Monday, November 14, 2011

Stoa of Attalos

Di kejauhan Stoa of Attalos nampak macam bangunan sekolah.

Macam agora, aku pun ingat stoa ialah sejenis pasar jugak. Tapi lebih daripada itu. Stoa ialah serambi? anjung? Mudahnya stoa ialah laluan untuk pejalan kaki yang berbumbung dan banyak bertiang. Lebih kurang susur gajah begitu.

Stoa di Athens ini yang paling masyhur. Di bina oleh Raja Attalos II dari Pergamon sebagai hadiah untuk Athens yang menjadi tempat beliau mengaji menimba ilmu. Stoa yang berdiri sekarang ialah yang dibina semula pada tahun 50an mengikut pelan asal.

Stoa terbuka untuk awam. Tempat peniaga jual barang. Tempat anak seni pamer hasil seni. Tempat orang agama berjemaah. Biasanya stoa jugak mengandung bilik untuk pejabat pentadbiran atau kedai. Stoa Attalos ini misalnya ada 21 bilik pada dua tingkatnya. Sekarang semua dah jadi muzium.

Stoa ini juga menjadi tempat kelahiran falsafah Stoicism. Mendapat nama kerana tempat pertama pengikut fahaman ini berkumpul ialah di stoa ini. Menurut falsafah stoicism, sifat-sifat mazmumah lahir daripada pertimbangan yang salah. Orang yang mempunyai nilai murni yang tinggi akan terhindar dari emosi-emosi tersebut.

Anarki di Athina LIX

Sunday, November 13, 2011

EMRO


Sekali lagi aku mengikut rapat dan menjadi saksi obsesi Wamap. Kali ni dia obses dengan Kucing Mau Mesir. Famili Wamap memang penggemar kucing tegar. Sanggup habis lapan ratus untuk beli kucing. Siap orang pecah rumah curi kucing lagi.

Maka aku dengan semangat setiakawan pun turutlah Wamap sama-sama mendaki bukit Mokattam bonceng motor cabuknya itu. Bergegar-gegar motor Wamap panjat bukit lagi-lagi kena tangung aku yang besar gajah ni. Kalau orang mengandung maunya gugur dah. Cuak aku takut relai motor tengah jalan.

Ini kali kedua aku sampai Mokattam. Mokattam pada aku suatu wonder. Nun di atas bukit sana terpisah dengan dunia luar ada satu lagi bandar yang cukup lengkap dengan KFCnya, Pizza Hutnya, Kheir Zamannya. Tapi kalau tuan-puan yang rajin talaqqi dengan Sheikh Dr. Yusry Jabir al-Hasani mungkin dah biasa.

Dekat sinilah Wamap nak cari EMRO atau Egyptian Mau Rescue Organization yang dia jumpa dalam internet ketika memenuhi tuntutan obsesinya. EMRO ialah sebuah agensi bebas yang dibiaya oleh pihak persendirian atau derma dari korporat-korporat.

EMRO menawarkan khidmat veterinari selain memberi didikan kepada masyarakat agar lebih menyayangi kucing. Selain itu EMRO juga menerima kucing-kucing dari tuan yang sudah tak mampu atau tak mahu bela. Selain 'menyara' kucing-kucing jalanan sekitar Mokattam, EMRO juga menjadi agensi 'anak angkat' untuk sesiapa yang sudi menagmbil kucing-kucing Mau dari situ. Itulah niat Wamap datang ke sini.

EMRO pernah masuk dalam National Geography.

Vet dekat situ yang kasi tour.

Tempat tinggal kucing-kucing. Sofa disediakan untuk kucing cakar. Ini masa makan.

Terjegil.

Bilik bedah.

Kucing dalam wad, baru lepas kena operate.

Receptionist kat opis.

Kucing-kucing sayang Wamap.

Saturday, November 12, 2011

Masjid-e Imam

30 Tahun Revolusi Islami XLII

Maaflah Masjid Sultan Ahmed, rasanya Masjid Imam lagi layak panggil Masjid Biru.

Bila anda masuk ke dalam, anda akan disambut sebuah besen besar dari marmar yang diguna mengisi air limau untuk minuman jemaah Jumaat.

Paling takjub ialah ruang solat utama (sanctuary) yang mengandungi sistem akustik yang menarik. Setentang dengan mihrab di bawah kubah betul-betul di tengah ialah titik akustik terbaik. Jika anda kentut di situ boleh kedengaran seluruh masjid. Waktu kami pergi ada beberapa gadis Parsi menyanyi di situ.

Antara rahsia Masjid Imam (nama selepas revolusi) dapat dibina dalam masa yang singkat ialah jubin haft-rangi (adakah perkataan ranggi datang dari sini?) atau tujuh warna. Orang Parsi berjaya merevolusikan pembuatan jubin dengan teknik baru yang lebih cepat dan murah. Warna-warna yang terhasil ialah biru Parsi (tua), biru Turki (muda), putih, hitam, kuning, hijau dan bisque (warna lemak ketam muda).

Sikit saja yang aku dapat tulis tentang keanggunan Masjid Imam sebab kejelitaanya memang tidak tertulis tidak terkata.

Friday, November 11, 2011

Bercakap dengan Pakcik Paul


Aku berpeluang bercakap dengan Pakcik Paul. Pakcik Paul ialah wakil Socialist Workers Party di Amerika Syarikat. Dia menjaga gerai Parhfinder Press dekat Pesta Buku AUC tahun lepas. Pahtfinder Press ialah sayap penerbitan parti itu yang banyak menyokong Revolusi Cuba.

Mungkin sebab aku kidal jadi aku memang miring ke arah kiri walaupun di sini aku tak pulak bersama dengan puak-puak HALKI dalam PERUBATAN tapi lebih senang menjadi puak HALAT (haluan atas) atau HALBA (haluan bawah).

Aku memang tertarik dengan kitap-kitap tentang tokoh-tokoh yang tersandar di gerai itu mcm Ernesto Che Guevara, Haji Abdul Malik Chabazz atau Malcolm X. Jadi aku minggir dekat intai-intai apa yang sedap, intip-intip harga yang patut.

Tiba-tiba Pakcik Paul bertegur-sapa. Mula dengan sembang-sembang untuk memcahkan air batu sampailah Pakcik Paul mula menerangkan tentang visi dan misi dia orang. Dikaitkan dengan kebangkitan rakyat Mesir baru-baru itu. Dikisahkan tentang idea-idea Malcolm X walaupun langsung tak disebut tentang Islamnya. Banyak butir yang aku lupa sebenarnya.

Kemudian aku tanya, "Jadinya sama macam Michael Moore?" Pakcik Paul jawab sambil mencebik sikit dan mengangkat bahu, "Orang macam Michael Moore tu takkan betul-betul faham. Sebenarnya, dia tu termasuk dalam kelas menengah. Dia tu professional macam doktor, peguam, jurutera. Kami memperjuangkan kaum pekerja macam makcik cleaner, pemandu bas, pekerja kilang, peladang." Aku pun fikir, amboi puak ni memang teras keras rupanya.

Aku macam dah nak beralih tapi Pakcik Paul masih macam taknak lepaskan aku. Diunjukkan buku-buku oleh mursyidul am dia orang Jack Barnes yang membincangkan kegagalan kapitalisme yang menunggu masa matinya saja. Harganya mahal juga. Kemudian ditawarkan pula langganan The Militant, lidah rasmi Socialist Worker's Party, tanpa bayaran pos.

Kemudian aku baru teringat, walaupun Pakcik Paul sosialis tegar tapi dia masih sedang cuba memasarkan buku-buku dia dekat aku. Boleh tak aku pakai perkataan ironi kat sini. Seorang sosialis yang bergantung kepada market juga.

Tapi kalau tengok The Militant, banyak didedahkan kebangkitan rakyat Amerika yang tak masuk dalam media arus perdana yang jauh lebih awal daripada Occupy Wall Street. Jadi aku rasa puak ni memang teras keras habislah.

