Tuesday, January 27, 2009

Panchor

Jamban belakang rumah Tok Minah. Seram sungguh kalau tiba-tiba senak perut tengah malam. Itulah doa kami selalu kalau balik kampung, janganlah nak terberak. Tapi sekarang dah ada jamban di dalam.

Rumah zaman hari tu, biasanya akan ada lubang di celah papan lantai untuk kencing. Biasanya jugak untuk budak-budak saja. Orang tua boleh kencing di luar. Sebab rumah zaman hari tu jambannya biasanya di luar. Budak-budak takut nak turun.

Orang zaman hari tu lebih Islamik dalam senibinanya. Jamban tempat kotor, rumah setan pulak tu diletakan jauh-jauh. Jarang-jarang kalau di dalam pun diasingkan dengan bilik mandi. Sebab orang zaman hari tu tau, bilik mandi tu tempat turunnya rahmat. Fakta ni selalu dilupakan atau tak diketahui langsung orang zaman sekarang yang bilik airnya terlalu mengikut reka bentuk barat. Jamban dan bilik mandi disekalikan.

Rumah tok ayah aku, bukan setakat ada lubang budak-budak kencing. Dekat bilik tidur lama, lantai bawah katil, boleh dicabut dua tiga keping papan. Lubang untuk escape kalau jadi apa-apa.

Panchor ialah bilik air dalam sebutan orang Pulau Pinang...

Monday, January 26, 2009

Tokong Amun

Tokong Amun. Betul-betul untuk dewa Amun mesir. Tinggal sekeping dinding saja yang diampu tembok bata moden menampakkan relief atau cetak timbul. Tokong yang dibina Firaun Nektanebo II hanya tinggal sekeping dinding kerana seperti biasa, diletupkan jeneral Turki demi mendapat bahan bina.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XIX

* * *

Ekonomi akan lembab tengah tahun ini. Sebab lembu tak tahan panas. Kata orang Tionghua.
Selamat Tahun Baru.


Sunday, January 25, 2009

Dari Puncak Menara Agam III


Tukanglah masak kerejanya enteng~
Orang-orang sedang sibuk berprogram di bawah, tukang-tukang sedang giat di atas.


Kacau dalca.

Pergola.

Motorsikal pengarah dan tukang masak.


Makan malam bertalam.

Sutuh Johor.


Setiap sepuluh menit.

Bilik Termenung.

Kayu mati.

Program rasmi PERUBATAN yang dipandang penuh prejudis oleh beberapa orang. Alih-alih orang prejudis itu pulak berlagak hero menggunakan program ini sebgai bukti tidak meminggirkan pelajar-pelajar universiti lain
di Kairo dalam mesyuarat agong sedangkan dia bersama penyangka-penyangka buruk yang lain tidak hadir.

Adakah lagi program serupa ini? Terserah 'pengarah tetapnya'. Itu pun kalau dia masih ingat harapan-harapan manisnya.

Saturday, January 24, 2009

Monumen Lysicrates

Di tengah-tengah Plaka, tercancang sebuah monumen yang dipanggil orang Monument of Lysicrates. Monumen begini dibina oleh pemenang persembahan teater yang ditujukan untuk dewa Dionysus demi mengabadikan nama dan kejayaan mereka.

Pada monumen termaktub yang dapat dibaca sampai sekarang,
'Lysicrates, son of Lysitheides, from the dame of Kikynna, choragos. The Akamantid tribe carried off the victory in the boy's choirs, Theon was the flute-player, Lysiades of Athens the choir-master, Evainetos the archon.'


Anarki di Athina VIII

Friday, January 23, 2009

Whistler's Mother


God, am I wrong to use you as my escapism?

Wednesday, January 21, 2009

Tiga Tingkap


Di Pekan purba Aghurmi.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVIII

* * *

Salahkah saya, jahatkah saya, kalau mau menjadi baik kerana mata benda.

Kemudian sang rasul pun berkata:
"Setiap kerja buat itu dengan niat dan setiap orang ada niat masing-masing. Siapa-siapa yang hijrahnya untuk Allah dan RasulNya maka hijrahnya untuk Allah dan Rasulnya (itulah yang dia kan dapat). Siapa-siapa yang hijrahnya untuk dunia dan untungnya atau perempuan yang nak dinikahinya maka hijrahnya untuk benda-benda tersebut (itulah juga yang dia akan dapat)."

Saya mau solat hajat:
Tuhan, baikilah monitor saya...



Tuesday, January 20, 2009

3 Minggu di Bikar 2000


Abi.
Tak dapatlah minum kopi sedap lagi.


Ummi.
Tak dapatlah makan puding carrot lagi.

Along.
Tak dapatlah cubit pipi lagi.

Adik.
Tido...


Famili.
Mak tok kata kena balik lima beranak. Ni tak cukup lagi ni.

Kami.
Abe Min pun dah balik. Tempat aku menumpang waktu mula-mula jijak di sini dulu.

Shidi.
Mursyidi pun, sekelas aku. Balik jugak.

Tinggal dulu...


