Monday, November 17, 2008

Mas Secotek

Mas Secotek ialah sejenis tumbuhan herba tradisional Melayu. Turut digelar Mas Cotek, Telinga Beruk atau Serapat Angin. Pohonnya ada jantan dan betina. Daun yang tirus jantan dan daun yang lebar betina. Air rebusan akar, daun, batang dan buahnya baik untuk orang perempuan lepas bersalin. Mengecutkan peranakan dan membetulkan letak duduknya. Selain direbus, daunnya boleh dikunyah segar. Selain untuk orang perempuan, mas secotek baik juga untuk sakit-sakit lainnya.

Mama beli dua batang pohon jantan dan betina dari tempat tok guru mengajar. Tapi lama-lama dua-dua pokok sudah jadi lebar daunnya. Barangkali pokok yang jantan sudah jadi pondan.

2 comments:

ashraflatif said...

Waa, di sini juga ada teman kolega (colleague hehe) yang buat projek tahun akhir pasal mascotek ni. sebutan orang luar ialah mascotek. sebutan orang kelantan ialah mah-scotek. :)

wear said...

haha..kuat tul pengaruh betina..