Thursday, November 10, 2011

Nilometer 861M

Tahun lima ialah kali kedua aku lulus periksa tanpa durr tani. Aku mintak izin mak bapak untuk tak balik cuti. Lepas advencer Yunani aku jalan-jalan lagi dengan I. K. Tan menyusuri sungai Nil ke selatan di penghujung Pulau Roda. Tak tahu pulak kena bayar tiket lapan genih untuk masuk Nilometer ni ...

Sebagai meneruskan tradisi sejak zaman Firaun, Khalifah al-Mutawakkil memerintahkan Nilometer atau Miqyas el-Nil dibina. Arkiteknya ialah seorang ahli falak dari Turkestan bernama Abu'l 'Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farqhani atau Alfaragnus di Barat.

Nilometer digunakan untuk mengukur banjir musim panas tahunan Mesir setiap Jun hingga September. Banjir ini yang sudah maklum meninggalkan mendakan lumpur pada lembah Nil. Maka semakin besar banjir semakin banyak mendakan semakin subur tanah semakin banyak hasil. Dari sinilah cukai dan ufti tahunan dikira.

Miqyas el-Nil terdiri daripada sebuah 'perigi' besar yang ditengahnya 'tersangkut' sebatang tiang. Pada tiang itu ada senggatan lebih kurang setengah meter setiap senggat. Banjir yang palig ideal adalah pada ukuran senggatan ke 16. Terkurang maka mungkin jadi kemarau dan kebuluran. Terlebih maka mungkin jadi kemusnahan.

Setiap tahun, jika cukup 16 senggatan upacara Fath al-Khalij atau The Opening of Canal, sebuah pesta gilang-gemilang akan diadakan beberapa hari yang dihadiri khalifah, sultan dan pasha. Sungai nil dipenuhi dengan perahu sampan berhias. Empangan tanah yang menutup Khalij (akueduk) akan dipecahkan dan akan mengairkan Kota Kaherah.

Sebelum hari yang dijangka banjir, mereka akan lumurkan tiang Nilometer dengan kasturi dan kunyit (zaafaran), sebuah khurafat dengan harapan mendapat banjir yang ideal. Jika tidak cukup bacaan, pesta akan diganti dengan puasa dan solat istisqa'.

Bangunan luar Nilometer berbentuk kon, seperti kebiasaan senibin bentuk kon, berasal daripada zaman Osmaniyyah. Hiasan pada silingnya yang kilau-kemilau berasal dari zaman Muhammad Ali Pasha. Pada dinding-dindingnya terukir dengan khat kufi ayat-ayat,

"And We send down from the sky blessed water whereby We give growth unto gardens and the grain of crops,"
(50:9)

"Seest thou not how Allah sendeth down water from the sky and then the earth becometh green upon the morrow? Lo! Allah is Subtile, Aware."
(22:62)

atas perintah Ahmad Ibn Tulun menggantikan ukiran kelolaan Khalifah al-Mutawakkil sebagai menunjukkan kemerdekaannya daripada Khilafah Abbasiyyah. Selepas Empangan Aswan dibina. Banjir pun tidak terjadi. Nilometer pun hilang fungsi ...

Wednesday, November 09, 2011

SAOOTDAH 1432H

Sambutan Aidiladha Orang-orang Tua di Abbasiyyah 1432H
Gua tak amek claim nama program. Ijut buat in memory of Waruk yang beraya kat kampung dengan istri.

Dengan musabah Effy dan Apes korban unta.
Gua kesal sampai lambat. Tak sempat merasa Kek Batik Radwanska.

Bila gua tengok nasik ni terus teringat doktor dan makcik dalam dewan exam,
"Kollo wara2 ma2lub! Kollo wara2 ma2lub!"

Sesi lepas asar ada pengisian dengan permainan tempek dahi macam dalam Inglorious Basterds. Ambe sayu dan pilu bila semua orang ketawa tengok siapa yang dia kena teka atas dahi dia.

Sesi lepas maghrib ada modul Running Man.
Dari soalan Tikus Membaiki Labu ...

... dah tukar sampai jadi Timun Membaiki Labu.

Running Men berdebar-debar menunggu mission daripada para PD yang penuh dedikasi.

