Zaman hari tu, kaya miskin orang-orang disukat dengan menilai berapa banyak bahan logam yang dipunyai. Berapa keping wang emas? Berapa uncang wang emas? Berapa peti wang emas? Ataupun berapa banyak bahan logam yang melekat pada batang tubuh. Kalung, subang, cincin, dokoh.
Apabila zaman telah berubah menjadi moden, orang tidak lagi mengheret bahan-bahan logam yang berat ini di atas batang tubuh mereka. Kaya miskin mula disukat dengan berapa banyak kertas yang ada. Berapa helai not atau berapa tebal buku cek? Ataupun berapa banyak bahan plastik yang ada. Berapa keping kad kredit?
Kecuali di sesetengah tempat. Semiramis contohnya...
Zamrud dari Colobia sampai ke Burma
Aku akan ke Semiramis untuk menyucuk duit kalau perbendaharaan semakin kering. Seperti biasa, aku tetap dengan prinsip aku iaitu berselipar jepun walaupun nak ke Semiramis. Untuk masuk ke Semiramis kalian mesti melalui metal detector. Sebelum masuk, pengawal akan menghulurkan bakul untuk kalian letakkan sebarang telefon bimbit atau kamera.
Maka aku dengan yakinnya masuk selamba tanpa merespon apa-apa kepada pengawal dan metal detector pun tak berbunyi sebab aku memang tak ada telefon bimbit. Alih-alih dia panggil aku, tanya nak pergi mana. Siyut! Mentang-mentang aku tak pakai henset dia ingat aku tak layak masuk Semiramis. Miskin sangat ke aku ni sampai nak kena jadi teroris?
Nampaknya, sampai sekarang pun logam masih dijadikan ukuran miskin kaya cuma dalam bentuk baru. Akhir kata, kalau logam dijadikan ukuran kaya tidakkah duit semuanya kertas?
Ini semua koleksi bapak. Dulu-dulu pantang ada masa senggang kerja, mesti dia pergi ke lorong-lorong Jalan Dato' Pati atau Arked Uda untuk pantau kalau-kalau ada barang baru. Akulah juga yang asyik mengekor. Upah mengikat batu yang murah serta kerja yang halus dan kemas menggalakkan lagi aktiviti bapak. Tapi akhir-akhir ni bapak dah agak kohor dalam hobi ni. Mak selalu saja mengepek tapi bapak kata ini esok-esok kalau kamu orang tak berduit bolehlah jual. Pun, bapak masih memakai semuanya bergilir-gilir setiap hari.
Bapak ada macam-macam jenis batu dari yang asas seperti zamrud, delima dan nilam hinggalah yang pelik-pelik macam batu bulan, batu karang (marjan) atau paruh enggang, literally paruh enggang. Contohnya merah di atas ni bukan delima, tapi marjan semuanya. Permata yang ini semuanya besar-besar mengikut saiz, jantina dan umur. Orang perempuan atau lelaki muda elok pakai yang kecil. Besar-besar macam ini untuk pakcik-pakcik bolehlah. Jadi kalau nak tanya apa-apa pasal batu, yang asas-asa bolehlah aku jawabkan. Berdaging atau berair? Ada star atau tidak? Batu asli atau batu masak?

No comments:
Post a Comment