(Lihat tugu 'indah'mu tegak berdiri yang dipahat oleh tangan asing seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain).
Usman Awang lewat 'tulang2 berserakan'

Keesokan. Sambung lagi berjalan dengan bumbung masing-masing dipenuhi kayu api, tong air dan khemah-khemah.

Pakcik Muhammad. Ada tiga anak perempuan. Yang tua bernama Lamia' dan sudah bernikah. Yang tengah bernama Syaima'. Yang bongsu bernama .... darjah enam sekolah rendah.
Widyan El-Ramla
Jangan sesekali ikut jejak langkah setan.
Tiba di tempat tuju pertama. Widyan El-Ramla. Punya pelik sebab sekeliling ialah kawasan bukit berbatu tiba-tiba ada beting pasir halus yang tinggi dan besar di tengah-tengah.
Kulit album rakaman ketiga diorang...
O lihatlah lukisan tuhan lakaran angin...
Mereka sanggup mendaki bukit, membelah laut, memintas benua demi merasa salji (budak-budak yang pergi Turki). Biarkan. Aku punya 'salji' sendiri. Kaki sudah tenggelam macam dalam salji tebal.

Ambillah sebutir pasir sedang kita mengadap komputer semalam-malaman. Pernahkah kita cakna pada sebutir pasir di Bahareya? Apa terjadi padanya sehari-hari? Apa yang ia harungi semalam-malam. Bagaimana makan pakai tidurnya? Tetapi tuhannya cakna. Pada setiap butir pasir di seluruh Bahareya. Kerana itu, pasir zikir sendiri dalam sunyi.
Berjalan-jalan di padang pasir akan membuatkan kaki anda berasa tebal. Kasut penuh pasir.
Ahad!...Ahad!...

That's one small step for [a] man, one giant leap for mankind.

Berdiri atas kaki sendiri.