Akhirnya, lepas beberapa kali malaikat lalu, semua pun sengap sebab dah penat mengilai. Habis mati hati malam-malam raya. Tapi gua gembira sebab lepas jugak rindu dengar Faiz mengilai. Macam tim bola pulak adabola kat tengah.

Tuesday, November 08, 2011

İstiklal Caddesi

Mengadap Sultan Setambul XLIII

Kalau hujung minggu ada dalam tiga juta pengunjung. Apa?! 3 juta?!

Tempat seniman jalanan cari makan. Aku suka betul dengar mamat tengah tu ketuk kanun.

Mesej awek dari dalam kedai Jeans Mavi. Komitmen beb ...

Gua nak try buat effect tapi tak jadi.

Kedai coklat bersejarah. Banyak benar masuk paper, tapi kami sekeping pun tak beli, mahal benar nampak harga.


Kami pun tiba ke tujuan utama, Istiklal Avenue. Semua pun teruja nak menengok bagaimana rupa jalan yang dianggap orang sebagai sebuah 'open mall'. Banyaklah kedai-kedai di sini macam butik-butik baju, kedai kasut, kedai buku, kedai alat muzik, kedai makan. Tapi kedai-kedai di sini memang untuk orang kelas tinggi. Tak tercapai dek kami. Boleh kata, tiga juta orang jugalah yang datang ke sini kalau hari-hari minggu.

Zaman Osmaniyyah dulu jalan ni dipanggil Cadde-i-Kebir (Grand Avenue) yang menjadi tempat lepak golongan cerdik pandai serta menjadi tempat tinggal orang-orang luar terutamanya dari Eropah. Sebab itu di keliling jalan ini banyak bangunan klasik yang memberikannya gelaran Paris of the East. Ada juga beberapa kemudahan-kemudahan yang menunjukkan kewujudan orang luar seperti sekolah tinggi kedua tertua di Istanbul, gereja katolik, gereja ortodoks dan sinagog. Di celah-celah kawasan ni juga letaknya kedutaan beberapa negara Eropah.

Maka bermulalah intermission untuk siri Turki ...

Monday, November 07, 2011

Eid Eve


Walaupun gua tak pasti apa yang berlaku dalam gambar ni, tapi program ni kalau tak silap dipanggil BBQ Takbiratul Adha.

Sunday, November 06, 2011

Ancient Agora of Athens


Dulu aku ingat agora ni pasar. Rupanya agora ialah tempat perkumpulan masyarakat. Sebab orang Yunani purba tak ada masjid, maka mereka membuat tempat khas yakni agora untuk berhimpun. Semua lelaki merdeka akan berkumpul di situ untuk mendengar kenyataan kerajaan, pembentangan peraturan baru atau menjalankan tugasan tentera.

Bila masa berlalu, timbul kegiatan perniagaan mengambil peluang perkumpulan masyarakat di situ. Lama lagi masa berlalu, masyarakat mula tinggal di situ. Banyak monumen di sini yang aku tak mampu nak ceritakan semuanya. Kerana keadaan masing-masing yang dah uzur dan tak nampak rupa. Padahal, aku lebih banyak kepada dah lupa sebab dah lama sangat tinggal. Dalam agora ni ada pasar, istana, kuil, mahkamah dan tempat cetak (tempa) duit.

Patung yang di atas tu ialah patung seekor gergasi (gigantes). Gergasi dalam mitos Yunani biasanya digambarkan mempunyai kaki serupa ular dan semuanya masih ada six-pack walaupun muka nampak dah tua berjanggut.

Ada sebuah filem menarik bertajuk Agora yang menceritakan tentang kehidupan seorang ahli falsafah wanita Yuanani purba bernama Hypatia. Kematian Hypatia dianggap sebagai pengakhiran era klasik. Dalam filem ini juga digambarkan sikap masyarakat Kristen awal yang berlatarbelakangkan Iskandariah, Mesir sekitar kurun keenam.

