Sunday, July 06, 2008

Rumah Tok Ayah


Khabarnya Pak Su Ya dah rombak habis rumah ini. Sebab dah banyak kena makan anai-anai dan takut jadi sarang penagih. Lima tahun juga aku membesar di rumah ini.


Dulu-dulu rumah ini tinggi. Zaman Jepun dulu, askar Jepun selalu datang menanak bawah rumah ini. Mak Piah yang takut akan pergi sembunyi dalam baruh, seorang anak dikendong, seorang anak dipimpin. Tapi lepas orang tukar trend kepada rumah yang lebih rendah, Pak Ngah Nawi ikut rendahkan rumah ini.




3 comments:

weAr said...

supo rumoh dley cito atu..:D
rumoh tok aku gini gok dulu2..tp loni berbato block dh..

Amermeftah said...

Untuk wear dan budak-budak:

Ramai yang kata macam kartun lah, tak asli lah. Memang menyalahi prinsip aku yang mahu letak gambar tanpa edit tapi sekali-sekala. Excited.

Waktu gambar rumah ni diambil, dah dekat dua tahun tak ada orang duduk. Bahagian belakang rumah dah roboh untuk bagi laluan rumah Pak Su di belakang yg warna oren tu. Jadi keadaan dia memang macam rumah hantu la...

Unknown said...

maa...wee tetibe rase sayu je tgk gambar tu..terlalu banyak kenangan di situ..:( tp takdok doh la umoh tu..dengar cito pok su yo nak wat bangunan kedai...