Tugu-Tugu Allah di Bahariyya XIX
(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).
Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'
Tiba-tiba jip rosak pula di tepi rumpun rumput ini. Terpaksa tukar drebar yang lebih pengalaman dengan jip gear yang tak mahu masuk.
Para pemandu sedang berehat di dalam pondok dan masih belum bosan berbual antara satu sama lain. Pakcik Abdullah yang nyata bosan keluar membetulkan urat saraf.
Zaman moden, oasis tidak lagi menggunakan timba. Filter sepia menaikkan mood era revolusi perindustrian 1800an.
Pagar kebun orang-orang badwi. Kalau perasan, ada rumah di sebelah kanan. Semua rumah di kawasan oasis dibina daripada bata putih begitu.
Setelah terpengaruh dengan Encik Imad yang mengatakan mata air panas ini mujarab untuk macam-macam sakit, Dzul cuba merawat kakinya yang cedera dengan merendamkan kaki dalam air tersebut. Sebelum itu, Encik Imad cuba menggunakan taktik 'you jump I jump' tapi nak mampus agaknya Encik Imad ni, air tu panas gila.
Pun begitu, ada juga beberapa tempat yang tak sempat dikunjung. Antaranya yang menarik minat aku ialah Old Acacia Tree...
Apa pun Bahariyya memang best. Pergilah berlibur dengan ejen travel. Walaupun mahal, puas dan professional.
Selesai sudah...
Pun begitu, ada juga beberapa tempat yang tak sempat dikunjung. Antaranya yang menarik minat aku ialah Old Acacia Tree...
Apa pun Bahariyya memang best. Pergilah berlibur dengan ejen travel. Walaupun mahal, puas dan professional.
Selesai sudah...
No comments:
Post a Comment