Pekan Siwa yang tenang. Melainkan hari Jumaat yang sibuk dengan pasar minggu. Kaum wanita hampir tidak kelihatan melainkan beberapa kanak-kanak perempuan.
Kemasukan motorsikal-motorsikal dari China menambah kemeriahan. Tetapi pacuan tradisi masih tidak ditinggalkan.

Selepas zohor, Siwa menjadi semakn sunyi. Jarang-jarang orang lalu-lalang kerana panas yang cukup membahang.
Kurma dan zaitun ialah unsur penting dalam kehidupan sebagai punca rezeki selain pelancongan yang mungkin kurang setanding Bahariyya terbukti melalui kedai-kedainya yang belum pandai mengapak atau menyembelih.
Siwa ialah penyumbang terbesar dalam pengeluaran kurma sehingga meletakkan Mesir sebagai pengeluar kurma ketiga terbesar di dunia. Dengan itu, Siwa diberi gelar Gezirah Balah atau Pulau Kurma.
Istilah kurma yang kita pakai mungkin sekali berasal dari bahasa parsi: khorma.
Entah mengikut acuan siapa, hampir semua pekan di Mesir memiliki medan. Medan Tahrir, Medan Talaat Harb, Medan Attaba, Medan Geish. Tak terkecuali Siwa.
Gezirah Balah, Gezirah Malah VI

1 comment:
Tak dapat pergi Mesir, tenguk gambar pun jaadi lah.
Terima kasih.
Post a Comment