Friday, November 28, 2008

Kenanga Bakok

Dengan Nama Allah Tuhan Kepada Kalam

Salam Sejahtera

Ketahuilah olehmu, inilah bunga kenanga. Salah satu bunga kampung tradisi lama yang menjadi trend terbaru macam yang aku sebut dulu. Kenanga ini belum masak kerana belum kuning. Atau apakah sebab ia kenanga bakok?

Inilah bunga kenanga yang dipanggil orang putih ylang ylang. Ya, ylang ylang seperti yang dibubuh dalam syampu Sunsilk itu. Baunya yang semerbak memang sudah lama diketahui orang. Disimpan dalam gulungan sanggul rambut wanita Melayu lama dan dalam lipatan kain baju sebagai pewangi. Diguna di Barat sebagai minyak rambut kaum lelaki sejak era Victoria lagi.


Pun orang putih menamakannya ylang ylang mengikut sebutan orang Filipina, nama saintifik tetap mengekalkan nama Melayunya, cananga odorata. Dek kerana baunya lebih kuat pada waktu senja orang lama-lama selalu mengaitkannya dengan tempat hantu-hantu bermain. Sampai adik bongsu aku kecut, sebab pokok kenanga kami menjulang tinggi sampai depan tingkap biliknya.

Bakok ialah Bangkok pada sebutan Kelantan.

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Salam ziarah,
Sungguh bermaklumat dan menarik.
Pak Man suka blog anak nih.

Amermeftah said...

Salam,
Apa khabar Pak Man? Cayalah Pak Man, tak sangka warga emas macam Pak Man pun blogging juga. Sekurang-kurangnya bolehlah org muda mcm kami belajar sikit2 dari pengalaman Pak Man.