Bojeng boleh ditakrifkan sebagai 'haircut'. Jika bojeng dijadikan kata kerja pula misalnya berbojeng - bbojeng dalam dialek asal - ia akan bermaksud memotong rambut atau mendapatkan haircut yang baru. Kamus dewan mentakrifkan bojeng dengan takrifan yang tidak tepat iaitu berambut panjang. Bojeng senasib dengan kata-kata lain dari dialek Kelantan yang ditakrifkan atau dibakukan secara tidak tepat. Misalnya kalimat taksun yang dijadikan sebagai satu kalimat - asalnya tak sun - dan baktan yang sebenarnya hanya berasal dari perkataan 'buatan'. Dr Nik Safiah Karim walaupun seorang Kelantan dan pengasas kepada salah satu daripada tiga mazhab dalam Bahasa Melayu - mazhab yang lain ialah mazhab Awang Sariyan dan mazhab Mohd Asraf - kelihatan gagal membakukan perbendaharaan kata dialek Kelantan.
Thursday, July 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment