Sudah lama tak balik kampung. Tahun ini tak balik. Balik tahun sudah pun tak sempat jenguk. Ceroh sudah bosan dengan cerita jalan-jalan di Mesir jadi aku cerita jalan-jalan di Mesia pula.
Walaupun Tok Rodiah mewasiatkan supaya rumah ini diserah kepada Mak Andak, tapi Tok Wan mewasiatkan pula selagi Tok Minah ada biarlah dia duduk saja di situ.
Binaan rumah ini masih menurut cara lama tanpa paku. Masih kekal pada bagian tangga ini yang disambung menggunakan tanggam saja.
Bagian anak tangga pula disambung mengguna pasak dan bukannya paku.
Menurut ceritera, tapak rumah ini dulunya kubur lama. Waktu kerja-kerja bina dulu kunun banyak tercangkul tulang-temulang. Jadi banyaklah juga yang aneh-aneh boleh jumpa. Tambah pulak ada pokok sawo nila di tepi, tambahlah 'seri'. Tapi Tok Minah kental, berkat banyak beramal.
Orang Kelantan (sebetulnya cuma makcik aku) memuji-muja rumah orang Kedah kerana lamannya bersih. Katanya lagi orang Kedah cermat setelah melihat Tok Wan yang pagi-pagi mengutip buah pinang masak yang gugur walaupun lumpuh separuh. Makcik aku ialah pemakan sireh yang jarang ditemukan lagi zaman sekarang. Jadi, pinang ialah elemen penting dalam hidupnya.
Rumah-rumah Kedah biasa dibina tinggi kerana menurut kata bagian bawah diguna sebagai tempat menyimpan/menumbuk padi. Rumah-rumah Kelantan ada yang tinggi juga terutama di kawasan Penambang, Kampung Laut, Tendong demi menempuh Sungai Kelantan yang melimpah di musim bah.

2 comments:
eish... mana ada aku bosan. hah. aku x update lama blog aku kes baco blog mu sokmo ahh... haha!
Ingat mung sore jah ko Ceroh. Ceroh laing la. Acu kelih sai kat shoutbox.
Post a Comment