Anarki di Athina LVIII

Thursday, November 03, 2011

Maher Zeng


Bila aku pakai flat cap begini, dua tiga orang juga kata, macam Maher Zain. Tuan-puan, sumpah aku tak tiru dia. Sebelum lagu-lagu Maher Zain masuk ke lubang telinga tuan-puan lagi aku dah mula pakai topi ni. Tapi apa nak buat, herd mentality masyarakat Melayu. Tunggulah aku pakai trilby atau fedora nanti, orang kata macam Irfan Makki pula.

Aku memang retrophillic dan aku rasa aku agak anachronistic. Jadi aku suka nak hidupkan balik budaya pakai topi yang dah nak pupus. Zaman hari tu, topi ialah pakaian yang wajib macam pakai stokin bila pakai kasut. Siap ada ruling dalam Parlimen untuk pakai topi.

Kemudian bila datang revolusi industri lagi berhajat pada topi untuk lindung kepala dari habuk dan debu. Lagipun musim-musim sejuk ni, lebih-lebih lagi kena pakai topi sebab banyak haba badan bebas ikut kepala. Tapi tu semua mitos Melayu saja, ahahaha.

Tahukah tuan-puan, pakai topi ini ada etikanya. Topi mesti dibuka dalam bangunan atau mana-mana tempat berbumbung. Tapi kalau dalam lobi, lif dimaafkan. Topi mesti dibuka sebagai tanda hormat. Bila nak bercakap dengan orang tua/besar, di kaunter imigresen/tiket misalnya atau bila melawat orang sakit/mati.

Tak kurang juga, mula-mula aku pakai pun orang asyik kata nak pergi main golf. Tapi kalau tanya aku, aku pakai topi begini sebab ia lambang kaum pekerja, kaum buruh, kaum makan gaji, kaum proletariat. Memang tak nafi kaum borjuis memang pakai buat main golf. Jadi kata orang topi macam ini 'classless' dan di situlah terletak kekuatannya.

Atau mungkin aku pakai topi sebab aku dah nak botak, macam Maher Zain jugak. Tapi tak apa jugak orang kaitkan dengan Maher Zain. Jangan Zain yang lagi satu tu sudahlah. Anuar Zain.

Sunday, October 30, 2011

Masjed-e Shah


30 Tahun Revolusi Islami XLI

Lupa nak cakap, medan ini dan isinya adalah kemuncak kepada kami di Iran.

Senibina masjid Iran yang khusus, pintu gerbang yang disematkan padanya dua menara.

Bila tengok pintu gerbang masjid ni nampak macam lebih kurang saja sama. Apakan daya dah memang itu saja senibinanya. Sudah mula sikit-sikit bosan. Tapi kalau perhati dengan perinci akan perasan lebih halus riasnya.

Muqarnas sarang lebah.

Macam Nabi bila baru masuk Madinah terus bina masjid begitulah juga Shah Abbas membina masjid selepas menjadikan Esfahan ibukota yang baru. Di bawah kelolaan arkitek Ostad Shaykh Bahai, masjid ini bakal menggantikan Jameh Masjed yang sudah uzur untuk menampung solat Jumaat.

Iwan yang paling popular. Pernah jadi cover LonelyPlanet.

Shah Abbas mahu membina sebuah masjid yang gah yang agung tapi baginda mahu ia siap dalam hayat hidupnya. Maka banyaklah jalan pintas yang diambil dalam pembinaan. Sampai satu masa seorang arkitek Abul Qasim memberi amaran tentang kelemahan tapak asas masjid tapi Shah tak peduli.

Akhirnya, dengan kemahiran pakar khat Reza Abbasi, kerja-kerja sentuhan terakhir masjid siap beberapa bulan sebelum Shah Abbas mangkat. Namun, lebih kurang 40 tahun kemudian amaran itu terbukti bila Masjid Shah terpaksa menjalani kerja baik pulih besar-besaran.

Keunikan orang Iran ialah kegemaran dan kerajinan mereka mencorakkan kubah luar dan dalam dengan teliti penuh dengan jubin.

Masjid ini masih menggunakan pelan empat iwan yang diasakan oleh Turki Seljuk serta menampung kubah yang terbesar di bandar ini dengan ketinggian 171 kaki. Padahal kedua-dua iwan dan kubah merupakan ciri-ciri senibina asal Parsi sejak zaman pra-Islam lagi.

