Saturday, November 15, 2008

Toko Buku

Toko buku ini dimiliki Fathi Malim, antropologis dan antara anak kelahiran Siwa yang paling berjaya. Antara buku yang dikarang beliau ialah Oasis Siwa: from the INSIDE Traditions, customs & magic (buku pertama), Secrets of the Oasis Siwan Cuisine & Recipes dan Siwan Woman Unveiled. Ketika penerbitan buku pertama beliau, sebuah kontroversi telah tercetus antara beliau dengan sheikh-sheikh tempatan sehingga beliau terpaksa naik turun mahkamah dan buku-bukunya hampir ditarik balik. Pengunjung boleh bertemu dengan beliau di kedai ini bermula jam tiga petang selepas beliau tamat kerja di pejabat.

Kebanyakan maklumat berkaitan Siwa diambil daripada buku beliau. Ketika kami memberitahu harga buku beliau setelah ditanya Sheikh Idris. Reaksi Sheikh Idris cuma, "Phew!" Sambil mengerut dahi dan menggeleng kepala.


Gezirah Balah, Gezirah Malah V

No comments: