Wednesday, November 05, 2008

Batu Ayam


Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XVI

(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).

Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Pagi itu awal-awal ke kawasan batu ayam. Batu yang bentuknya semacam ayam sudah tentu. Anak-anak gadis sedang cuba sedaya-upaya mencari posing paling mantap sambil beramah-mesra dengan beberapa makcik dari Korea.

Masalah masih belum beralah. Tayar pancit. Usah bimbang, abang Taliban masih ada di sisi.

A Bird and a Tree. Sebagai yang dipanggil orang-orang putih.

Ini bukan tugu peringatan. Ini tugu mengingatkan. Mengingatkan kamu pada Tuhan. Orang-orang susah-payah dengan gah membina tugu sendiri dengan harap diingati. Sampai orang yang memandang takjub alpa. Sedang Tuhan memahat tuguNya sendiri bernama alam. Agar kamu bisa berfikir, berzikir dalam diam.


Kereta sosialis kata Dzul. Kerana warnanya merah.

Inilah budak-budak belakang yang dimaksudkan. Mau aku senaraikan nama setiap orang?

No comments: