Monday, January 05, 2009

Anafiotika

Walking tour bermatlamat. Mencari Anafiotika.
Banyak saja pandangan menarik dalam pencarian kami. Tapi kali yang lain saja kita cerita.

Kejiranan Anafiotika letaknya rapat di utara Akropolis. Masyhur kerana punya pandangan yang langsung berbeda dengan Athena seluruhnya.

Pada zaman kuno, peramal Delphi mengharamkan sebarang penempatan di kawasan ini demi menjaga kesucian Akropolis sebagai rumah ibadat suci.

Lamun, sedari zaman purba lagi gua-gua di kawasan ini menjadi perlindungan bagi pelarian Perang Peloponnesia dan hamba-hamba abdi Habsyi pada zaman Turki.

Pada zaman selepas revolusi, kawasan ini mula didiami pendatang dari pulau Anafi langsung memberi nama kepada kejiranan ini, Anafiotika.

Anafiotika bermula dengan kisah dua orang buruh yang tidak berumah menyeludup bahan binaan ke sini dan membina dua bilik sebgai tempat tinggal keluarga mereka dalam masa sedikit hari saja. Ketika polis datang ke situ, mereka tidak sampai hati mengusir mereka. Kemudian jalan yang sama diambil pendatang-pendatang lain dari Pulau Anafi yang kebanyakannya ialah buruh binaan dan pemotong marmar yang bekerja di seantero Athena.

Dengan itu memberi Anafiotika wajah yang ada sekarang. Berbeda dengan Athena seluruhnya. Rumah-rumah daripada batu-batu putih yang dibina di lereng bukit, denai-denai sempit dan tangga-tangga curam yang turut diputihkan serta halaman yang dihiasi dengan bunga-bungaan. Tipikal dengan gaya rumah di kepulauan, tempat asal mereka.

Anarki di Athina IV

Saturday, January 03, 2009

Gertak Pulau Pinang


Jambatan Pulau Pinang antara kejayaan awal Mahathir ketika memerintah Malaysia. Masih menjadi kebanggannya yang mana diletakkan sebaris dengan Menara Berkembar Petronas, Litar Lumba Sepang dan Perdana Putra, Putrajaya pada banner blognya.

Zaman kanak-kanak dulu, banyaklah mitos-mitos tentang pembinaan jambatan ni. Sebenarnya aku sendiri yang naif dan selalu dikelentong abang sendiri. Kisah pertama kononnya P. Ramlee yang (entah macam mana) menjadi buruh binaan meninggal dunia ketika kerja-kerja pembinaan jambatan ni sedang dilakukan. Sakit jantung sebab kerja berat sangat.

Kisah kedua kononnya demi menguatkan binaan jambatan, tiang di bahagian tengah ini dibina menggunakan kepala dan tengkorak manusia. Macam menara tengkorak Akbar Agung tu.

Pulau Jerjak yang setentang dengan taman kami dulunya penjara. Ada kawan-kawan sekolah yang orang tuanya kerja warden penjara tiap-tiap hari ke sekolah naik bot. Sekarang dah dijadikan island resort konon-konon macam Alcatraz kot.

Masa rumah kami dan jiran kena gangguan makhluk halus dulu, orang yang berubat tu kata taman kami dulunya paya dan tempat tinggal bunian. Konon kata bunian-bunian tu selalu mandi dekat air terjun di Pulau Jerjak nun. Rumah kamilah tempat laluannya.


Gertak = Titi = Jambatan


Friday, January 02, 2009



Gezirah Balah, Gezirah Malah XIV

Thursday, January 01, 2009

Kutubkhanah Hadrian

Walking tour kami bermula di kawasan Thissio. Menyusur Jalan Adrianou yang kepalanya mengembalikan ingatan kepada Lorong Kulit, Georgetown. Penuh dengan jualan barangan antik dan terpakai.

Jalan Adrianou yang bisa menggamit para filatelis. Di tengah sampai ke hujung penuh dengan kedai-kedai makan gaya tipikal eropah.

Kemudian di Medan Monastriaki (Little Monastery) berdekatan stesen Metro melihat Masjid Tsisdarakis dan di sebelahnya...

...Kutubkhanah Hadrian.

Hanya propylon bergaya Corinthian di sebelah barat yang masih kekal molek. Kami cuba masuk kerana nampaknya percuma (hohoho) tetapi ada anjing penunggu pula di muka pagar yang asyik mahu mencium mesra. Anjing yang sama menemani kami sepanjang jalan pulang menyusuri Adrianou pada hari terakhir. Ketika orang kalut ribut menyelamatkan diri.

Pustaka awam yang dibina Hadrian dalam siri lawatannya mengelilingi empayar sendiri bukan sekadar itu. Juga menjadi tempat medan serbaguna untuk orang ramai dan pusat kebudayaan selain mengandung dewan-dewan syarahan.

Anarki di Athina III

Wednesday, December 31, 2008

Birru7! Biddam!


"...As often as they light a fire for war, God extinguisheth it..."
(5:64)

* * *

Labbaik! Labbaik! Labbaik!


Khaybar khaybar ya yahud! Jaysh Muhammad sawfa ya3ud!

Ya Filistin! Ya Filistin! Kulluna Salahuddin!

Ya Mubarak! Ya mas'ul! ????? ma'ful!

Kulluna Hamas! Kulluna Hamas! Kulluna Hamas!

* * *

"...help from God and a speedy victory, so give the glad tidings to the believers."
(61:13)

Sampai simpang Mawardy, aku balik. Mamat ikut sama dan turut serta.

Negara-negara Arab memberi lampu hijau kepada Israel. Masing-masing mahu jatuhkan Hamas. Mesir membantu mengepung Gaza. Saudi bisu sampai hari ini. Kecuali Syria yang lebih lantang. Libya negara miskin dua kali cuba menghantar bantuan. Kali pertama melalui kapal laut disekat kapal Israel. Kali kedua melalui kapal terbang tidak dibenar mendarat di lapangan terbang Arish, Mesir. Apakah kita memerlukan Salahuddin? Atau apakah kita perlukan sebuah lagi Empayar Babylon atau Empayar Rom untuk menghapuskan Yahudi? Sebagai yang termaktub dalam Kitab Perjanjian Lama kata seorang putih dari UK. Seorang pimpinan Hamas berkata Allah telah menjanjikan kemusnahan Yahudi. The Holocaust is yet to come.