Pintu masuk yang nyata senget dengan paksi masjid.

Apa yang menarik tentang masjid ini ialah kedudukannya relatif dengan Medan Naqsh-e Jahan. Kalau tuan-tuan masuk masjid, tuan-tuan akan membelok sedikit baru betul dengan kiblat. Ostad Shaykh Bahai sengaja merancang supaya medan itu tidak selari dengan kiblat.

Kubah terbesar di Esfahan tapi pelik dan sayang tak diiktiraf dan direkodkan.

Jika selari, maka sudah tentu kubahnya takkan dapat dinikmati oleh pandangan rakyat jelata. Dengan membuat sudut berbeza, baharulah keseluruhan masjid, pintu gerbang dan kubahnya dapat dikagumi walau di mana pun anda berada.

Saturday, October 29, 2011

Amjad Pertama Kali Tengok Kapal Terbang


Tuh!

Semuanya, "Tuh!" Semua pun nak tunjuk. Tidur. Terjaga. Mamai. Tuh! Tidur balik. Kadang, "Tuh!" Nampak saja burung jauh atas pucuk pokok. Kadang, "Tuh!" Entah apa-apa yang ditunjuk. Tapi Amjad tak sempat pun tengok flight take-off. Menjawab panggilan alam ...

Friday, October 28, 2011

Makam Sève 1859M


Jalanlah melalui Corniche Nile menuju ke arah Maadi. Jalan sehingga anda menemukan jambatan pejalan kaki yang serupa dengan memorial bom atom Hiroshima dan melepasi Nilometer. Jalan ke depan lagi lebih kurang empat simpang di sebelah kiri, anda akan mendapati sebuah makam di hujung jalan. Begitulah lebih kurang penunjuk arah dalam buku tapi susah juga nak ditemukan makam Sève.

Sulayman Pasha al-Faransawi atau Joseph Anthelme Sève dilahirkan di Lyon. Mula menyertai tentera laut Napoleon pada umur 13 tahun dan mengikuti kempen Napoleon di Rusia.

Atas jemputan Muhammad Ali Pasha, Sève memodenkan tentera Mesir dengan menyelia sekolah-sekolah tentera dan kilang-kilang senjata di Giza dan Kaherah.

Bersama Ibrahim Pasha, beliau menyertai peperangan pembukaan Sudan, peperangan menentang pemberontakan di Kepulauan Greek dan peperangan dengan Osmaniyyah di Sham.

Beliau berkahwin dengan Maria Miriam Hanem, anak kepada Sherif Pasha, Perdana Menteri Mesir ketika itu. Dikurniakan tiga orang cahaya mata, salah seorang cicit beliau Nazli Sabri menjadi Sultanah dan Ratu Mesir iaitu isteri kepada Raja Fouad dan ibu kepada Raja Farouk.

Sebelum revolusi 1952, jalan dan medan Talaat Harb di Tahrir bernama jalan dan medan Suleiman Pasha dan patung beliau berdiri di situ. Selepas revolusi, patung beliau dibuang dan diganti dengan Talaat Harb. Pun, kini patungnya ditegakkan semula di Muzium Tentera di Qal'ah.

Seluruh pagar, tiang dan kubah makamnya dibuat daripada besi tempawan yang menawan. Kini makam beliau menjadi tempat melepak makcik-makcik tempatan dan tempat anak-anak kecil bermain.

Di sisi makam beliau ialah makam isteri kedua beliau Dame Maryam. Seorang gadis Yunani yang diselamatkannya dari kapal hamba abdi yang karam dalam ekspidisinya ke Greece.

Ketika aku leka memukul gambar, tiba-tiba penjaga makam melarang dengan mengatakan tidak dibenarkan mengambil gambar melainkan dengan surat kebenaran dari Kementerian Warisan. Baharulah aku tahu rupanya bukan semua monumen lama di Mesir boleh suka-suka hati diambil gambarnya. Jadi gambar di atas bolehlah dikira gambar ekslusif ...