Wednesday, July 02, 2008

Jelajah Jordan XXII


Petra
A rose-red city half as old as time

"But they did ham-string her. So he said: "Enjoy yourselves in your homes for three days: (Then will be your ruin): (Behold) there a promise not to be belied!"

* * *


Kota Sarang Semut di Street of Facade.
Ah! Kaum mana yang rumahnya dipahat dan dibelah dari gunung?

Penduduk asal Petra ialah suku Arab bernama Nabatean atau Al-Anbad dalam bahasa Arab yang wujud sejak 400 S.M. lagi. Mereka menguasai perdagangan antara Laut Merah di selatan dan Laut Mati di utara.


Kemungkinan besar, makam Uneisha.
Banyak tempat-tempat yang masih dalam pemuliharaan.

Kaum yang tabah ini berjaya hidup di padang pasir dengan menggali lubang daripada batu untuk takungan air di musim kering.


Teater.
Perbezaan binaan penduduk asal Petra dan romawi yang datang selepas mereka ialah, binaan penduduk asal dipahat secara langsung dari gunung padu sedangan binaan romawi daripada susunan bongkah-bongkah batu. Pendek kata orang romawi kurang berseni.

Mereka pernah memerintah hampir seluruh tanah Arab. Mereka menyembah tuhan bernama Dushara (dikatakan antara 'isteri' Dushara ialah Latta, Uzza dan Manat).




Makam Urn.
Binaan yang setanding dengan Al-Khazneh dan Al-Deir yang tak sempat kami jenguk.

Pada mulanya liga Decapolis di bawah pengaruh romawi berhubung baik dengan Petra. Tetapi pada tahun 106, Maharaja Trajan berpendapat Petra mengancam kedudukan romawi dan bertindak menyerangnya.




Tumpuan perdagangan dialihkan ke Busra dan Petra pun mula merosot.



Pemandu kami, Ustaz Hazimin Sulaiman yang beru mendirikan rumahtangga dengan anak menteri besar Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menolak pendapat bahawa kaum Nabatean membina Petra.


Beliau lebih yakin bahawa Petra dibina dan diukir oleh kaum Thamud tetapi kaum Nabatean mendiami Petra setelah zaman yang panjang berlalu dan bukan membinanya.



Barisan makam-makam. Urn tomb, Silk tomb, Corinthian tomb, Palace tomb dan Sextius Florentinus tomb. Kenapa aku rasa Petra ni sebenarnya macam necropolis?


Ini berikutan kewujudan Hegra atau Mada'in Saleh, bandar kembar kepada Petra. Ahli sejarah Islam berpendapat Hegra benar-benar bandar tinggalan kaum Thamud berikutan kelakuan Nabi SAW memalingkan muka dan mempercepatkan perjalanan apabila melalui kawasan itu.


Barisan pemakaman dari sempadan Petra Nabatean dan Petra Romawi...

Senibina Hegra juga amat mirip dengan Petra. Keadaan muka bumi, jenis batuan juga sama dan jarak antaranya juga berdekatan.

* * *

"When Our Decree issued, We saved Salih and those who believed with him, by (special) Grace from Ourselves - and from the Ignominy of that day. For thy Lord - He is the Strong One, and able to enforce His Will."


No comments: