Zaman serba moden ini, buah durian telah ditabalkan menjadi raja segala buah. Mungkin sekali kerana baunya yang kuat atau rupanya ganas atau isinya kuning. Pun, sekuning-kuning isi durian, kuning lagi isi nangka. Isi nangka lebih konsisten kuningnya berbanding isi durian. Isi durian kalau mangkar putih pula, kalau masam biru pula.
Zaman hari tu, buah nangka yang menjadi raja buah atau mungkin buah raja. Rasa dan teksturnya yang unik menjadikannya buah yang berprestij pada zaman itu. Nangka bukan mudah-mudah dapat dinikmati rakyat jelata. Contoh yang terbaik ialah dalam kisah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Nangka pun banyak gunanya. Selain isinya yang boleh dimakan mentah atau dimasak dengan macam-macam cara, bubur atau gulai. Daunnya dijadikan petua masak-memasak supaya kalau menumis atau menggoreng minyak tidak banyak memercik atau supaya kalau merebus daging cepat empuk. Batang nangka pula dibuat orang gendang nobat diraja atau kepala perahu.
Orang tua-tua tidak makan nangka kerana takut sakit urat. Kata orang tua-tua lagi, siapa yang makan nangka, dia yang kena getahnya. Tapi suri-suri rumah atau ibu-ibu akan menjawab, orang lain yang makan nangka kita pula yang kena getahnya. Maklumlah, mereka yang belah nangka tapi habis dimakan anak-anak juga.
Jadi, sebelum membelah nangka, lumurlah dahulu tangan dan pisau dengan minyak. Sebelum belah nangka juga, hempaskan dulu ke lantai beberapa kali supaya ulas-ulas nangka melekat pada pulurnya dan bukan pada kulitnya. Mudah sedikit nak perisi nanti.
Sebelum berakhir, layanlah video ini, Barulah tahu betapa prestijnya buah nangka zaman hari tu.

No comments:
Post a Comment