Gambar-gambar yang dipukul ketika berlangsung peperiksaan Radiologi yang senang-lenang.
Pemeriksa ujian lisan aku ialah Dr. Abdel Ghani Shawkat, Ketua Jabatan Perubatan.
Ringtone telefon bimbit beliau ialah Twisted Nerve oleh Bernard Hermann daripada Soundtrack Kill Bill Vol. 1.
Aku: Erithromycin
Dr. Abedl Ghani: La'
Aku: Streptomycin
Dr. Abedl Ghani: (Mengangguk)
Aku: Clarithromycin
Dr. Abedl Ghani: (Menggeleng)
Aku: Amikacin...
Dr. Abedl Ghani: Eih istikhdamat streptomycin?
Aku: Respiratory diseases.
Dr. Abedl Ghani: 2ol specific disease.
Aku:Pneumonia.
Dr. Abedl Ghani: (Mengenyit mata sambil mendecit) Hagah Masyhurah awi.
Aku: Ah, TB.
Dr. Abedl Ghani: Eih tani?
Aku: ...
Dr. Abedl Ghani: Eih istikhdamat Neomycin?
Aku: Hepatic encephalopathy.
Dr. Abedl Ghani: Aywah, fadhal.
Tiap penuntut diuji dengan satu sahaja soalan yang sama (berkisar antibiotik Aminoglycosides) dan dikuarantin di dalam pejabatnya untuk mengelakkan kebocoran. Antara soalan lain yang wajib ialah kegunaan neomycin dan kenapa mesti dimakan dan bukan disuntik.
Entah apa lagi yang dirintih (dibebel) Dr. Ghani sampai nama Hosni Mubarak pun keluar. Yang pasti budak-budak memang tak puas hati dengan dia sebab dalam belambak-lambak internal medicine tu dia boleh tanya aminoglycosides saja. Tapi dia pun tak puas hati jugak.
Pintu masuk hospital yang menjadi medan pertelingkahan antara pengawal dan pelawat kerana masing-mesing punya autoriti sendiri.
1 comment:
Tidak ku sangka, cantik juga rupanya pemandangan hospital Perubatan Dalaman itu apabila dipukul.....
Pemukul kenapa tidak minta 'dipukul' sekali??
Post a Comment