Musim sejuk begini, marilah berlindung di dalam khoss.
Khoss ialah binaan daripada batu dan lumpur yang dingin di musim panas dan hangat di musim sejuk. Tempat orang tua-tua menghabis masa. Duduk di atas kerusi lumpur yang panjang. Berbual bergelak-ketawa. Sambil menghirup teh pudina yang direneh oleh unggun api daripada ranting-ranting zaitun yang dibakar. Di tangan bakul dan raga dianyam sampai mentari terbenam.
Gezira Balah, Gezira Malah III
No comments:
Post a Comment