Apabila seseorang menulis sesuatu yang baik, tidak semestinya ia itu orang yang baik. Cuma ia mahu apa yang ditulisnya itu ditenung dan diambil iktibar oleh orang-orang yang benar-benar baik di luar sana.
Sementara kisah perantauan saya disambung. Cubalah dengar dahulu kisah ini.
Ada seorang anak yang telah menulis sesuatu yang punya unsur-unsur subversif. Maka diangkatlah perkara itu kepada atasan. Tulisan itu pun tidak disiarkan. Anak itu ditemukan dan dijelaskan padanya dengan alasan membahayakan perkumpulan. Juga kerana rasa sayang padanya kalau ditimpa apa-apa yang buruk hasil tulisan itu dan kerana masih panjang lagi perjalanannya yang muda itu. Kalau mahu disiar di tempat-tempat peribadi itu tidak mengapalah.
Anak itu akur tetapi dia mengajak duduk bersama dan mula bercerita. Begini ceritanya:
Pada zaman dahulu kala, ada seorang ahli sihir yang hebat. Ahli sihir itu bimbang tiada yang bakal mewarisi ilmunya lantaran ia telah tua. Maka ia meminta daripada raja agar dicarikan seorang anak untuk diturunkan segala ilmunya. Seorang anak telah pun dipilih raja dan menuntutlah anak itu dengan ahli sihir.
Di antara tempat anak itu dan ahli sihir ada seorang pendita yang mengajar tentang tauhid. Setiap hari juga anak itu mendengar dan akhirnya terlekatlah juga ia pada pendita itu dek kerana petah berkhutbah dan indah pula isi dan bahasanya. Mengajilah ia dengan pendita.
Pada suatu hari, ada seekor binatang buas mengamuk di dalam kota. Ramailah orang yang kena bunuh. Ketika itu, anak itu ada juga di situ. Lalu diambilnya seketul batu dan ia pun berkata,” Ya Allah jika apa yang diajarkan tuan pendita lebih Kau redhai daripada ajaran ahli sihir, maka matikanlah binatang itu. Maka ia pun baling. Binatang itu pun mati. Maka yakinlah ia dengan ajaran pendita.
Hal itu sampai ke pengetahuan seorang menteri yang buta. Menteri itu pun datang dekat kepada anak itu.
“Adakah engkau bunuh ia dengan ilmu sihir yang telah engkau mahir?”
“Tidak, bahkan kerana kebenaran ajaran pendita.”
“Dapatkah engkau sembuhkan butaku ini?”
“Tidak. Bahkan Allah yang menyembuhkan. Jika engkau beriman kepadaNya dan berdoa kepadaNya.”
Setelah ia beriman dan berdoa maka sembuhlah ia.
Pada suatu hari yang lain, menteri itu mengadap raja. Maka setelah dilihat ia telah sembuh, raja pun bertitah.
“Sudah sembuh engkau menteri?”
“Patik tuanku.”
“Siapa yang menyembuhkan?”
“Tuhan patik.”
“Aku?”
“Bukan tuanku.”
“Jadi ada tuhan selain aku.”
“Ya tuanku, tuhan patik dan tuhan tuanku iaitu Allah .”
Raja pun murka dan menteri itu pun diseksa. Kerana tiada dapat menahan barulah terbongkar hal anak itu.
Anak itu dipanggil ke depan. Setelah jelas keimanannya kepada Allah. Anak itu juga diseksa. Kerana tiada dapat menahan berulah terbongkar pula hal pendita itu.
Pendita itu dipaksa kembali kepada agama asalnya. Ia enggan lalu digergaji dibelah kepalanya. Menteri buta itu dipaksa kembali kepada agama asalnya. Ia enggan lalu digergaji dibelah kepalanya. Anak itu diperintah supaya dilontar dari sebuah gunung. Setelah sampai ke gunung anak itu berdoa dan binasalah orang yang membawanya.
Kemudian diperintah lagi supaya dibuang ke laut. Anak itu berdoa lagi dan karam lemaslah orang yang membawanya. Ia kekal hidup lagi!
Anak itu pun datang dekat kepada raja.
“Bersungguh benar tuanku mahu membunuh patik. Jika begitu ikutlah arahan patik ini. Kumpullah orang ramai di suatu tempat. Ambillah busur dan anak panah. Tembaklah patik tetapi dengan syarat. Sebelum anak panah dilepas bacalah: Dengan nama Allah tuhan kepada anak ini.”
Raja bersetuju dan dibuatlah apa yang diarah. Anak panah itu terkena di antara mata dan telinga anak itu. Ia pun wafat. Maka setelah dilihat oleh orang ramai, semua pun berkata.
“Kami beriman dengan Allah tuhan kepada anak ini.”
Cerita ini tamat di sini. Kemudian ia berkata dengan kematian anak itu (yang di dalam cerita) semua orang terbuka hatinya.
Anak itu menyambung lagi. Islam itu ibarat air. Kalau ditahan ia akan tetap mencari jalan untuk mengalir. Kalau dibina empangan untuk menahan ia bertambah naik dan tekanannya bertambah kuat. Hingga akhirnya empangan akan pecah dan air akan membanjir. Setelah banjir, kawasan yang dibanjiri itu, akan bersih.
Orang yang mendengar cerita anak itu pun termangu-mangu...

Dari kiri: Aqilah, Ikhwan, Papayangku (Lokman), tak kenal (tak pernah jumpa), Siti
Mudah-mudahan semuanya membesar sebagai futuwwah..