Jelajah Jordan bakal berakhir...
Sebuah entri yang panjang.
Teluk Aqaba
Malam yang akhir kami turun paling selatan sampai ke bandar pelabuhan di Teluk Aqaba. Keluar masuk bandar ni ketat. Mesti ada 'taftish' atau inspection. Semua orang dalam bas akan dikejutkan kalau tidur dan disuruh turun punggah beg tunjuk barangan masing-masing...
Mat Se (Ihsan) kena tahan polis sebab bawa senjata. Pisau cenderamata yang dia beli untuk Zul di Jerash.
Eilat, di seberang teluk Aqaba. Kini milik Israel. Waktu kami sampai, Eilat sedang dikejutkan dengan serangan bom.
Ask them concerning the town standing close by the sea. Behold! they transgressed in the matter of the Sabbath. For on the day of their Sabbath their fish did come to them, openly holding up their heads, but on the day they had no Sabbath, they came not: thus did We make a trial of them, for they were given to transgression.
When some of them said: "Why do ye preach to a people whom Allah will destroy or visit with a terrible punishment?"- said the preachers:" To discharge our duty to your Lord, and perchance they may fear Him."
When they disregarded the warnings that had been given them, We rescued those who forbade Evil; but We visited the wrong-doers with a grievous punishment because they were given to transgression.
When in their insolence they transgressed (all) prohibitions, We said to them: "Be ye apes, despised and rejected."
Kisah Ashabul Sabt yang diuji dengan ikan yang banyak di laut pada hari Tuhan melarang mereka menangkap ikan dikatakan berlaku di kawasan Ailah atau Elilat. Kaum mereka terbahagi kepada tiga iaitu golongan yang tetap menangkap ikan walaupun dilarang, golongan yang menegah mereka menangkap ikan dan golongan yang hanya berdiam diri. Kaum yang ingkar ini akhirnya disumpah menjadi kera.
Kedai-kedai kopi yang dibuka sampai tengah malam dan mini fun fair untuk kanak-kanak di dataran bendera.
Malam di bandar Aqaba, kami dijamu nasi Arab. Selepas itu dilepas bebas berkeliaran di bandar itu yang memang meriah.
Bendera Thawrah Arabiyyah (Pemberontakan Arab) yang dibanggakan tetapi sedikit sebanyak dikutuk aku. Merah lambang Bani Hashim. Hitam lambang kerajaan Abbasiyyah. Hijau lambang kerajaan Fatimiyya. Putih lambang kerajaan Bani Umayyah.
Pagi-pagi bergambar ramai-ramai lagi.
Pagi itu, aktivitinya naik glass boat. Ingatkan bot besar macam kat Sharm El-Sheikh tapi kecil saja rupanya.
Ahli-ahli bot aku.
Nun jauh di sebelah sana nampak kapal besar tersadai.
Nun jauh di sebelah sini nampak dataran bendera, Aqaba.
Bot orang lain. Antara tarikan bot ini ialah mereka akan segaja bawa bot sampai nak langgar satu sama lain kemudian cepat-cepat mengelak. Ada lagi bawa bot melenggang-lenggok gelong-menggelong sampai nak terbalik dan aksi-aksi kona baring supaya air terpercik kena bot orang lain. Semuanya disengajakan.
Kemudian dibawa pusing-pusing melihat kapal tersadai. Magic Swan.
Inilah isi laut Teluk Aqaba. Tak ada apa sangat melainkan landak laut yang banyak. Maklumlah kawasan perairan pelabuhan. Gamat tak nampaklah pulak.
Antara yang menarik dan pelik ialah kedapatan bangkai kapal selam lama dan kereta kebal dalam laut ni! Malangnya takada sesiapa sempat pukul gambar. Entah macam mana kereta kebal tu boleh tercampak sampai sini. Ada orang kata tinggalan Pemberontakan Arab. Ada orang kata kerajaan sengaja letak sebagai tarikan. Ada orang kata sengaja letak sebagai tukun tiruan.
Tapi aku cuak benar tengok kaca dia. Takut air boleh tiris masuk.
Jurumudi berpengalaman. Walaupun cara pengemudian berbahaya (aksi-aksi stunt) tapi tak pernah terbalik.
Kanak-kanak yang sentiasa riang. Excited. Maklumlah, baru tahun satu...
Pelabuhan Aqaba, pintu keluar kami.
Panjang ceritanya di situ. Nantikan ceriteranya.
Inilah kami bertiga yang tinggal. Oleh sebab Pak Ten yang entah kenapa nak balik cepat dan Mede Sapar yang masih lagi penjawat Presiden PERUBATAN nak kejar Karnival Keluarga PERUBATAN, maka kami terus tinggalkan Jordan alang-alang sudah sampai di Aqaba. Tanpa ke destinasi terakhir sepatutnya Wadi Rum.
Modern Jordan -- Tammat
Jelajah Jordan, selesai...
Entri yang panjang, sebelum tiga hari menghilang. Turun ke laut. Doakan semua selamat.
1 comment:
haha ni yg Aku tunggu2 ni..
cerite menyeberang laut merah, Aqaba-Nuweiba :)
Post a Comment