Wednesday, January 25, 2012

Mabna Talata


Ada jugak jarang-jarang sekali orang suruh aku buat buku pasal cerita jalan-jalan aku. Tapi tulisan aku tak tetap, kejap elok kejap buruk. Jalan-jalan aku ke Yunani, Iran dan Turki banyak dah jadi macam buku teks. Jordan pun kurang lebih sama. Paling baik waktu jalan ke Syria. Itu pun sebab terpengaruh dengan Buya Hamka. Masa tu tengah habiskan novel dia.

Jadi aku tak tahu perjalanan aku ke Tunis (yang peringkat diri aku, aku anggap pencapaian besar) ni nak buat cara apa. Kalau buat gaya Ibnu Battuta (konon) pun molek jugak ...

Aku turun lepas subuh dah habis, cukup haul Mohammed Bouazizi bakar diri di Sidi Bouzid. Sejak semalam Wamap yang setia datang lepak di rumah. Sejuk-sejuk pun dia dan Apis turun menghantar di tepi jalan.

Maka mulailah. Naik-naik teksi pun dah masalah bila drebar pandai-pandai nak pakai Tariq Da'iri yang aku yakin jauh sebab dia saja nak naikkan meter dia. Aku tegas nak lalu Sharia Salah Salem tapi dia kata banyak kereta. Banyak apanya pagi buta. Akhirnya dia pusing jugaklah.

Atas kereta aku cuak. Tangan sejuk fikir apa yang akan ada di depan nun. Tapi masa inilah drebar konon-konon nak bermesra tanya itu ini.

Sampai bandara awal. Masuk terus ke tempat daftar masuk sebab tak mau leceh. Cuak jugak takut polis pelik kenapa nak ke Tunis tapi pakcik polis rileks saja. Siap betulkan sebutan aku, bukan tu-nees, too-nis.

Mula-mula masuk aku intai imigresen dulu di mana pejabatnya kemudian terus masuk barisan untuk kaunter ke Tunis. Tengok kiri kanan apasal semua gelap? Rupanya kaunter belum buka, itu untuk ke Lagos.

Silap jugak masuk awal ni. Kerusi tak banyak. Tak boleh lepak Burger King.

Sambil tunggu buka kitab Naguib Mahfouz. Masya Allah! Satu apa pun tak faham. Novel 'Hanyut di Sungai Nil' lebih susah bahasanya daripada 'Anak-Anak Jalanan'. Nak-nak pulak penerbangan tertunda.

Daftar masuk lancar. Imigresen. Jantung mula dup-dap dup-dap. Intai mana-mana pegawai yang nampak manis muka. Akhirnya nekad dan tekad. Here goes nothing. Kena deport pun biarlah. Beratur. Dia selak satu-satu muka paspot. Tanya mana tarikh akhir masuk. Tunjuk. Dia tulis atas kad cakap kamu pergi ofis tunjuk ini.

Nasib baik tak kena apa. Denda. Macam biasa. Lega ...

Masa tunggu masuk pesawat baru aku perasan. Kreatif jugak cara terminal tiga umumkan pesawat berlepas dan mendarat. Sebelum umum dia pasang sikit lagu yang menjadi simbol kepada destinasi itu. Contohnya kalau ke Paris dia pasang lagu La Vie en Rose.

Penerbangan tenang. Tak banyak goyang. Melainkan makcik (sila baca mak datin) Tunis yang mengada minta aku tukar tempat duduk sebab dia nak baring tidur. Mula-mula aku tak mau tapi sebab kesian dan sedikit tahyul aku pun duduk belakang.

Tapi makcik belakang pulak tak puas hati kata aku sempitkan tempat dia jadi pindah balik ke depan. Makcik Tunis tarik muka mulut mencebik kumat-kamit mengomel. Tapi lepas makan dia sembang-sembang santai pecah air batu.

Dari Kartago ke Kairouan II

2 comments:

Azrul said...

Cubalah abang Akmal buat travelog.

IK Tan said...

And then you thought, "Ïbn Battuta never had to change seats with a Tunisian makcik".