebabkan saya tergerak untuk meninggalkan komen, walaupun sering juga bertandang ke sini, namun tak pernah nak mengomen, hanya menjadi silent reader sahaja..

syukran 3al info!

anak nah said...

Oh terima kaseh, tapi bebaskann ni siapa ya? Apa yang nak dibebaskan?

bebaskann said...

Ohh bebaskann ini hanyalah pendatang asing yang tidak dikenali tuan rumah , hanya menyukai isi yang terkandung di dalam blog tuan rumah..

:)

Bebaskan dari unsur-unsur yang bersifat lahanat.. :D

alqasam said...

Menarik.

Fannos, sungguh nostalgia. Biasa beli. Memang satu kemestian bulan Ramadhan bagi diri sendiri. Macam lagu raya dan eid bagi rakyat Malaysia, begitulah diqiaskan fannos dan Ramadhan.