Monday, January 19, 2009

Temple of Olympian Zeus

Kuil raksasa ini ialah projek mega diktator-diktator Athens demi menandingi Kuil Atremis di Ephesus tetapi terbengkalai apabila diktator-diktator digulingkan.

Ketika Athens kembali di bawah payung demokrasi, projek ini dihentikan atas sebab pembaziran kerana semata-mata tujuan kemegahan.

Tetapi Hadrian (lagi) sebagai seorang philhellenic berjaya menyiapkan kuil ini namun tetap musnah oleh serangan orang gasar.

Ada yang percaya, ia tidak pernah disiapkan kerana kos yang terlalu tinggi.

Gambar kulit depan buku Lonely Planet Greece diambil dari tiang yang sudah tumbang di tengah.

Orang-orang Turki punya kepercayaan pelik tentang kuil ini. Mereka memanggilnya Istana Balkis dan percaya ratu itu pernah tinggal di sini.

Gubenur Turki di Athens, Tsisdarakis, pernah meletupkan sebatang tiang kuil ini bagi tujuan mendapatkan bahan binaan untuk Masjid Monastriaki.

Yang menunjukkan, Islam tidak bersifat sentimental dan kurang mementingkan hal-hal yang lepas tetapi yang lebih penting ialah sekarang dan menuju ke depan.

Hal yang sama dilihat pada nasib Colossus of Rhodes (tinggalan gangsanya dijual oleh Khalifah Muawiyah kepada saudagar Yahudi) dan Pharos Lighthouse (runtuhannya diambil sebagai bahan binaan kota Qatbay).

Pun, Tsisdarakis bukanlah orang pertama yang berbuat demikian. Sebelum itu pun orang Yunani sendiri menggunakan tinggalan kuil ini untuk membina gereja.

Sudahnya projek mega ini tinggal menjadi 'kuari' sahaja.


Anarki di Athina VII

Sunday, January 18, 2009

Di Balik Rimbunan Rambong

Tunggu Abah depan ofis lama...

...tiba-tiba hujan panas turun. Rintik-rintik bahasa...

...kemudian halau menantu kemudian serik.

Bila langit cerah, nampak jambatan dari celah...

Pokok Rambong banyak di tempat letak kereta di depan ofis lama Abah, Pusat Penyelidikan Dasar, USM.


Hari sedih saya, hari inilah.

Saturday, January 17, 2009

Kuil Wahyu

Kalau nak tau, Siwa ialah antara kawasan yang paling lama yang masih didiami manusia (oldest continuously inhabited) setanding dengan Jericho, Damsyik dan Fayoum.

Kuil yang dibina Firaun Amasis dengan tujuan politik demi mengambil hati dan mendapat sokongan suku-suku Libya.

Sejak kurun ketujuh sebelum Masihi lagi, Siwa sudah terkenal dalam alam Yunani kerana kewujudan peramal/perantara (oracle) di kuil wahyu dewa Amun.

Pun begitu Amun ini bukanlah Amun yang sama dengan dewata Mesir. Sebaliknya Ammon ialah dewa suku-suku Libya. Orang Yunani menggelarkan ia Zeus Ammon kerana Zeus setaraf dengan Amun Mesir.

Kesan tulisan Hieroglyph yang masih tinggal.

Iskandar Agung/Alexander The Great (bukan Iskandar Zulkarnain) pernah melawat kuil ini demi ingin mendapatkan kepastian apakah dia anak kepada Zeus.


Tasik Garam di kejauhan. Orang-orang Siwi tidak membeli bekalan garam mereka. Dapatkan terus dari sumber alami. Kami tak pergi ke sini sebab drebar degil.

Lubang/gua tempat menyimpan senjata ketika perand dunia kedua. Gurun barat dan gurun Libya sangat sinonim dengan perang dunia.

Bilik penghadapan peramal/perantara.

Ammon ialah dewa ramalan suku-suku Libya yang menyerupai domba jantan. Setelah peramal mengkhabarkan Iskandar adalah anak ekpada Zeus Ammon, dia mula memakai topi keledar atau mahkota yang mempunyai dua tanduk seperti 'ayahnya'.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVII

Friday, January 16, 2009

Naik, Jerit, Muntah


Benarlah bagai dikata anak cikgu rozi, inilah mendalah paling jahat di situ...


Gah gila nampaknya. Cuma sebelum kami pergi kami tak consult anak cikgu rozi dulu, jadi awal-awal kami bantai naik Discovery.

Jadi awal-awal lagi aku dah terus demam.

Tuan-tuan dan puan-puan, saksikanlah. Dia hayun korang bukan sikit-sikit, tapi sampai lebih 90 darjah.

Masa tengah menjunam ke bawah, habis semua organ-organ jadi retroperitoneal.

Sampai termuntah-muntah orang yang naik (pakcik tengah lap muntah orang).

Pun begitu, masih ada makhluk-makhluk Tuhan yang belum insaf. Balun naik kali kedua. Konon nak feel naik malam-malam pulak.

Discovery sedang mengganas tak sanggup (tak sempat) nak ambik gambar diorang kena hayun.

