Tuesday, September 23, 2008

Wahawi ya Wahawi

Wahawi ya Wahawi…
Iyuha…
Ruht ya Sha’ban…

Wi Gheet ya Ramadan…
Iyuha…
Bint el Sultan…

Labsa el Guftan…
Iyuha…
Yalla ya Ghaffar…
Iduna el Idiya..
Yalla ya Ghafar.

Khabarnya, persis Halloween atau Christmas Carol, anak-anak kecil akan setiap satu akan menghayun fanoos ditangan masing-masing, menyanyi-nyanyi lagu di atas dari rumah ke rumah.

Kata-kata wahawi ya wahawi membawa maksud cahaya api (light of fire) dan dikhabarkan menjadi metafora kepada ayat 35 surah An-Nur: 'Allah yang menerangi langit dan bumi...hingga akhir ayat.'

Adapun, fawanees yang pada mata kita seperti tanglung Cina itu sebenarnya ditiru reka bentuknya daripada kandil atau mishkat (lampu) masjid.

Menurut yang empunya ceritera, sebermulabudaya fanoos ialah apakala Khalifah Fatimiyyah, Al-Hakim bi Amr Illah yang mahu menerangi seluruh jalanan Kaherah pada malam-malam Ramadan telah memerintahkan semua sheikh-sheikh masjid supaya menggantung fawaness yang dinyalakan dengan lilin.

Riwayat yang lain pula berkata, Al-Hakim Bi Amr Illah tidak membenarkan wanita keluar dari rumah. Malah kononnya memerintahkan agar tukang kasut tidak membuat kasut untuk wanita. Melainkan Ramadan, wanita dibenarkan keluar dengan syarat ditemani budak-budak lelaki yang akan membawa tanglung tembaga sebagai isyarat kepada kaum lelaki supaya ke tepi kerana ada akhawat nak lalu.

Ada juga riwayat yang membarikan asalnya sejak zaman firaun laknatullah. Di mana mereka menyambut pesta cahaya sempena terbitnya bintang Sirus selama lima malam. Mereka akan berjalan-jalan di jalanan membawa jamung. Selama lima malam mereka bergilir-gilir menyambut hari lahir Osiris, Horus, Isis, Seth dan Nephtys.

Kemudian budaya itu dibawa masuk ke dalam Kristen Koptik yang mana mereka belarak dengan lilin beraneka rona pada Hari Natal. Setiap orang pula beradu antara satu dengan lain, lilin siapa paling cantik dan mahal. Sehingga sampai masa, orang-orang tidak mampu lagi membeli lilin dan budaya itu hampir mati.

Apakala ramai orang Masihi kembali kepada Islam, memori terhadap lilin itu tidak lenyap tetapi diganti dengan lampu daripada tin-tin terpakai yag murah. Budaya itu pun hidup kembali, tetapi kali ini untuk Ramadan...

Fanoos datang dari kalimat Yunani Phanos yang bermaksud 'beeswax candle.'

* * *

Al Hakim Bi Amr Illah ialah khalifah aneh dalam sejarah. Membuat undang-undang pelik seperti melarang memakan molokhia, gargir dan anggur serta bermain catur. Melarang nelayan menangkap dan menjual ikan tanpa sisik dan melarang marhaen membeli serta memakannya. Membuat peraturan untuk wanita seperti di atas.
Bertanggungjawab memusnahkan Gereja Makam Suci di Jerusalem. Kononnya pernah berkomplot untuk mencuri jasad Nabi, Umar dan Uthman. Pun, kisah ini diragui kerana mungkin diada-adakan musuhnya seperti larangan membuat kasut wanita yang sebenarnya kerana catuan bahan kulit untuk persediaan perang. Paling aneh, beliau dianggap oleh pengikut agama sesat Druze sebagai tuhan dan bakal bangkit sebagai Mahdi nanti. Beliau 'hilang' pada umur 25 tahun setelah menaiki keldai ke Bukit Mokattam tanpa pengawal. Keldai beliau ditemui berhampiran sebuah perigi berlumuran darah.

2 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

nak soh tukang buat kasut jgn jual kasut kat akhawat mesia gak r..biar derang takleh kuar malam2..keh2..

Amermeftah said...

Kuikuikui...