Seksaan dah tamat. Muka-muka puas. Salah sorang sedang bersedia untuk muntah.

Demikian, 'new year party' di Dream Park. Menghabiskan cuti panjang yang bersisa sambil-sambil bertafakkur, apalah hadaf makhluk manusia buat mendalah-mendalah cenggini?

Thursday, January 15, 2009

Plaka

Undur sikit ke belakang.

Kota moden Athens bercambah di sekeliling daerah Plaka yang dinaungi Akropolis. Dahulunya ialah kawasan penempatan orang Turki.

Letaknya di tengah-tengah antara daerah Psirri, medan Syntagma,medan Monastriaki dan Akropolis menjadikannya penuh dengan lorong-lorong yang bagaikan labirin.

Dan seperti biasa, daerah tua ini mengandung bangunan-bangunan dengan senibina neo-klasikal terbina sejak kurun ke-19 beratap genting merah.

Talang (saliran hujan) berbentuk kepala haiwan menarik perhatian I.K. Tan.

Kenderaan tidak boleh masuk ke sini atau sebetulnya tidak dapat masuk kerana jalan-jalannya yang sempit. Kesimpulannya di Greece ini semuanya berbukit dan jalan sempit.

Jalan Adrianou (tiada di dalam gambar) yang diambil namanya daripada Maharaja Hadrian telah terbukti merupakan jalan paling lama di situ dan masih dipakai mengikut laluan purbanya.

Sepanjang-panjang jalan ini penuh dengan kedai oleh-oleh. Boleh kata, jalan inilah Khan Khalili bagi Yunani.

Anarki di Athina VI


Wednesday, January 14, 2009

Reng



Gunung Reng menjadi tanda kepada kami. Waktu kecil-kecil, bila kami lalu dan nampak Gunung Reng kami menjerit, "Yay! Dah masuk Kelantan! Yay! Dah nak sampai!" Setiap kali balik kampung. Dan Abah bila memandu di kawasan ini akan mula menyanyi lagu nyayian Lobo, "Ring! Ring telephone rings~"

Menurut sumber Al-Arqam yang menerbitkan buku kanak-kanak berkaitan gunung ini kononnya nama gunung ini diambil daripada nama seorang alim yang tinggal di sekitarnya, bernama Karim. Menurut cerita kawasan gunung itu dulunya kampung dan orang-orang kampung ada membuat temasya lagha sehingga Tuhan menurunkan bala dengan menghempap kampung itu dengan seketul gunung.

Adapun tok alim Karim ada menasihati orang kampung tetapi dia diusir keluar kampung yang menjadi titik tolak kepada bala itu. Nama gunung itu datang dari nama tok alim Karim dalam sebutan orang Kelantan. Karim menjadi rim menjadi reng.

Kerana sumber itu daripada Al-Arqam, Abe Min menolaknya mentah-mentah.

Tapi rupa-rupanya sejarah ni memang dipakai. Baki lagi nama asalnya saja lain sedikit. Menurut sejarah terpakai, nama Reng diambil daripada tempat asal batu itu di hulu Sungai Reng, Perak. Adapun perjalanan dari Gunung Reng ke hulu Sungai Reng memakan masa tiga hari tiga malam. Datang sekarang, di hulusungai itu ada sebuah kolam berbentuk Gunung Reng.

Gunung Reng pun dikaitkan orang dengan puteri penuh mistik orang-orang Kelantan, Puteri Saadong. Pun kisah yang aku pernah dengar tentang puteri ini ialah berkaitan dengan Bukit Panau, Tanah Merah. Daripada sepupu aku dia berkata, kenapa Bukit Panau kelihatan senget?

Kononnya dulunya Puteri Saadong bertapa di situ. Setiap kali orang kampung mahu kenduri, mereka akan meminjam pinggan mangkuk tuan puteri. Tapi tiap-tiap kali pinjam pecah. Pinjam, pecah. Pinjam. Pecah. Akhirnya Puteri Saadong murka dan terus menyepak Bulit Panau. Arkian, sengetlah ia.

Gunung Reng turut mendapat perhatian Lonely Planet.
Reng juga bermaksud kudrat atau tenaga dalam dialek Kelantan.

Tuesday, January 13, 2009

Kota Sarang Semut

"They will not fight against you in a body save in fortified towns or from behind walls..."
(59:14)

Rumah-rumah di Siwa dibina dengan bahan binaan unik yang dipanggil kharshif, campuran garam dan tanah liat. Kharshif dijemur sehingga kering membentuk bata.

Lumpur dicampur dengan rumput dan air sebagai simen. Setiap rumah dibiar kering selama dua hari terlebih dahulu. Setelah kering, dicat dengan jeer pewarna biru muda. Rumah-rumah Siwa dibina dengan pintu mengadap utara supaya angin masuk ke rumah.

Kebanyakan rumah-rumah di Shali rosak teruk setelah hujan lebat tiga hari berturut pada tahun 1926. Berbetulan dengan tahun bah air merah. Kharshif tidak kalis air.

"...their fighting between them is severe, you may think them as one body, and their hearts are disunited; that is because they are a people who have no sense."
(59:14)

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVI